Dia Encik Imam Ekspress

NOVEL ADAPTASI

Dia...Encik Imam EkspresRM28 SM / RM31.SS

postage RM8 SEM / RM12 SS

Ready Stock Terhad

“Diya nak pergi mana?” Engku Razil terus bersuara bila aku julur kaki ke bawah.

“Saya nak balik. Kisya dah tidur elok dah, demam dia pun dah kurang. Saya minta maaf sebab terlelap tadi.”

“Diya… tolong jangan buat abang macam ni.”
“Saya buat apa?” Aku masih menunduk. Engku Razil kini berdiri betul-betul di hadapan aku.
“Abang tahu Diya terasa hati dengan abang. Memang abang silap. Percayalah, abang tak ada niat langsung nak sakitkan hati Diya. Entah apa yang merasuk abang waktu tu, sampai abang tergamak tuduh Diya dan malukan Diya dengan kata-kata abang.”
Aku kemam bibir. Baru nak rasa menyesal.
“Waktu tu, saya cuma temankan Kisya main. Adik awak yang tiba-tiba muncul dekat situ. Kami bukan sedang bercinta seperti mana yang awak tuduh.”
“Abang tahu. Maafkan, abang.”
“Saya sedar siapa saya. Saya tak pernah berangan pun untuk jadi Umi Kisya. Saya baik dengan dia sebab saya kasihankan dia. Saya tak sampai hati nak larang dia bila dia panggil saya Umi.” Aku genggam tangan sendiri.
“Abang tahu. Abang yang bodoh sebab dah sakitkan hati Diya.”
“Saya malu sangat bila awak cakap macam tu. Macam saya ni terhegeh-hegeh sangat nak jadi Umi Kisya, nak jadi pendamping awak, sedangkan saya… saya…”
“Abang betul-betul minta maaf.”
“Tak apelah, benda dah jadi. Saya nak balik. Terima kasih sebab sudi benarkan saya teman Kisya tadi.” Aku cuba untuk turun dari katil, tapi tak boleh. Ditahan oleh tubuh kekar Engku Razil.
“Tepilah, saya nak turun.” Bila aku ke injak ke kiri, dia turut ke kiri. Aku ke kanan, dia ke kanan.
“Abang takkan benarkan Diya pergi selagi Diya tak maafkan abang.”
Aku mengeluh kuat. Nak ugut-ugut pula. Dia tak tahu ke yang hati aku ni masih sakit dengan apa yang dia dah buat. Aku masih makan hati lagi dengan dia.
“Okey, saya maafkan awak. Cukup?” Engku Razil menggeleng. Aku mendecit geram.
“Apa lagi yang awak nak? Saya dah maafkan awak dah.”
“Abang tak nak dengar lagi perkataan awak saya tu. Abang tak suka.”
“Kenapa pula?”
“Sebab, abang tak nak kita jauh.”
Terdiam aku. Apa maksud dia?
“Please… abang nak tengok Diya abang yang sebelum ni.”
Sejak bila pula aku jadi hak dia ni? Biar betul Abi Kisya ni. “Tepilah, saya nak balik.”
Rasanya aku kena cepat. Hati aku dah tak berapa nak teguh ni.
“Abang takkan biarkan Diya pergi selagi abang tak tengok Diya abang yang sebelum ni ada di depan abang.”
Aku mengeluh kuat. Diya abang, Diya abang. Nak sangat aku jadi milik dia ke?
“Okey, okey. Abang boleh tepi tak, Diya nak balik.” Aku menjawab dengan mata meliar. Tiba-tiba rasa tak sanggup nak tengok muka dia bila aku perasan senyum manis di bibirnya itu.
“Diya tergamak ke nak tinggalkan anak kita tu? Kalau dia cari Diya nanti, macam mana?” Engku Razil inilah. Dia nak tengok aku ke pula yang kena demam panas ni? Dia tahu tak bila dia sebut perkataan ‘anak kita’ tu perasaan aku macam mana? Rasa nak terjun bangunan lima tingkat ni kerana terlampau seronok. Kenapa aku rasa dia berlainan sangat malam ni? Tak cukup tidur ke?
“Dia dah okey dah tu.” Aku tolak tubuh Engku Razil ke tepi. Aku turun dari katil dan terus sarung selipar.
“Umi…”
Aduhai… dia jaga pula dah. Engku Razil dah pamer senyum senget. Sukalah tu.

No comments:

Post a Comment