TRIPLE MACHO GUYS ~ HANA EFRIENA

#ReadyStock
Masih open order untuk Batch 3. 
Sementara stok masih ada.

Kerana Cinta Teragung
“Sejak bila kau dah pandai nak merokok ni?” selar Dhaz keras. Setahu dia, dia tak pernah pula nampak Miranda merokok sebelum ni.

Dengar soalan Dhaz, bibir Miranda terconget senyuman jengkel. Terus kedua-dua belah tangan dibawa berpeluk pada tubuh.

“Banyak lagi yang kau tak tahu pasal aku, Dhaz..” gumam Miranda penuh makna.

Dengusan keras meniti pada bibir Dhaz.

“Aku tak nak tengok kau merokok lagi mulai hari ni.”

“Kau rasa aku nak ikut cakap kau?”

“Miranda Sofea!” Suara Dhaz melengking. 
Serentak juga tubuh kurus itu diseret hingga terhempap pada belakang dinding.

Miranda terkelu. Tak menduga Dhaz akan jadi seagresif itu. Nafas Dhaz jelas kelihatan berombak. Melihat bibir Miranda yang sedikit terbuka, Dhaz pula yang ukirkan senyuman mengejek pada bibir.

“Dan kau pun masih banyak yang belum tahu pasal aku, Miranda.” Ulang Dhaz kembali. Dengan niat mahu memerli.

Miranda tolak tangan Dhaz yang menekan tubuhnya. Tanpa sepatah kata juga tubuh
dilencongkan untuk masuk ke dalam rumah teres milik Puan Hasanah. Terbantut saat pergelangan tangannya mula dilelar oleh Dhaz.

“Lepaslah!” bentak Miranda bengang.

Makin bengang bila tengok senyuman sinis pada bibir Dhaz.

“Baru aku tolak kau sikit, kau dah cuak. Agak-agak kalau aku tuntut hak aku malam ni, mesti kau pengsan terus kan?” provok Dhaz kedengaran sedikit gatal.

“Jangan nak mimpi kau dapat sentuh akulah!” Garang Miranda membalas.

“Nak aku jadikan mimpi tu kenyataan tak?” Dhaz mendekati. Seraya pipi Miranda dielus tanpa izin gadis itu.

Laju juga Miranda menepis. Rasa jijik dan geli dengan sentuhan Dhaz.

“Kau sentuh aku, patah tangan kau tu aku kerjakan.” Berdetak-detuk bunyi gigi Miranda berlaga atas dan bawah. Makin lebar koyakan senyum pada bibir Dhaz.

“Then, try me.” Dhaz luah ayat yang jelas kedengaran langsung tidak gentar pada ugutan Miranda.

Satu langkah Dhaz mara ke hadapan, satu langkah juga Miranda undurkan kakinya ke belakang. Rasa cemas datang menghunjam diri dalam sekelip mata.

Misi MencariCik Ikhlas
“Agak-agak tahun depan ke baru kita nak keluar dari kereta ni? Dan agak-agak tahun bila pula kita boleh makan?” Suara seseorang.

Membantutkan lamunan Zehan seketika tadi. Amboi, pedasnya ayat sindiran Afeya. Tahulah dia dah lebih dua puluh minit mengelamun di hadapan restoran mewah itu.

“Kalau ya sekalipun lapar, jangan nak sindir I boleh?” Jeling Afeya sekali.

“Saya ni sikit lagi nak mati kebulur tahu tak? Dah awak pesan jangan masak, memanglah saya tak masak. Pagi aje saya makan sarapan. Tu pun roti aje.”

“Yang you lurus sangat sampai tak jamah apa-apa tu kenapa? Ada I cakap jangan makan langsung ke? I cuma pesan jangan masak. Dalam rumah tu ada aje makanan ringan yang boleh buat alas perut dulu kan?” Panjang lebar Zehan membebel.

Kalah, Afeya zipkan rapat mulutnya sendiri. 
Bimbang kalau dia bertekak lama-lama, terperosok pula Zehan di celah-celah stereng kereta. 

Perempuan kalau lapar, aura dia lain macam sikit ya? Jangan kata tak tahu pula?

Menapak turun, Zehan tengok Afeya pula yang masih membatu di dalam kereta. Nak tunjuk protes ke sebab nak minta dipujuk? Aduhai.

Menghampiri, cermin kereta diketuk berkali-kali. Degil pula Afeya tak mahu mengalah. Pintu kereta dikuak deras. Zehan bercekak pinggang.

