#DARAAISYAH (REPRINT)
#TEASER1
"Dara.! Kau buat apa kat sini? Puas aku cari kau." Tegur Furqan sambil melabuhkan punggung di sisi Dara.
"Tengok senior main takraw lah. Takkan aku study kat sini kot." Jawab Dara bersahaja. Mata tunak memandang ke hadapan di mana sekelompok lelaki Tingkatan 5 sedang bermain takraw.
"Khusyuk benar kau kan. Sampai aku kat sebelah pun kau tak nak pandang." Furqan bersuara bila Dara langsung tak hiraukan dirinya.
"Ehh.. kau kenal tak mamat yang tinggi tu? Yang muka mix sikit tu. Hensem giler doo." Jari telunjuk di arah pada seorang lelaki yang ligat bermain takraw.
"Yang mana?"
"Alah.. yang pakai tshirt hitam tu." Sekali lagi jari Dara terarah pada lelaki yang bertshirt hitam.
"Serius kau cakap yang tu hensem?" Soal Furqan bagaikan tidak percaya.
"Kenapa? Tak boleh ke?" Soalan berbalas soalan.
Furqan menggeleng.
"Habis tu? Kau kenal ke?" Soal Dara lagi.
Furqan angguk pula.
Terus bersinar mata Dara melihat anggukan Furqan.
"Siapa? Aku nak kenal dengan dia lah. Kalaulah.. dia jadi boyfriend aku.." Dara sudah tersenyum senyum. Berangankan lelaki idaman.
"Abang aku tu. Faiq." Balas Furqan antara dengar atau tidak.
Terus Dara menoleh laju.
"Hah.!! Abang kau? Serius? Tapi kau nampak lain. Dia nampak lain." Wajah Furqan dipandang lama sebelum beralih memandang Faiq di tengah tengah gelanggang.
"Kau nak cakap aku tak hensem? Aku tak nak kawan dengan kau." Furqan berura ura untuk bangun berdiri.
Pantas tangan Dara menahan.
"Kejaplah weyy.. takkan tu pun nak sentap. Kau tahukan aku tak pandai nak menipu." Dara tersengih sengih menayang giginya yang putih bersih.
"Blahlah kau." Tangan Dara ditepis.
"Kau kirim salam kat abang kau eh. Cakap awek cun kirim salam perkenalan." Ujar Dara. Kening diangkat angkat.
"Kau jangan nak perasan lah Dara Aisyah. Abang aku punya selera macam sepupu kau tu. Bukan kau." Lantas Furqan bangkit berdiri. Kaki melangkah meninggalkan Dara termangu mangu keseorangan.
"Aku kat depan mata ni kau tak pandang." Gumam Furqan perlahan. Semakin lama semakin jauh Dara ditinggalkan. Sebal.
 "Awak..!" Faiq yang sedang berjalan dari kelas ke kantin terhenti. Tiba tiba laluannya dihalang oleh seorang gadis yang menyerupai lelaki.
"Saya ada hadiah nak bagi kat awak." Sebungkus hadiah yang berbalut cantik dengan pembalut berwarna merah terang dihulur kepada Faiq.
Faiq terpinga pinga.
'Siapa minah ni? Aku tak kenal pun. Suka suka hati je block jalan aku. Dah lah pakaian macam jantan.' Faiq terus menerus memandang gadis berambut pendek di depannya.
"Ehh.. budak. Nama siapa?" Soal Faiq.
Dara tersengih sengih.
"Dara." Jawab Dara perlahan.
"Owhh.. Dara. Kau tahu aku siapa?" Soal Faiq lagi.
Dara mengangguk.
"Siapa?"
"Abang Faiq." Jawab Dara malu malu. Wajah menekur ke lantai, segan dengan panahan mata Faiq.
"Aku bukan abang kau. Tak payah nak berabang abang sangat. Lagi satu, aku nak pesan. Jangan beri hadiah kat aku. Aku.. tak.. suka.." Keras suara Faiq mengingatkan Dara. Pantas bahu Dara dirempuh. Kaki diatur berjalan melintasi Dara. Baru saja tiga langkah, Faiq menoleh semula ke belakang.
