JODOH DARIPADA DIA ~ WAWA AKIL

PRE ORDER
REPRINT JODOH DARIPADA DIA ~ Wawa Akil
JDD cetakan ketiga akan mnggunakan cover baru. Tnggu kemunculannya tak lama lagi. Cetakan terakhir. Tiada ulang cetak lain slpas ini.
RM43 SM / RM49 SS
termasuk poslaju
TEASER..
DIA berlabuh di kerusi batu tidak jauh dari
kolam renang. Hari ini Iman Raykal dilarang
keras berada dalam kolam renang. Cukuplah
tiga hari si bujang berendam.
Iman Raykal menarik muncung panjang sebentar
tadi. Tanda memprotes arahan yang dikeluarkan
mamanya.
Sebagai ganti, Abah Fir sanggup membawa tiga
bersaudara itu menaiki kuda. Pantang abangnya melihat
Iman Raykal merajuk.
Nur Indah melepaskan keluhan. Pejam celik,
pejam celik, umur Iman Raykal sudah masuk lima
tahun dan tempoh itu jugalah usia perkahwinannya
dengan Harris Danial.
Sehingga kini, Harris Danial masih belum
berjumpa anak bujangnya dan dia harap untuk tempoh
dua hari ini, lelaki itu tidak akan berpeluang menemui
Iman Raykal.

Harris Danial disebelahnya turut berdiam diri. Membiarkan si isteri termenung. Nasib baik Haikal buat hal sendiri petang ini, tak sanggup dia melihat kemesraan isterinya dengan Haikal.
Dari jauh dia melihat kelibat Iman Raykal. Pantas tangannya dilambaikan kepada kanak-kanak itu. Tersengih si kecil apabila menyedari siapa lelaki yang berada didepan matanya.
“Handsome anak abang,” tanpa disedari kata-kata itu keluar dari bibirnya.
“Pembetulan.. itu anak saya,” katanya.
“Anak kita sayang.. Kalau tak ada abang macam mana Iman Raykal tu boleh lahir ke dunia? Ini kiranya hasil perkongsian pintar antara abang dengan sayang,” guraunya. Merah muka Nur Indah mendengarnya. Malu. Harris Danial tersengih-sengih.
“Awak pasti ke Iman Raykal tu anak awak? Lima tahun awak tinggalkan saya. Mungkin dalam tempoh masa tu saya dah bersuami lain,” selamba saja dia bersuara. Tak berfikir pun ada juga.
“Agak-agaklah sayang kalau nak menyakitkan hati abang.. abang rasa sayang pun tahu kan hukum hakam. Kita tak pernah bercerai, sayang pun tak pernah minta fasakh. Macam mana sayang nak kahwin lain?” bahu isteri dipicitnya.
Nur Indah diam. Kalau bercakap dengan Harris Danial, memang dia tidak pernah menang. Sama seperti dulu. Dia menunduk.
“Dah la sayang.. abang tahu sayang sekadar nak sakitkan hati abang,” balas Harris Danial sambil tersenyum. Nur Indah hanya mencebik. Sakit hatinya kerana kata-katanya itu langsung tidak meninggalkan kesan kepada Harris Danial.

“Mamaaa…” jerit Iman Raykal dari tepi kolam renang. Anak kecil itu membalas lambaian si ibu. Dia menapak menghampiri Nur Indah. Sengihannya makin melebar bila dia melihat kelibat lelaki yang dikenalinya.

“Uncle… uncle ice cream..” laungnya. Pantas saja dia merebahkan dirinya dalam pelukan Harris Danial.

“Iman rindu uncle.. rindu banyak,” kedua-dua tangannya didepa. Bukti yang dia merindui ‘uncle’nya. Jari jemari mereka bertaut. Harris Danial mencium pipi si kecil. Melepaskan rindu kepada anak yang tidak pernah dia ketahui kewujudannya.

“Eh, tak malu Iman cium uncle ni..” Nur Indah mengusik. Anak itu terlalu merindui kehadiran papanya. Siapa saja lelaki yang baik dengannya mahu diangkat menjadi papa angkatnya.
Becok mulut si kecil bercerita.

Sekilas dia pandang wajah Harris Danial. Lelaki itu mengulum senyum. Bahagia. Itu yang dia rasakan kini.
Iman Raykal tersengih. Dia menjarakkan tubuhnya tetapi Harris Danial makin mengeratkan pelukannya. Ciuman kedua singgah di pipi anak terunanya. Siapa sangka, dia sudah bergelar papa sejak lima tahun lalu.

Dia sendiri tidak menyangka dan jika diberitahu kepada keluarganya pasti ada yang pengsan.

“Iman... papa sayang Iman sangat-sangat,” bulat mata Nur Indah mendenganya. Harris Danial tidak sabar-sabar mahu berterus terang dengan si kecil itu. Tubuh si kecil itu masih dalam dakapannya.

