COMBO MAC IKP

Pre-Order dibuka untuk combo Mac 2019.
Combo ini akan dipos sebelum bookfair.
🍁🍬🍁🍬🍁🍬🍁🍬🍁🍬🍁
TAJUK : Aku Lelaki Sejatimu
PENULIS : Nureen Mirza
HARGA : RM 26.00(SM)/RM29.00(SS)
POSTAGE : RM8/RM12

SINOPSIS :
Pertemuan mereka akibat salah faham. Hutang yang dituntut telah mengikat Dalili dengan Haidar.

“Kau bayar hutang aku 100 ribu dulu baru aku lepaskan kau.” – Haidar
“Saya tak berhutang dengan sesiapa. Awak dah salah orang.” - Dalili

Dalili tak tahu yang kakaknya, Dalila menghilangkan diri sebab tak mampu bayar hutang tersebut. Haidar pula keliru antara si kakak dan si adik. Makanya, adik yang jadi taruhan.

“Cara mudah untuk kau selesaikan hutang tu, kahwin dengan aku.” – Haidar
“Kenapa awak nak kahwin dengan saya?” – Dalili
“Sebab aku nak anak.” - Haidar

Haidar yang tak pernah percaya pada cinta memerangkap Dalili dalam sebuah perkahwinan tanpa cinta. Demi si kakak, Dalili korbankan diri menjadi isteri pada si kuku besi. Dan tujuan perkahwinan mereka hanyalah anak.

Apa akan jadi bila Dalila pulang dan menganggap Haidar memaafkannya atas dasar cinta? Cemburu seorang isteri tetap ada walau dengan kakak sendiri tetapi ke mana mahu Dalili campakkan semua rasa di hatinya jika sang suami seperti lelaki yang tak pernah punya hati?

Benarkah hanya untuk anak semata-mata? Jika benar, kenapa setelah kemunculan Sara dan Dalili larikan diri, Haidar jadi penasaran? Siapa pula Sara dalam hidup Haidar?

**********
🍁🍬🍁🍬🍁🍬🍁🍬🍁🍬🍁
TAJUK : Jangan Benci Cintaku 2

PENULIS : Emy Roberto

HARGA :RM 23.00(SM)/RM26.00(SS)
POSTAGE : RM8/RM12

SINOPSIS :
Kesinambungan JANGAN BENCI CINTAKU, kisah Rafeeqa dan Shahrizal yang sudah bertahun hidup sebagai suami isteri.

“Apa akan jadi kalau hidup awak tanpa isteri macam saya?” - Rafeeqa
“My life would be incomplete.” - Shahrizal

Namun, perkahwinan mereka diuji lagi dan kali ini Shahrizal benar-benar menyalahkan Rafeeqa.

Bagi Rafeeqa, biarpun dipersalahkan atas kehilangan orang tersayang, dia masih cuba menyelamatkan rumah tangga mereka. Masih cuba mengajak Shahrizal untuk memperbaiki mana yang telah pincang. Tapi, jalan yang Shahrizal pilih buat Rafeeqa terluka teruk.

“Sorry, I’m not going with you. We need our own time to reflect back on our marriage.” - Shahrizal

Rafeeqa akur bila Shahrizal memilih untuk menjauh. Tanpa Shahrizal sedar, haluan yang dipilihnya telah menyeksa hati mereka berdua.

Dapatkah Shahrizal membuang rasa benci dan memaafkan si isteri demi memulakan lembaran baru hidup mereka? Mampukah dia menganggap semuanya adalah takdir yang sudah tersurat?

*****
Pembelian combo lebih jimat.
atau

No comments:

Post a Comment