"Jangan kau berani nak halang jalan aku lagi.! Budak kementot.!" Mata menjeling wajah Dara sebelum langkahnya diteruskan tanpa berpaling lagi.
Dara hanya tersenyum nipis memandang belakang badan Faiq sehingga hilang dari pandangan mata.
'Budak kementot ni lah yang akan awak peluk satu hari nanti. Saya yakin, jodoh kita kuat.' Desis hati kecil Dara.
"Ehh.. Furqan. Kau tolonglah. Cakap dekat budak kementot tu, aku.. tak suka dia."
Furqan jungkit bahu.
"Aku malas nak masuk campur. Dia bukan pesan apa apa pun dekat aku. Dia cuma suruh bagi kau ni." Sebungkus coklat kisses di letak ke atas katil Faiq.
"Coklat lagi. Dia nak aku pakai gigi palsu agaknya." Bungkusan coklat kisses hanya dipandang. Jemu juga, tiap tiap hari dapat hadiah coklat yang sama dari budak kementot tu.
"Furqan. Aku nak esok kau bagi balik coklat ni dekat Dara. Cakap kat dia, aku tak nak apa apa lagi dari dia." Ujar Faiq. Rimas apabila setiap hari hidupnya dibayangi Dara.
"Kau cakaplah sendiri." Balas Furqan selamba. Menonong sahaja kaki melangkah keluar dari bilik abangnya. Ikutkan hatinya memang dia tak berminat langsung untuk menjadi orang tengah antara Dara dan Faiq. Tetapi bila Dara merayu, semua tembok pertahanan bagaikan runtuh dengan suara lembut Dara.
Nafas dihela dalam bila terbayang bayangkan wajah Dara yang bersungguh sungguh ingin berkenalan dengan Faiq.
"Faiq tak suka awak, Dara. Saya yang suka awak." Gumam Furqan. Mata dihala ke arah luar rumah. Menenangkan fikiran yang bercelaru. Lagi beberapa bulan dia akan menduduki Peperiksaan Menengah Rendah. Tetapi buku langsung tidak dibelek, apatah lagi dibaca. Hanya sepotong nama di kepalanya sekarang, Dara Aisyah.
🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹
#TEASER1
Liza ke hulur hilir di dalam bilik tidurnya. Malam ini entah kenapa dia tidak dapat melelapkan mata. Biasanya mudah sahaja lenanya datang tanpa dijemput. Letak sahaja kepala atas bantal, dirinya akan terus dibawa ke alam mimpi. Tetapi tidak malam ini, sedangkan cuaca diluar hujan lebat. Suhu terasa sejuk hingga menusuk ke tulang yang mampu membuatkan semua manusia lena hingga ke pagi.
Nafas ditarik dan dihembus beberapa kali mengusir rasa tidak enak yang tiba-tiba saja menjengah. Badan yang terbaring di atas tilam dibetulkan duduknya. Kaki dilunjur ke bawah sebelum bangkit. Rambutnya yang terurai paras bahu pula disanggul tinggi.
Baju tidur tali halusnya yang sudah renyuk diusap dengan jari jemari runcingnya untuk hilangkan sedikit kedutan. Langkah diatur ke arah cermin megah yang tergantung di dinding bilik tidurnya untuk melihat penampilan dirinya sekarang. Dia seorang yang cukup mementingkan penampilan walaupun hanya untuk tidur.
Baju tidur yang senget benget itu ditarik sedikit ke bawah menampakkan alur dadanya dengan harapan suaminya akan tergoda nanti. Sudah beberapa malam, suaminya tidur di dalam bilik kerja tanpa hiraukan dia yang keseorangan. Dia terpaksa melalui malam yang sunyi sepi tanpa teman di sisi.
Sekarang hanya suaminya yang dapat membantu dia tidur dengan mudah. Malam ini dia akan pastikan Zaman tidur bersamanya di dalam bilik itu dan rebah dalam lautan asmaranya.
Liza mula melangkah ke bilik sebelah. Langkahnya perlahan. Dadanya bergetar hebat. Tanpa dapat dikawal, jantungnya semakin laju berdetak. Sampai sahaja di depan pintu bilik kerja suaminya, Liza kuak sedikit pintu yang tertutup rapat itu.