“Papa sayang Iman.. sayang sangat-sangat,” Sekali lagi dia mengulang kata-katanya. Iman Raykal tersengih. Papa?
Dia pandang kearah Nur Indah. Agaknya si kecil itu keliru uncle yang mahu diangkat menjadi papa angkat tiba-tiba menjadi papanya.

Nur Indah memijak kaki Harris Danial. Hish pandai-pandai lelaki itu mengaku papa kepada anaknya. Harris Danial mengaduh.

“Uncle ni papa Iman?” soal Iman Raykal. Nada suaranya begitu teruja.

“Betul ke mama?” soalnya lagi. Huh, Iman Raykal ni selagi tidak diberi jawapan, selagi itulah dia akan bertanya.

“Emm..”

“Apa ni sayang.. jangan kelirukan anak kita,” marah Harris Danial. Dia melihat raut wajah Iman Raykal dah berkerut-kerut. Kasihan anaknya.

“Awak ni, sabarlah! Saya tengah cari ayat sesuai nak beritahu dia. Anak saya tu bijak, nanti awak tak terjawab pula soalan dia,” tinggi suara Nur Indah.

Berubah wajah Harris Danial. Terasa dengan kata-kata itu tetapi cepat dia tepis jauh-jauh. Tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan mereka.

“Uncle,” panggilnya.

“Ni papa Iman,” Harris Danial bersuara. Bravo… bravo.. Tak menyempat-nyempat lelaki itu mahu memperkenalkan dirinya.
“Papa?” matanya sudah bersinar. Wah uncle ice cream menjadi papanya…

“Mana papa pergi? Papa tak sayangkan Iman ke?” Nur Indah senyum. Suka benar dia dengan pertanyaan Iman Raykal. Hahahaha.. dia sudah gelak jahat.

“Sayang.. papa work jauh sangat, jadi tak sempatlah nak datang jumpa Iman,” Harris Danial bercerita.

“Mama pun work juga.. Abah Fir pun work juga tapi Iman boleh jumpa mereka,” balas si kecil.

Dia seperti tak percaya dengan kata-kata dikeluarkan papanya. Nur Indah sudah tergelak. Padan muka! Nak sangat mengaku papa.

Aik, ada juga orang kena cium nanti, getusnya. Tubuh si isteri mahu didakap tetapi cepat saja Nur Indah menjarakkan tubuhnya.

Kasihan pula suaminya yang terkial-kial mencari jawapan untuk anak kecil mereka. Orang cakap tak nak dengar. Kan dah terkedu mahu menjawab soalan bombastik si anak?

“Sayang.. hari tu mama dah cakap kat Iman, papa work jauh kat luar negara. Iman dah tak ingat ke? Hah dah lupalah tu,” akhirnya Indah mencelah.

“Iman ingat tak?” dia bertanya. Si anak mengangguk kepala. Dia masih ingat kata-kata mamanya dulu.

“Papa dah habis work ke?” dia ingin tahu.

“Dah habis sayang. Bila papa work jauh.. susah papa nak balik jumpa Iman dan mama. Papa sayang sangat pada anak papa ni,” dia mencium pipi Iman Raykal.

Nur Indah mencebik. Meluat pun ada mendengar kata-kata Harris Danial. Sayanglah sangat.

“Sayang, abang nampak apa yang sayang buat tu.

Suka betul kutuk abang. Tak baik depan anak pun sayang nak mengata abang lagi,” Nur Indah mengeluh.
Tahu saja lelaki itu bila orang mengutuk dia. Pakai radar hantu ke? Teringat dia dekat cerita Korea, The Master’s Sun yang menjadi kegemaran dia sekarang ni.

“Jom kita pergi makan. Papa dah lapar,” Harris Danial sudah menggosok perutnya.

“Jom, mama juga,” tangan Nur Indah ditarik. Dia membeku di situ. Tiada tanda-tanda mahu bergerak.

“Jangan degil sayang.. depan anak tu,”dia berbisik ditelinga Nur Indah. Makin keras isterinya mendengus. Tak sabar nampaknya lelaki itu mahu menggunakan kuasa veto seorang suami. Iman Raykal turut memandang mamanya.

“Yalah..yalah.. awak ni suka betul memaksa orang.” dia terpaksa mengikut langkah Harris Danial. Harris Danial tersengih. Paksa memaksa ni memang dia suka.

Walaupun dia mengenali Nur Indah hanya dalam tempoh sebulan, tetapi dia tahu hati Nur Indah tidak sekeras mana. Kalau kena cara dan gayanya, Nur Indah akan lembut juga.

Jadi dia kena menyusun strategi bermula sekarang. Dia akan menjadikan anak kecilnya itu sebagai senjata untuk melembutkan hati Nur Indah kerana Iman Raykal adalah kunci kepada kebahagiaan dia dan Nur Indah.

No comments:

Post a Comment