HATI BERBUNGA CINTA ~ MUM LINZ

PRE ORDER 
BELIAN SINGLE ATAU KOMBO [karya mum linz]
HATI YANG TERCALAR 
HATI BERBUNGA CINTA [ sambungan HYT]

AKU PEREMPUAN HINA
tutup order 20 Ogos 2018
BLURB


🌻HatiBerbungaCinta🌻

Kehidupan Nur Ameenah yang dahulunya dalam duka dan sering ditemani air mata akhirnya menemui jalan yang membawa cahaya ke dalam hidupnya. Siapa lagi cahaya itu, kalau bukan Tengku Akhbar dan Tengku Armel. 
Tengku Akhbar, seorang duda yang sudah menjadi sebahagian daripada hidupnya semasa di Kanada dahulu. Mereka berkahwin atas sebab wasiat yang dititipkan Khairul Azlee. Sedangkan rasa cinta dan sayang sudah lama wujud dalam diri mereka. Masing-masing sanggup memendam rasa sehinggalah perkahwinan ini menyatukan mereka.
"Everybody has addiction. Biy pula addicted pada honey." Tengku Akhbar.
"Setahu Meen biy gila kerja. Bonda pun cakap macam tu." Nur Ameenah.
"Itu sebelum biy dapat honey. And now, only you in a first place.” Tengku Akhbar.
Bahagia kah rumahtangga mereka bila seorang duda berkerabat diraja disatukan dengan seorang janda yang kematian suami? Lebih-lebih lagi mereka masing-masing mempunyai cahaya mata dari perkahwinan yang lalu.
Sama-sama lah kita menyelusuri kisah cinta mereka yang penuh romantis dan berbunga-bunga dalam Hati Berbunga Cinta. Kisah ini adalah kesinambungan dari Hati Yang Tercalar.


🌻AkuPerempuanHina🌻
Aku perempuan hina.. kotor di mata masyarakat.. 
Dunia ku hanya di lembah hina..
Dikelilingi wang ringgit dan hawa nafsu..
Hidup tanpa tujuan dan arah tuju..
Salahnya aku menggadai maruah diri demi sesuap nasi dan hidup mewah seperti wanita lain..
Silapnya aku mengorbankan segala galanya untuk adikku dan darah daging ku sendiri...
Aku.. perempuan malang yang sanggup melakukan apa saja demi wang..
Ya.. wang dan kehidupan seperti tidak dapat dipisahkan..
Sudah sebati.. tiada wang hidup tak dapat diteruskan.. Aku yang kejam atau dunia ini yang tidak adil?
"Kau tu perempuan aku. Kau ingat sikit mana tempat asal kau sebelum aku kutip kau. Dah jadi tugas kau untuk layan aku kat tempat tidur." Umar Mujahid.
"I larang pun you takkan dengar. So puaskan hati you sekarang. Cepat lunaskan nafsu you tu." Umairah Nazuha.
Namun perempuan seperti ku juga ada hati, ada perasaan. Rasa ingin disayangi dan ingin dimanjai.
Wujudkah cinta dan kasih sayang untuk perempuan seperti ku? Dapatkah aku mengecapi bahagia seperti perempuan lain?



🌻HatiYangTercalar🌻
BUKU DAH READY STOK

SINOPSIS

Nur Ameenah, hidupnya sering saja diduga. Berkahwin bukan atas dasar cinta tetapi atas dasar terpaksa. Bahagia yang diharapkan berpanjangan kecundang di tengah jalan. Nur Ameenah diceraikan Khairul Azlee akibat fitnah. 
“Kau bukan perempuan yang sesuai untuk aku. Kau tu perempuan kampung, anak orang gaji rumah aku mana layak nak bergandingan dengan anak Tan Sri macam aku. Aku dah kutip kau jadi isteri pun dah cukup bagus.” Khairul Azlee.
"Salah ke saya dilahirkan sebagai anak orang gaji? Salah ke saya sebab keluarga saya orang susah? Hina ke saya? Saya tetap isteri abang yang sah. Abang tak boleh menidakkan kebenaran.” Nur Ameenah. 
Hubungan hanya berlandaskan nafsu, tidak akan kekal lama. Begitu juga hubungan antara Azlee dengan Ameenah. 
Untuk merawat hatinya yang terluka dan tercalar, Nur Ameenah membawa diri ke Quebec, Kanada. Menyambung pelajaran di peringkat PhD. Menumpang di rumah abang dan kakak iparnya. 
Di sana Nur Ameenah berkenalan dengan kawan baik abangnya juga merangkap jiran tetangganya. Seorang duda kematian isteri, Tengku Akhbar. Dia mempunyai seorang anak perempuan bernama Tengku Armel yang berusia 4 tahun.
"Abang suka bila tengok muka Meen tahan marah. Comel. Dahlah, abang gurau je, harap Meen tak ambil hati. Mandilah cepat cepat, tak selera rasanya nak makan nasi kalau tak pandang muka Meen." Tengku Akhbar.
Wujudkah peluang kedua untuk Ameenah dan Azlee? Adakah ada sinar baru dalam hubungan mereka. Ikutilah sambungan kisah cinta yang kecundang di separuh jalan. Sedalam manakah hati Nur Ameenah tercalar, mampukah seorang Khairul Azlee mengubati luka yang digoreskan pada hati Nur Ameenah. Atau terubat dengan kasih dan perhatian Tengku Akhbar? Siapa di hati Nur Ameenah seandainya cinta itu memerlukan perngobanan.

atau
WhatsApp 018-9666752
atau

No comments:

Post a Comment