“You pilih. You nak I golek-golek you masuk ke dalam restoran tu ke you nak berjalan sendiri masuk ke dalam restoran tu?” Ayat mengugut. Kening double jerk terukir jelas.

Phew! Kejam gila. Ingatkan Zehan naklah bagi pilihan serupa dalam novel tu. Selalu hero cuma ugut nak kena dukung ke apa, berbeza pula dengan pilihan yang suami dia berikan. Melepas Afeya nak merasa jadi heroin novel.

Menolak daun pintu, kuat menghentam batang tubuh Zehan. Sikit lagi nak kena tempat sensitif Zehan. Zehan dah terjerit seraya mengundurkan langkah ke belakang.

“Eh, dia ni. Kalau I mandul, you juga yang susah tahu tak?” bebel Zehan geram.

Afeya jeling tajam dan terus melangkah masuk dengan gaya yakin habis. Mendongak aje memandang langit.

Sekejapan..

“Puan, puan tak apa-apa ke??” soal pelayan restoran yang cemas melihat Afeya jatuh terduduk selepas melanggar pintu kaca restoran tersebut.

Zehan dekat belakang dah ukir senyum sinis pada bibir. Derhaka lagi pada suami. Kan dah dapat hukuman?

Afeya mendongak mencari suara pelayan restoran tersebut, wajah Afeya berkerut-kerut menahan sengal.

“Lain kali pesan pada pengurus awak suruh cabut pintu ni letak aje dekat bahagian belakang. Ini tidak, dekat depan juga yang dia nak letak. Awak ingat kepala saya ni tak bayar zakat ke?” sembur Afeya buat si pelayan langsung terkedu habis.

Eh, spesies manusia macam ni pun ada juga ke? Pelayan yang memakai tag nama Hanif sudah mula menggaru kepalanya yang licin berkilat. Tatkala melihat kemunculan Zehan, Hanif jatuhkan kepalanya tanda hormat dan berlalu pergi. Itu pun selepas Zehan berikan isyarat supaya Hanif beredar.

Menghulurkan tangan, membantu Afeya untuk bangun. Nak tak nak, Afeya sambut jugalah.

“Lain kali jangan nak derhaka dengan suami sendiri, tak pasal-pasal Allah dah bayar tunai tau?” perli Zehan seraya melangkah masuk. Pintu kaca ditolak untuk si isteri juga. Bimbang kalau-kalau lepas ni Afeya sibuk nak menonong lagi.

DUDA MILIK AKU 
Tengok Huz tanggalkan kemeja yang dipakai buat Zahra telan liur. Terkaku dia berdiri di muka pintu. Bentuk tubuh yang cukup sempurna. Mata Zahra langsung tidak mampu dialih saat ini. Terpaku. Terlekat. Dan berbagai jenis TER lagilah.

Nak cakap Zahra gatal, terpulanglah. Sebab yang dipandang itu halal. Huz Ilyas, suaminya sendiri. 

Perasan diri bagaikan sedang diperhatikan, Huz lekas berkalih. Berkerut dahinya tatkala melihat pandangan si isteri bagaikan menjelajahi setiap inci tubuhnya yang terdedah.

Huz petik satu jari, Zahra masih hanyut. 

Huz makin pelik. Pantas bebola mata tunduk melihat hala tuju pandangan Zahra sebelum kepala mula menggeleng perlahan.

Pek! Dahi Zahra dijentik geram. 

Zahra tersedar. Menyeringai dia sambil menggosok dahi yang perit. 

"You pandang apa sampai tak berkelip ni?" Sinis Huz. 

Huz fikir Zahra akan reti rasa segan, sebaliknya bila Zahra mula menyentuh bahagian dadanya yang jelas berketul-ketul. Dicucuk-cucuk seolah-olah kagum.

Dan sekali lagi.. pek! Dahi Zahra dijentik buat kali kedua. Tersentak Zahra dibuatnya. Pedih pun boleh tahan.

Zahra dah mula nak tarik muncung. Terbantut bila soalan Huz buat dia rasa bagaikan baru tersedar dari mimpi.

"How dirty is your mind actually, young lady?"

Soalan maut. Soalan yang buat rahang Zahra bagaikan jatuh mencecah lantai. Pipi Zahra kebas. Terkelip-kelip dia merenung wajah kacak yang jelas sedang menayang senyum senget padanya.

Ya Rabbi! Sejak bila kau jadi merenyam tak hengat ni, Zahra??


No comments:

Post a Comment