Bukan Sekadar Lafaz ~ sophilea

READY STOK TERHAD
CETAKAN ESKLUSIF 
Harga: RM43sm/RM50ss 
termasuk poslaju
Dari kisah KRT ke sebuah novel...
Bukan Sekadar Lafaz #HudAsyikin
Asyikin berdiri di depan pintu. Hud menyandar di kepala katil. Tersenyum melihat wajah isterinya itu. Dia tahu Asyikin berlari ke sini. Meskipun jarak kedua bilik cuma beberapa langkah.
“Dah faham ke maksud I L U T?”
Asyikin senyum malu. Lambat-lambat dia angguk. Hud bangun dan berjalan mendekati Asyikin. Jemari Asyikin diraih.
“Dari dulu saya tunggu pengakuan awak tentang perasaan awak pada saya. Setiap malam saya lekapkan telinga saya ke dinding, mana tahu kalau awak berbisik cintakan saya sebab hati saya tak sabar untuk balasnya. I love you too, Nur Asyikin Zaman.”
Airmata Asyikin mengalir perlahan.
“Bukan kerana pengakuan awak dalam laman KRT itu tapi jiwa saya tahu kalau saya tak bertepuk sebelah tangan. Asyikin, sebelum awak mula menyintai saya, percayalah saya sudah lama menyimpan cinta pada awak.”
Airmata lelakinya tumpah juga. Jiwanya bukan sekuat Mark Anthony saat menerima cerita kematian kematian Cleopatra. Sedang Shah Jahan seorang Raja dan panglima juga menitiskan airmata kerana cinta Mumtaznya.
Dia hanya manusia biasa lelaki biasa yang tidak kebal dengan tuntutan rasa dan perasaan.

No comments:

Post a Comment