My Darling Angel

RM25 SEM / RM28 SS
poslaju RM8 SEM / RM12 SS
“No! Kisah silam is the past! I bercakap tentang masa sekarang dan juga masa depan. Ya, memang I tahu pasal kisah silam dia yang enam tahun lepas tu daripada you tapi sesungguhnya itu bukanlah penyebabnya kenapa I nak kahwin dengan dia. I love her since our first meeting lagi. She has stolen my heart and I tak boleh nak lupakan dia sejak daripada pertemuan pertama tu lagi. Walaupun masa tu pertemuan yang berlaku hanyalah pertemuan singkat tapi kesannya I masih lagi rasa sampailah sekarang. Rasa yang sama macam dulu malah lebih hebat lagi sekarang berbanding dulu. Bagi I, benda yang lepas is lepas, now is the present time and the future. Mungkin bagi you kedengaran ni amcam tak masuk dek akal tapi itu yang I rasa dan getaran yang I rasa sangat hebat sampai I tak tahu nak describe macam mana ataupun nak lupakan perasaan I terhadap Elzaara. I dah pernah cuba untuk lupakan dia, tapi semakin I cuba untuk lupakan dia semakin kuat wajah dia muncul dalam bayangan I.”

Zahar memberikan ruang untuk Lisa dan Brian mengadakan sesi “temuduga”. Walaupun dia tahu sedikit sebanyak cerita mengenai apa yang berlaku kepada Elzaara dan keluarganya daripada mulut buah hatinya Lisa tetapi dia tidak berhak mencampuri urusan tersebut kerana ini adalah soal keluarga dan dia juga bukanlah orang yang tepat untuk membicarakan soal ini. Dia hanya mampu meminjamkan telinga dan bahunya sahaja untuk Brian dan Lisa bercerita kepadanya. Selebihnya dia mengambil sikap untuk dengar dan lihat sahaja. Apabila khidmat dia diperlukan untuk memberikan sesebuah pendapat ataupun nasihat barulah dia akan bersuara. Itu juga mengikut keadaan dan situasi kerana dia harus melihat dari seluruh sudut dan juga segala aspek.

“Masa you jumpa El dengan Haziq tu you tak terfikir ke yang Elzaara mungkin dah kahwin? I ingat lagi yang masa you bercerita. Masa tu Lyn ada cakap yang Elzaara tu mama Haziq. You tak ingat ke?” Provok Lisa.

“Yes memang betul Lyn cakap El mama Haziq masa tu. Mula-mula memang I kecewa sebab Elzaara dah kahwin. Pada mulanya I betul-betul tak percaya yang I dah jatuh hati dengan isteri orang. I rasa macam I ni dah gila sebab I ada perasaan dekat isteri orang sampai I hampir-hampir depressed. I really want to let go my feeling towards her but who were thought that I will see her again, with you, here, at the cafe. Masa tu hati I berdebar-debar sangat sebab I terjumpa balik dengan dia yang I sangkakan dia masih lagi memegang status sebagai isteri orang. Bila I perasan yang muka dia merah, menangis I tertanya-tanya apakah dia ada masalah dengan suami dia dekat rumah. Tapi bila you bagi tahu yang Haziq tu sebenarnya anak buah El dan bukannya anak dia seperti mana yang Lyn bagi tahu dulu hati I betul-betul rasa gembira. I rasa macam harapan I bersinar kembali. I cuba nak mendekati El daripada hari tu lagi tapi Elzaara macam tak bagi I peluang langsung. Dia cuba mengelakkan diri dia daripada I. Tapi I tak patah semangat. I cuba juga untuk terus memenangi hati Elzaara. Sebab I tahu, cinta I pada Elzaara adalah tulus dan suci. Tapi you sendiri tau kan macam mana dia layan I. Kalau ikutkan hati I, boleh je I nak call dia tapi I hormat dia sebab dia mesti rasa tak selesa kalau I contact dia. Kalau I call dia bagi alasan nak cakap dengan Haziq mesti dia akan fikir yang bukan-bukan. Sebab tu selama ni I pendam je rasa hati I.” Brian meluahkan rasa hatinya dan tanpa ada rasa malu dia menyatakan rasa hatinya di hadapan Lisa dan Zahar.

“Sebab tu you cuba curi-curi pandang dia masa dekat cinema hari tu ya?”

“Errr, errr... You nampak ke?”
atau
WhatsApp 018-9666752
atau
 KLIK SINI UTK ORDER FORM

No comments:

Post a Comment