KOMBO Disember IKP

Pre-order sehingga 10 JANUARI 2019
HARGA KOMBO RM49SM/RM55SS 
FREE POSTAGE SEHINGGA 1 JAN 2019 ‼️

❤️BUKAN LELAKI TERINDAH❤️
“Cinta itu... bila kita mempunyai perasaan yang sama. Jika salah seorang sudah berpaling, bukan lagi cinta namanya.”
Aisya kecewa apabila Zulfan yang dicintai sekian lama tiba-tiba beralih kasih pada Dania. Empat tahun yang sia-sia tanpa penyudah.
Pertemuannya dengan Izdiyad, pemilik suara husky yang sangat sukar untuk mengukir senyuman itu meletakkan Aisya dalam situasi kurang senang apabila lelaki itu kerap menjadi saksi kekecewaannya secara tidak sengaja.
“Cinta memang buta tapi kita yang celik ni jangan butakan mata sebab cinta.” – Izdiyad.
Bagi Izdyad, kisah lampau menjadikan dia prejudis pada cinta. Namun, pertemuan demi pertemuan dengan Aisya telah meletakkan hatinya di tempat yang sukar.
Sangka Aisya, Izdyad tidak sama dengan Zulfan. Dia boleh letakkan harapan pada lelaki itu. Tapi sangkaannya silap. Rupanya, semua lelaki yang dia kenal adalah sama.
“Saya tak sangka rupanya awak macam ni orangnya.” - Aisya
“Apa yang awak harapkan dari saya, Aisya? Seorang lelaki yang budiman? Yang sempurna? Malangnya, diri saya yang berdiri di depan awak ni tak seindah itu.” - Izdiyad
Benarkah Izdiyad itu bukan lelaki budiman yang sempurna impian Aisya? Atau semua itu satu kepuraan untuk menutup sebuah perasaan?
❤️SUARA HATI DIA❤️
Sekian lama Rania tahu Syahiran sangat membencinya. Bagi Syahiran, Rania itu perampas kasih sayang dan perhatian uminya. Tapi, itu bukan niat Rania yang sebenar. Dia hanya mahu menumpang kasih setelah kehilangan orang tuanya.
“Kau jangan sesekali tunjuk muka depan aku!”- Syahiran
Sebab itu, bila tiba-tiba Syahiran melamarnya, Rania bagai tak percaya. Tapi, dia tetap rasa bahagia kerana sejak lama dulu, hatinya memang sudah terjatuh suka pada lelaki itu.
“Beri aku peluang jaga kau, Nia. Mungkin Hafiz lebih baik dari aku. Tapi aku janji akan jaga kau lebih baik dari dia.” - Syahiran.
Perkahwinan mereka pada dasarnya untuk membantu Rania dari menjadi mangsa dera emak saudara sendiri. Tapi di sebalik itu, cinta antara mereka telah wujud di hati masing-masing.
Namun, bahagia mereka dicantas musibah apabila Hafiz yang selama ini mengaku kawan baik sehidup semati rupanya menjadi duri dalam daging.
Apa yang akan terjadi bila tiba-tiba Syahiran sendiri nampak Hafiz di dalam bilik bersama Rania? Dan apa akan jadi pada Rania apabila dia ditinggalkan sendirian oleh suami saat dia memerlukan sokongan? 
Akan adakah peluang kedua buat Syahiran bila dia sedar tindakannya adalah satu kesilapan?

No comments:

Post a Comment