YANG TERINDAH MARYAM SOFEA

[PRE ORDER DIBUKA]
 FREE POS SEHINGGA 31 JULAI 2018
YANG TERINDAH, MARYAM SOFEA ~ Miss'nurul Ilah
Kaki melangkah keluar bilik apabila suaminya tidak djumpai. Telinga kembali menangkap suara riuh rendah di tingkat bawah. Kaki perlahan-lahan melangkah turun.

“Hah! Bangun dah puan besar...”

Terkaku dia di anak tangga paling bawah apabila diherdik seperti itu. Sudahlah baru bangun tidur, tiba-tiba saja kena sergah.

“I kacau you tidur ke? Bising?” Soal Farhad sambil mendekati isterinya. Tangan itu dia tarik dan dipimpin. Kemudian didudukan ke atas sofa di ruang tamu.

“Tak...” Balas Sofea sambil mengeleng perlahan.

Mata melihat wajah Mummy yang sedang memandangnya tajam. Di sebelah Mummy pula ada seorang wanita yang begitu seksi. Dengan baju kain terbelah sampai ke peha. Rambut panjang mengurai, licin berkilat macam baru lepas pakai minyak masak satu baldi. Pandang dia pula dengan pandangan tak puas hati.

“Siapa tu...” Soalnya sambil berbisik pada Farhad.

“Calon madu you.”

“Baby...”

Tersengih Farhad dibuatnya apabila cubitan Sofea singgah di perutnya. Okey! Respon neagetif. Maknanya ada rasa cemburu dan cemburu itu pula tandanya sayang. Bagus!

“Aunty... Ni ke..err...”

“Ya... Entah perempuan mana Farhad kutip buat isteri."

Tumpuan Sofea dan Farhad kembali terarah pada insan yang duduk bertentangan dengan mereka.

“Pembetulan Mummy. Farhad tak kutip. Farhad masuk meminang dia dengan cara yang betul... Nikahi dia dengan berwalikan ayah dia sendiri. Hantaran dua puluh ribu untuk dirinya.” Farhad membetulkan.

“Dua puluh ribu? Euwww...low classnya! Kalau I...lima puluh ribu tu pun dah kira paling sikit.”

“That why I tak kahwin dengan you. Gugur habis segala bulu I. Pisau cukur turbo!”

“Aunty!”

Sofea hanya menahan ketawa. Ehh.. Tak pasal saja nak merendahkan diri dia. Apa ingat dengan nilai duit tu boleh menentukan nilai harga diri seseorang ke? Diri dia lagi bernilai dari segalanya.

“Kamu jangan nak biadap ye Farhad. Kasihan Fina.” Azita membela.

Sungguh dia tak berkenan dengan mulut lepas Farhad. Kalau dah tak suka tu, langsung tak boleh nak selindung. Main redah saja.

“Eh tak kuasalah. Dia yang biadap tak sedar pula. Datang rumah orang...nak banyak bunyi.”

“Farhad...”

Fina bangun. Kalau tak difikirkan muka tu kacak. Nak saja dia hempuk dengan beg dekat tangan dia ni. Tapi tak apa...dia boleh lagi sabar apabila memikirkan kekayaan yang lelaki itu miliki. Nak dapat gali lombong emas, memang kena sabar.

“What? Eh you ni memang tak faham bahasa ye. Kan I dah kata...jangan nak menyibuk kat sini lagi. Dan please stop racun fikiran mummy I dengan plan bodoh you tu.” Farhad geram.
atau
WhatsApp 018-9666752
atau
 KLIK SINI UTK ORDER FORM

No comments:

Post a Comment