MY SWEET ARISSA ~ SANIA YASMIN

RM29 SEM / RM32.00 SS
poslaju RM8 SEM / RM12.00 SS

Terkejut Arissa melihat dua buah beg pakaiannya berada di hadapan pintu rumah. Sekali lagi air matanya gugur. Terasa begitu hina dirinya dihalau begitu. 


Segera dia memakir motosikal Badrul di tempat biasa. Hakimi masih belum pulang memandangkan kereta yang selalu diguna untuk ke pejabat tiada di tempat biasa. Hanya kenderaan pacuan empat roda lelaki itu terletak di bawah porch. 


“Haa... dah balik pun!” Arissa menoleh ke pintu. 


“Kenapa Umi buat macam ni?” Sedih sungguh dia dihalau seperti anjing kurap. 


“Kenapa?” Mencerlung mata wanita itu dengan tangan berada di pinggang. “Cuba kau fikir sendiri apa yang kau dah buat? Kau buat benda-benda tak senonoh boleh pula tanya aku. Eh, Kimi pun tak nak bini tak senonoh macam ni, tau tak! Sekarang kau boleh berambus dari rumah ni!” Puan Hanim menuding jari ke pintu pagar 


“Hakimi tak cakap apa-apa... saya tak akan tinggalkan rumah ni.” Arissa cuba bersikap keras melawan wanita itu. Itulah pertama kali dia melawan kata-kata Puan Hanim. 


“Kimi yang suruh aku kemas baju-baju dan halau kau dari sini. Faham tak!” bohongnya. Padahal itu adalah rancangannya hendak mengusir Arissa dari rumah itu. 


“Haa?” Rasa seperti hendak gugur jantungnya mendengar kata-kata Puan Hanim. Dikesat air mata dengan belakang tangannya. Patutlah lelaki itu tidak mahu berjumpa dengannya ketika dia datang ke pejabat Hakimi. Malunya dia dengan Anita. 


“Saya tak pernah buat perkara-perkara yang macam Encik Naim cakap pada Umi. Sungguh. Demi Allah. Kalau benar, Allah pasti membalas perbuatan saya kerana derhaka terhadap suami saya. Kalau tidak, biarlah Allah saja yang membalas orang yang memfitnah saya. Allah Maha Mengetahui dan Maha Adil. Saya harap dia bertaubat sebelum terlambat.” Barulah dia tahu, bertapa berat dan sakitnya bila difitnah begitu. 


Tergamam Puan Hanim mendengar patah-patah ayat Arissa yang membuat hatinya kecut dan tangkai jantungnya hampir putus. Nafas ditarik dalam-dalam sebagai menenangkan dirinya. 


“Aku tak nak dengar apa-apa. Kau keluar dari sini!” pekiknya. Dicapai salah sebuah beg pakaian Arissa lalu dihumban ke pintu pagar. Terburai segala isinya.


“Ya Allah!” 


Bergesa Arissa mendapatkan barang-barang yang sudah bertaburan di sana sini dan segera mengumpulnya semula lalu dimasukkan ke dalam beg pakaian tadi. Ke mana dia nak pergi? Rumah sewanya masih menjadi tempat Encik Johan, Encik Ariff dan Encik Kamarul bertanggak sebelum berpindah ke Pulau Langkawi nanti. 


Dia menoleh kepada pintu rumah yang sudah bertutup rapat. Sekali lagi dia mengesat air matanya dengan belakang tangan. Ke mana dia nak pergi?


*sampai hati Umi halau Arissa ðŸ˜¢ðŸ˜¢ðŸ˜¢
WhatsApp 018-9666752

No comments:

Post a Comment