"Zaman.." Serunya.
"You ni asyik sibuk dengan kerja je. Dah berapa malam you tak layan I. I sunyi lah." Liza menapak masuk ke ruang kerja suaminya yang masih terang benderang walaupun jam sudah menginjak ke angka dua pagi.
"You tidurlah dulu. I masih ada banyak kerja." Acuh tak acuh Zaman menjawab tanpa memandang ke arah isterinya. Mata hanya tertumpu pada notebook di atas meja kerjanya yang berselerak.
"Apa masalah you sebenarnya ni? Kerja tu semua lagi penting dari I ke? " Liza mampir mendekat. Mata tajam merenung wajah suaminya. Geram pulak dengan jawapan Zaman.
Lantas Zaman mendongak. Senyuman sinis terukir di wajahnya.
"Finally, you tanya jugak. Ingatkan you dah lupa tentang suami you ni." Sebagaimana sinis senyumannya begitulah sinis juga jawapannya.
"What a rubbish, Zaman! Of course I masih ingat tentang you, suami I. Dah 7 tahun kita kahwin kot." Liza mendengus tidak puas hati. Tangan naik berpeluk tubuh. Hilang sudah rasa mahu bermanja-manja dengan suami.
"Yes, 7 years. And I think I ni lelaki gila sebab mampu bertahan dengan perempuan seperti you selama ni."
"What? Perempuan seperti I? What do you mean? Apa yang you tak puas hati? Rasanya I tak pernah sakitkan hati you." Melengking suara Liza. Seingatnya Zaman tidak pernah memerlinya sebegitu sebelum ini. Tutur kata Zaman tidak pernah menyakitkan hatinya apatah lagi meninggi suara.
"You memang tak pernah sakitkan hati I tapi you dah hancurkan hati I Liza. You tak nak lahirkan zuriat untuk I sebab nak jaga body, I telan mentah-mentah sebab cinta I pada you dah butakan mata hati I. Tapi bila you curang belakang I.." Zaman geleng kepala. Notebook yang terbuka di depannya ditutup kasar.
"You dah cabar kewibawaan I sebagai suami. I bukan lelaki dayus untuk sentuh bekas lelaki lain sentuh. You.. Such a cheap women, Liza. I tak sangka." Zaman raup wajahnya, kesal. Kesal dengan perangai isterinya yang boleh berubah sedrastik itu semata-mata kerana duit.
Liza senyap. Hanya matanya sahaja yang terkebil-kebil merenung wajah matang Zaman.
"I.. I.. Tak buat semua tu Zaman. You dah salah faham ni." Tergagap-gagap Liza bersuara, cuba membela diri.
"I pun harap macam tu, Liza." Zaman sandarkan tubuh tegapnya ke kerusi sebelum matanya terus terpasak pada wajah takut-takut si isteri. Wajah yang menjadi kegilaannya satu masa dahulu. Wajah yang dia anggap akan menjadi bidadari syurganya nanti.
"You tahukan I takkan simpan benda yang I tak pakai dalam rumah ni. So, do you. I takkan simpan perempuan macam you dalam rumah ni lagi. Pagi esok I nak tengok you keluar dari rumah ni." Tegas Zaman kemudiannya membuatkan raut wajah Liza berubah pucat serta merta.
"No, Zaman. No. Please.." Liza makin mendekat. Cuba menyentuh lengan berotot milik suaminya.
Lagi sekali Zaman menggelengkan kepalanya. Telapak tangan diangkat, menghalang Liza mendekatinya.
"Hasliza binti Ibrahim, I ceraikan you dengan talak tiga." Lancar sebutan Zaman. Puas sudah dia berfikir dan membuat solat istikharah. Dan petunjuk yang dia dapat dari solat itu adalah, dia berjalan keseorangan tanpa Liza di sisinya. Andai itu kesudahan rumahtangga mereka dia kena terima. Lepaskan Liza pada lelaki lain yang berhak. Namun yang dia pasti, lelaki itu bukan dia.
Terduduk Liza. Tak sangka itu yang akan keluar dari mulut suaminya pada waktu sekarang. Rasa menyesal menerjah. Kalaulah dia tidak gatal-gatal menjenguk bilik kerja Zaman, mungkin sekarang dia masih isteri sah Zaman.
