LIMITED PRINT
TAK DIJUAL DIKEDAI
ONLINE SAHAJA!
PREORDER DIBUKA SEHINGGA 28/2!!!
Grab yours, now!
========================
Heart & Soul Café. Tempat kegemarannya saat bersendirian. Dan kini dia membawa Dara Adalia berkenalan dengan ‘dunia’nya. Suasana romantis yang menjadi ‘hiasan’ lokasi ini Jibrael kira paling tepat sempena temujanji pertamanya dengan isteri sendiri, Dara Adalia.
Bertapak-tapak Jibrael melangkah. Agak jauh juga tapak parkir dengan restoran itu. Seketika kemudian barulah Jibrael sedar Dara Adalia tiada di sebelahnya. Jibrael menoleh. Berkerut dahi melihat Dara Adalia yang tidak bergerak.
“Woi! Cepatlah sikit.”
Berkerut-kerut wajah Dara Adalia mengatur tapak.
“Kejap.”
Jibrael berpatah semula mendapatkan Dara Adalia.
“Kenapa?”
“Susah nak jalan. Tapak kasut ni halus sangat. Tajam. Tebenam dalam pasir. Lepas tu rasa macam belakang buku lali saya dah melecet. Sakit.”
Jibrael memerhatikan ‘lantai’ di mana dia berpijak. Benar kata Dara Adalia. Laluan yang terdiri dari pasir dan batu-batu kecil sememangnya menyukarkan sesiapa sahaja yang mengenakan kasut bertumit tinggi dan halus untuk berjalan. Lebih-lebih lagi Dara Adalia. Yang seumur hidup tak pernah menyarung kasut sebegitu.
“Hmm…” Jibrael mengurut dagu dengan jari-jemarinya. Gayanya seakan-akan sedang memikirkan sesuatu.
“Takpalah. Sini.”
“Hah?”
“Sinilah.” Bersama kerut dahi Dara Adalia mendekati Jibrael. Tertanya-tanya mengapa. Tertanya-tanya apa yang ingin Jibrael lakukan.
“Pegang kuat-kuat tau.” Jibrael senyum sinis.
“Hah?” Dara bingung. Tak mengerti.
Saat itu Jibrael mendukung Dara Adalia dengan mudahnya. Terasa melayang nyawa Dara Adalia saat kakinya tidak lagi memijak bumi. Terjerit kecil dan bagaikan tindakan relfleks, lengan Dara Adalia melingkar kuat di tengkuk Jibrael.
“Jibrael! Turunkan saya! Malu!”
“Diam. Atau aku kiss kau depan semua orang.”
Bersama ugutan itu Dara Adalia kemam mulut rapat-rapat. Cukuplah tindakan Jibrael mendukungnya dari parkir sehingga ke meja restoran dilihat oleh semua orang. Segannya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Terasa wajahnya panas. Merah padam. Semakin menyerlah merahnya dek hitam selendang yang tersarung membaluti kepalanya.
Sampai di kerusi, barulah Jibrael menurunkan Dara Adalia. Mendudukkan Dara di situ dan menolakkan kerusi rapat ke meja.
Duduk berhadapan Dara Adalia, Jibrael sengih mengejek. Lucu melihat wajah keras Dara. Langsung tidak berani menoleh kiri dan kanan.
Tawa Jibrael berderai akhirnya. Sementara Dara Adalia terasa mahu meraung.
--
SINOPSIS TUAN I LOVE YOU!
======================
“Kenapa tuan ni bodoh sangat?!”
Bulat mata Tuan Azad. Bodoh? Kenapa?
“Selama ni, saya tepis semua fitnah yang staf lain selalu bagi pada tuan. Saya tak percaya. Saya pertahankan tuan. Tapi, malam ni, saya nampak dengan mata kepala saya sendiri! Patutlah tuan ni dah tua bangka tak kahwin-kahwin lagi. Penat saya goda-goda tuan! Tuan tak layan! Rupanya tuan ni, GAY!”
“What?!!!”
“What the hell! GAY?!!!”
Kedua-duanya menjerit ke arah Ain serentak. Bulat mata kedua-duanya memandang Ain.
Giliran Ain teguk air liur.
“Azad, baik kau explain dekat dia Azad. Sebelum aku tunjuk kelakian aku dekat dia, baik kau explain.”
