Mr & Mrs Shhh

RM38 SEM / RM40 SS 
termasuk poslaju
BAKI STOK 2 NASKAH LAGI !
HABIS TIADA REPRINT
Betul Ke lelaki yang dah berkahwin takkan rindu waktu tidur zaman bujangnya? 
“Hidayu rindu abang” luah Hidayu. Izhar terpana. Luahan itu sememangnya ringkas tetapi hati Izhar sedikit sayu mendengarnya. Memang benar dia sekarang semakin sibuk tetapi untuk melupakan jantung hatinya itu, tidak sekali – kali!. Izhar menguntum senyum dan terus mendakap Hidayu. Dahi Hidayu dikucup agak lama. Tangan kanannya membelai kepala Hidayu dengan penuh rasa kasih.


“Maafkan abang ya, Sayang?” mata Hidayu direnung. Memang ada sedikit rasa kecewa dalam mata itu sungguh pun tidak diluahkan tetapi Izhar benar – benar memahaminya.



Hidayu melepaskan keluhan sebelum meleraikaan pelukannya. Izhar memandang Hidayu yang berlalu ke dapur dengan rasa bersalah kerana tidak cuba mencuri masa buat menemani ratu hatinya itu.



Selepas sahaja membersihkan diri, Izhar mengajak Hidayu makan di luar bersama – sama. Makan berdua di luar juga agak lama tidak mereka lakukan. Kalau dahulu, seminggu sekali pasti mereka akan makan bersama di luar dan kemudiannya mengambil angin bersama sambil berpimpinan tangan.



“Betul abang?” soal Hidayu. Dia mahukan kepastian.



“Ya... sayang nak makan apa pun abang belikan. Kita makan berdua kemudian jalan – jalan ya?” pinggang Hidayu dirangkul. Pipi Hidayu dicium lagi.



“Abang ni!” kening Hidayu berkerut seribu. Marah pula dia!.



“Ish... peluk pun marah” Izhar pula mengomel.



“Hidayu nak solatlah! Kan dah batal..”



“Eh... dah habis ke?” tersengih – sengih Izhar. Makin kuat pula rangkulannya.



“Amboi... kalau dah habis, bukan main gatal senyum tu ya?. Bersinar – sinar biji mata” hujung jari Hidayu menekan sedikit bibir Izhar. Pecah tawa Izhar saat itu. Mestilah suka! Dekat dua minggu dia jadi orang bujang! Teringat pula akan kata - kata Haji Seman... lelaki kalau dah kahwin, takkan rindu waktu tidur masa bujangnya. Pandai saja Haji Seman ni.

www.wasap.my/60189666752

No comments:

Post a Comment