MISS REPORTER VS MR MILLIONAIRE

MISS REPORTER VS MR MILLIONAIRE
SM RM38.00
SS RM42.00
Harga termasuk pos
Tak semena-mena mata menangkap beberapa frame gambar yang digantung pada dinding. Perlahan, kakiku mendekat. Semuanya gambar Am berserta caption. Leka aku mengamati setiap gambar. Gambar sewaktu melanjutkan pelajaran di Korea, bekerja di cafe, bersama klien pertama, graduation bersama keluarga, bersama dengan pekerja Google Malaysia... 

Wajahnya innocent sangat! Comel...

Duh... aku dah kenapa?!

“Arisa...”

Tersentak. Namun aku cuba tunjuk normal. Lama tak jumpa tapi aku tak tahu kenapa aku masih perlukan kekuatan maha hebat untuk bersemuka dengannya.

“Assalamualaikum.”

Laju Am mendekat.
“I miss you..”

Jatuh sahaja pandangan pada dirinya, hatiku dipagut sedih. Kusut masai. Misai dan jambang tumbuh tak terkawal. Rambut panjang macam tak pernah beli gunting. Langsung tak seperti Am yang aku pernah kenal lima bulan lalu. Pandangan matanya bak menahan selautan perasaan yang tak mampu diungkap.

“Stop it.” Terhenti langkahan kaki Am mendadak. 

“I’m sorry...” Berdiri longlai dengan bahu yang kelihatan sarat dengan beban bertan, mata Am berkaca. Nak main airmata dengan aku pulak?! Dia tak tahu aku lagi hebat!

“Kenapa sekarang? Kenapa tak lima bulan lalu?”

“Aku lambat sedar yang aku perlukan kau dalam hidup aku. Aku sedar aku nakkan kau selepas sebulan ketiadaan kau. Waktu tu aku tahu kau dah tak perlukan aku lagi. Dan aku takut kau tak dapat terima aku selepas apa yang aku lakukan kat kau. Atas sebab tu, aku tak berani munculkan diri dan berdepan dengan kau. Aku... aku dah terlambat ke, Arisa?”

Senyum sinis, aku serius tak tahu macam mana nak percaya kata-kata dia.

“Kau sedang buat drama dan berlakon ke sekarang? Atau sedang buat prank dengan kamera tersembunyi? Kalau tak, takdelah si Athief tu datang dan bawa aku kat sini.”

“Aku tak tahu pun Athief bawa kau ke sini...”

Batuk.

“Takde kamera, Arisa. Dan aku tak berlakon.”

“Dahlah. Antara kita dah takde apa-apa pun. Aku dah moved on dari semua tu.”

“Maafkan aku atas semua yang aku dah lakukan. Aku tahu aku tak layak pun nak minta maaf.”

“Apology accepted.”

Matanya bersinar.

“Trust denied.”

Pandangannya jatuh tidak bermaya semula.

“I’m so sorry, Arisa...”

“Macam yang aku cakap tadi. Aku dah maafkan tapi keadaannya takkan sama macam dulu. Dan untuk pengetahuan kau, aku dah belajar jadi kejam. Pada diri sendiri dan pada orang lain. All thanks to that one particular person.”

Berkaca mata Am memandangku. Mulutnya terkumat-kamit hendak menyatakan sesuatu tapi tidak ada apa yang terucap.

“Aku nak balik. Tolong panggilkan Athief. Aku nak kunci aku semula.”

“Jangan buat begini, Arisa. Kau bukan perempuan macam ni...”

“Mungkin inilah diri aku yang sebenar. Panggilkan...”

“Tak, aku takkan panggil Athief sebab aku dah call pencegah maksiat. Kalau kau tak nak kembali kat aku semula, aku rela ditangkap dengan kau. Kau tak patut masuk rumah lelaki walau apa pun alasannya.”

No comments:

Post a Comment