Mendengarkan ayat lelaki itu, Ain peluk tubuh kuat-kuat. Takutlah pulak. Tadi berani sangat. Riak muka lelaki tu pun antara dua. Nak mengamuk ke nak gelak ke, Ain pun tak pasti.
“Relaks, Im.”
“Kalau aku nak jadi GAY pun baik aku cari kunyit mudalah! Eiii! Kecik besar kecik besar je aku tengok perempuan ni. Suka hati mak dia je cakap aku gay. Aku cium kau karang baru kau tau aku gay ke tak! Daripada aku layan pedang baik aku cari sarung. Dua bini aku tunggu dekat rumah tu tau tak?!!!” Terhinggut bahu Ain ditengking si lelaki Honda Civic. Air mata yang tadinya bergenang, kini jatuh menitik-nitik. Takut melihat si lelaki Honda Civic berapi-api.
“Kejap, Im. Relaks. Biar aku explain. Dia baru kerja dekat sini. Dia tak tau. Kau pergi masuk dalam dulu. Biar aku yang cakap dengan dia.”
“Eiii!” Lelaki yang Tuan Azad panggil Im itu mendekat.
“Im…” Tuan Azad menahan.
“Eiii! Geram aku perempuan ni!” Setapak lagi lelaki itu menghampiri membuatkan Ain mulai terketar-ketar.
“Im!”
Kahkahkah! Lelaki itu ketawa terbahak-bahak seraya berlalu ke bilik Tuan Azad. Menyambung menonton siaran langsung bola sepak Negeri Sembilan menentang Kelantan.
Sebenarnya, dia saja kacau Ain. Mana ada marah pun.
Lawak adalah. Aku? Gay? Dengan Azad? Puihhh! Tak selera oi! Lawak betul! Handsome macam ni, jadi gay? Membazir sperma sungguh.
--
SINOPSIS CINTA SAMPAI MATI [BIDWANGI] ⚘⚘⚘
===========================
Cinta ABID BAKHTIAR dan WANGI NUR JANNAH telah terjalin sejak dibangku sekolah lagi. Namun hubungan itu terpisah oleh jarak dan waktu.
Demi keluarga, Abid Bakhtiar terpaksa meninggalkan Wangi Nur Jannah berbelas tahun lamanya dan berjuta batu jauhnya. Namun, telah terpatri ikrar untuk bertemu semula 15 tahun akan datang. Pada tarikh yang sama dan di tempat yang sama.
15 tahun itu bukanlah satu jangka masa yang singkat. Ujian demi ujian menduga cinta mereka.
Tugu setia Abid Bakhtiar kekal teguh. Tapi tidak Wangi Nur Jannah. Gadis itu akhirnya tewas dek pelbagai punca yang datang dari pelbagai arah dalam hidupnya.
Hidup Wangi Nur Jannah musnah oleh mereka yang dipanggil ibu dan ayah. Musnah oleh dia yang dipanggil teman dan sahabat. Musnah oleh dia yang dipanggil cinta. Dan musnah oleh diri Wangi Nur Jannah sendiri yang tersilap langkah dalam membuat keputusan dan pilihan yang akhirnya mengkhianati sumpah yang pernah terlafazkan.
"Wangi adalah yang terindah dalam hidup Abid." - Abid Bakhtiar.
"Itu dulu. Hari ini, Wangi bukan lagi Wangi yang Abid sangkakan. Wangi Abid yang terindah 15 tahun yang dulu, sekarang dah pun jadi Wangi yang terhina. Wangi yang paling menjijikkan. Rosak! Abid masih mahukan perempuan kotor macam Wangi?”- Wangi Nur Jannah.
Akankah seorang Abid Bakhtiar yang luhur cintanya mampu menerima diri Wangi yang penuh noda dan dosa?
Akankah perempuan neraka yang didakwa Wangi Nur Jannah itu layak dijadikan bidadari syurga yang Abid Bakhtiar impikan?
Akankah pertemuan semula selepas 15 tahun itu menjadi titik mula cinta mereka?
Atau ianya adalah titik perhentian dan noktah terakhir kisah cinta ABIDWANGI?💋💋💋
HARGA
======
1 buah = SM RM40 ❤ SS RM47
2 buah = SM RM70 ❤ SS RM80
3 buah = SM RM105 ❤ RM119
Harga termasuk kos poslaju
No comments:
Post a Comment