KOMPILASI KISAH BARU dan SWEET ROSES

LIMITED STOCK - BAKI 3 NASKAH SHJ LAGI
#limitededition
HARGA RM38 SEM / RM43.00 SS
termasuk postage
Sinopsis :


Blurb : Kisah Baru – Laydee Amarfi
Si kecil Aisyah baru berusia 2 bulan ketika ibunya, Amilia meninggal. Nasib Aisyah dijadikan alasan utama oleh keluarga untuk Nilam dan Syamsul bersatu. Dan mereka pasrah menerima. Yang dulunya ipar kini sudah bertukar status menjadi suami isteri.

“Nilam setuju kahwin hanya sebab kasihankan Aisyah? Are you for real? Orang waras takkan buta-buta sanggup kahwin dengan abang ipar dengan alasan begitu!” – Syamsul

“Niat saya, hanya saya dan Allah saja yang tahu. Jangan perlekehkan keputusan orang lain hanya kerana Abang Syam rasa berada di pihak yang betul." – Nilam

Benar, ganti tikar itu tidak mudah. Tetapi kuasa Allah dalam sekelip mata boleh membolak balikkan hati manusia. Pada Nilam, cinta itu datang seiring dengan tanggungjawab dan amanah. Mudahnya Nilam menerima ketentuan-Nya, adakah semudah itu juga hati Syamsul mahu terbuka?

SWEET ROSE - FARAH DARIANNA

“Abah.”

Bersusah-payah, Jazil tunduk mencium tangan Haji Basri sebelum berpelukan erat. Beberapa ketika, barulah dia beralih pada Hajah Ziha. Sama seperti abah, umi juga dicium dan dipeluk.

“Umi janganlah risau. Jazil okey. Kaki aje yang injured sikit.” Menegakkan tubuh, Jazil menggenggam erat jemari Hajah Ziha.

“Mestilah umi risau. Jantung umi nak pecah bila Luqman bagitahu Jazil accident.”

Resah, Rosemiya meramas-ramas tangan sendiri. Menunggu gilirannya diberi perhatian oleh Jazil ibarat menanti bintang gugur dari langit. Erat genggaman Jazil pada jemari Hajah Ziha seperti enggan dilepaskan. Menambahkan beban penantian yang ditanggung.

“Abang.” Dek panasaran terlampau, Rosemiya gagal menahan diri. Memendekkan jaraknya dengan Jazil, bahagian bawah lengan Jazil diusap lembut. Ah, dia benar-benar merindui kehangatan kulit si suami.

Tersentak, genggaman Jazil pada jemari Hajah Ziha terlolos. Spontan tubuhnya berpusing, mencari arah suara lembut yang mendekati.

Sejenak, dia terpinga-pinga membalas renungan wanita asing di hadapannya. Air mukanya berubah kaget apabila selamba jemari kanannya diraih wanita itu. Malah tidak sempat ditarik kembali apabila tangannya dikucup lama.

Setelah wanita itu tegak semula, cepat-cepat Jazil menarik tangannya. Perasaan kurang selesa mencanak tinggi dengan tingkah drastik wanita yang sejak tadi berdiri di sebelah umi.

“Err … siapa?”

Belum pun larut rasa tersinggung dek Jazil menarik tangannya tiba-tiba, Rosemiya dihempap terkejut pula. Tergemap dia seketika mengunyah perkara yang sedang berlaku.
atau

WhatsApp 018-9666752
atau
 KLIK SINI UTK ORDER FORM

No comments:

Post a Comment