LELAKIMU YANG DULU

novel ni terbitan June. 
Stok dr lebihan pesta buku KL yg lepas. Baki ready stok terhad
Harga : RM27 (SM)/RM30(SS)
Postage : RM8/RM12

Sinopsis :
Bertemu, bercinta dan berkahwin. Mudah aturan hidup Hazrul dan Daliya. Tetapi bukan manusia namanya jika hidup tidak diuji. Ketika sedang bahagia, Hazrul ditimpa musibah.

“Tolong beritahu Liya, bukan abang yang lakukan semua tu?” - Daliya

Kebisuan si suami untuk menafikan tuduhan buatkan Daliya kecewa. Dia pergi membawa hati yang lara.
Pertemuan semula selepas dua tahun membongkar rahsia yang selama ini Daliya simpan. Rupanya, mereka ada zuriat. Heidi Isyraf bin Hazrul Izzuddin itu buktinya. Bagi Hazrul, Daliya isteri yang tidak setia. Meninggalkannya saat dia kehilangan segalanya.

“I nak jumpa anak I!” – Hazrul
“Lepas apa yang you buat, you masih nak mengaku yang Heidi tu anak you?” – Daliya

Daliya bukan lagi perempuan lemah seperti dulu. Dia tak mungkin akur pada kehendak Hazrul yang masih bergelar suaminya. 
Hazrul pula, bukan lelaki yang mudah mengalah. Si anak dijadikan alasan untuk memerangkap Daliya agar kembali padanya. Dan kuasa yang dimiliki Hazrul buatkan Daliya tidak punya pilihan.

“I promise, apa yang kita buat ni adalah untuk Heidi. Only for him.” - Hazrul
“Tapi tak bermakna kita akan berkongsi bilik yang sama, kan?” - Daliya
“Come on, Daliya. You kembali sebagai isteri I, bukan housemate. So, we’re sharing this room.” - Hazrul

Setelah apa yang terjadi, apakah tiada sisa cinta di hati mereka? Benarkah segalanya dilakukan hanya kerana si anak?
atau

WhatsApp 018-9666752
atau

No comments:

Post a Comment