"You tak payah berlakon innocent depan I. I dah kenal you lama, Liza. Just pack your things and get out of my house before 8 am tomorrow. I don't want to see your face here anymore." Zaman bangkit dan meninggalkan Liza di situ. Langkahnya terasa pincang. Bukan mudah rupanya mahu melafazkan talak. Dunianya terasa gelap seketika. Seolah-olah cahaya hidupnya sudah dibawa pergi. Jauh meninggalkan dia sendirian.
Sudah lama dipendam rasa kecewanya dengan Liza. Dan sekarang sudah tiba masa untuk dia lepaskan semuanya untuk mulakan hidup baru. Hidup tanpa isteri yang menduakannya. Hidup tanpa isteri yang penuh kepura-puraan.
Dada yang terasa sesak, ditekup dengan telapak tangan. Nafas dihela dalam. Sakit. Sebak. Semua rasa itu bercampur baur. Rasa yang tidak akan dia dapat lupakan sepanjang hidupnya nanti. Rasa dikhianati oleh orang yang dia sayang dan percaya. Doanya, semoga satu hari nanti akan ada sinar baru dalam hidupnya. Dan bila saat itu tiba, dia mahu lupakan kenangan pahit ini.
🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹CI
DD
ABAM BEKU CIK GEDIK
"Seronok lah tu." Kabir Amirul menyakat adiknya yang tersenyum senyum di atas tangga selepas keluarga Izzul Haq bergerak balik.
"Mestilah seronok. Abang tahu apa?" Ariana mendaki tangga satu persatu. Mulut terkumat kamit menyanyi, senang hati.
Oh, mummy saya mahu kahwin..
Kahwin dengan siapa..
Dengan siapa saja..
Oh, mummy saya mahu kahwin..
Kahwin dengan siapa..
Dengan Izzul Haq, doktor pakar daddy..
Semakin kuat suara Kamelia Ariana menyanyi, abangnya ditingkat bawah dijeling.
"Eheemmm.. maaf, tertinggal phone." Kuat Izzul Haq berdeham, kaki melangkah masuk ke ruang tamu banglo Tan Sri Mahmud. Mukanya berkerut kerut menahan tawa dari meletus. Didengari setiap bait kata dari mulut Ariana dari tadi. Kabir Amirul yang menyuruh dia diam sejak 5 minit lepas.
"Dah habis ke adik? Nyanyilah lagi." Perli Kabir Amirul. Muka Ariana sudah berbahang malu. Mula berlari anak masuk ke biliknya.
Masuk saja ke dalam bilik, badan menerpa ke atas katil. Meniarap, muka ditekup ke bantal.
"Malunyaaa..." bantal dijadikan mangsa ditumbuk tumbuk.
🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹CI
"Errr... errr...pegang apa? Manda cuma nak tolong buang habuk kat seluar abg." Dalih Amanda Aisyah. Kantoi.Malu mlihat wajah doktor segak yg trsenyum seperti memerli dirinya. "Habuk? Are you serious Amanda Aisyah. Habis, mana habuk tu?" Tnya Ilham Wazir, mata masih tunak mmandang bibir Amanda Aisyah yg dikemam. 'Apasallah bibir dia nmpk sedap pagi-pagi ni.Dpt rasa pn bagus jugak.' Akal nakal Ilham Wazir mula memikirkan cara supaya dpt memagut bibir isterinya. "Mana Manda tahu. Dah hilang lah kot." Bibirnya digigit, cuba cari idea nk melepaskn diri dari rangkulan Ilham Wazir yg semakin erat. "Ehemm...." Peti suara dibetulkan. Sungguh dia takut melihat renungan tajam Ilham Wazir.
Tangan doktor segak yang berada di pinggang Amanda Aisyah semakin menurun sehingga mengena punggungnya. Sengaja. 'Apa doktor segak cuba buat pagi pagi hari ni.' Amanda Aisyah menolak tangan Ilham Wazir yg mendarat elok di atas punggungnya.Jantungnya mula berubah rentak,brdebar dgn tindakn berani Ilham Wazir.
Ready stock..
No comments:
Post a Comment