MY BELOVED ENEMY

RM27 SM / RM30 SS
postage dalm tempoh pre order sehingga 30 Jan 2019 RM5 sahaja
🍁MY BELOVED ENEMY🍁
“Anyway, tahniah atas pertunangan. Nombor aku dah ada kan? Jangan buat-buat lupa pulak bila majlis nanti!” selorohnya sebelum dibalas dengan gelak malu dari Izz.
Izz dah bertunang? Aku dan Sara berpandangan. Dua-dua terlopong. Hati tiba-tiba rasa lain. Macam sedih. Sepatutnya aku kena gembira. Menungan aku mati bila Izz kembali berbual dengan Sara.
“Izz dah bertunang? Tak cakap pun,” Sara yang terlebih sopan kalau bersuara terus tanya.
Nadanya macam mengusik. Menngusik dalam gembira. Izz tersengih.
“Alhamdulillah. Saya sekapal dengan Khayla jugak,” katanya, merujuk pada status kami berdua.
Sekali lagi aku ditampar rasa malu. Malu sebab beria-ia dengan status sendiri, padahal orang lain bertunang biasa je perangai.
“Tahniah.”
Hanya sepatah perkataan meluncur dari bibir. Rasa anak tekak tersekat dengan perasaan lain. Ucapanku berbalas dengan kata terima kasih penuh perlahan. Sepuluh minit kemudian aku dan Sara minta diri.
Sepanjang jalan aku membisu. Sebelum di soal macam-macam oleh Sara, aku pura-pura tidur. Tidur dalam sedar. Kenapa aku terusik bila tahu Izz dah bertunang? Terusik sampai ganggu emosi dengan sahabat sendiri.
“Jangan nak buat-buat tidur. Kau nak bdmood lepas tahu Izz dah bertunang kenapa?” Sara bersuara.
Argh, tak boleh nak menipu la kalau dengan perempuan ni.
“Takde la. Dah bertunang, tak cakap. Malu la jugak aku ni. Ajak tunang orang jumpa,” bohongku.
“Jumpa bersebab. Bukannya saja-saja. Tu pun nak sentap. Sentap sampai tak nak cakap dengan aku. Izz rileks je. Kau yang melebih. Dah la. Teman aku. Jangan nak buat kilang tahi mata kat sebelah ni,” paksa Sara.


No comments:

Post a Comment