HARGA RM28.00 SEM / RM31.00
poslaju RM8 SEM / RM12 SS
BLURP KUPILIH UNTUK SETIA
“Kau kena jadi orang gaji sepupu aku.” - Tengku Syakila
Kerana satu pertaruhan, hidup Dania jadi tunggang-langgang. Sebagai
seorang anak perempuan yang manja dan ‘buta’ perihal rumah tangga,
pertaruhan tersebut ibarat sengaja menjerut nyawa. Namun, demi menjaga
nama baik seorang sahabat, Dania tiada pilihan, syarat Tengku Syakila
akhirnya diturutkan. Tetapi mampukah Dania bertahan apabila ‘majikan’
sementara yang digelarkan ‘orang tua’ itu cerewetnya mengalahkan
perempuan!
"Sorry Ku Ariff, saya lewat sikit." ~ Dania
"Lewat sikit ke?" ~ Ku Ariff
"45 minit. Saya tak tahulah sikit ke banyak sebab saya kerja 8 jam sehari.
Kalau dikira tambah, tolak, darab dan bahagi masih sikit lagi tu." ~Dania
“Kalau awak nak kerja tolonglah serius sikit, jangan nak buat sesuka hati
awak aje. Hormat sikit saya ni sebagai majikan awak. Apa yang saya tegur tu
tak payahlah awak nak menjawab balik. ” ~Ku Ariff
Bagi Tengku Ariff Khalis, kehadiran pembantu rumah baharunya itu selalu
membuatnya sakit hati. Sebaris nota yang ditinggalkan, pasti dibalas dengan
berbaris-baris jawapan. Tetapi disebabkan satu insiden yang tidak
disengajakan, pintu hatinya yang telah lama terkunci tiba-tiba dijengah oleh
satu perasaan, sehingga dia nanar apabila pembantu yang mula bertakhta di
hati hilang tanpa dapat dikesan.
Pertemuan semula yang tidak diduga, membuatkan perasaan yang lama
disimpan berbunga kembali. Berbagai cara dilakukan oleh Ku Ariff untuk
mengambil hati gadis yang telah lama bertakhta di hatinya itu. Tetapi
mampukah hati Dania dimiliki apabila status ‘tuanya’ yang sering Dania
pertikaikan?
"Aku tahu Irah tapi Ku Ariff tu enam belas tahun tua dari aku. Kalau kami
ada anak dan keluar sama-sama, mesti orang ingat bapak bawa anak dan cucu
jalan-jalan. Ish! Tak mahulah aku. Ngeri aje bila fikir." ~ Dania
“Nia, perbezaan tu bukan masalah besar bagi saya. Saya boleh cuba
untuk ikut cara Nia asalkan ianya tidak bertentangan dengan agama. Saya
juga tidak akan menghalang Nia untuk terus menikmati masa muda Nia
asalkan Nia tahu batas-batasnya.” ~ Ku Ariff
Benarlah, ketulusan dan keikhlasan hati itu melebihi segalanya dan
kerana sikap Ku Ariff yang begitulah, akhirnya lamaran lelaki itu diterima.
Dan benar jugalah, kuasa Allah melangkaui segala yang ada di langit dan
di bumi. Lalu, ikhlaskah Dania menerima ketentuanNya apabila bahagia yang
baru dirasainya direnggut sekelip mata?
email : mybizsantaishop@gmail.com
atau
No comments:
Post a Comment