LIMITED EDITION
BAKI STOK 1 SHJ
BAKI STOK 1 SHJ
Harga : RM38 (SM)/RM45(SS)
termasuk poslaju
Selepas makan malam, bersama dua muk kopi, mereka duduk melepak layan movie di ruang tamu. Macam sudah termeterai satu persetujuan pula antara mereka untuk jadikan hari jumaat malaam sebagai ‘movie night’ mereka berdua. Disebabkan kali terakhir movie night mereka, Aali yang memilih filem apa yang hendak ditonton, malam ini tiba giliran Lena pula. Dan filem yang menjadi pilihan, World War Z. Bukanlah sebab dia peminat genre action horror pun. Tapi sebab pelakon utamanya sahaja.
Setengah jam berlalu, Lena ralit menyaksikan babak Brad Pitt sedang melarikan diri daripada serangan zombie bersama keluarganya. Oh my! Hot!
“L...” Tiba-tiba namanya diseru suaminya.
“Hmm?” Hanya itu yang dijawab tanpa memandang wajah Aali.
“L...” Lena yang sedang baring di atas ribanya dipandang.
Mendengar nada suara Aali yang meleret begitu, dia beri reaksi yang sama seperti tadi. Dia tak rasa ada perkara serius yang Aali hendak katakan.
“Lena Qistina Yusuf.”
Oh my! Dah panggil nama penuh. Makanya wajiblah dia beri perhatian sewajarnya.
“Ya?” Lena alihkan pandangan daripada kaca TV kepada Aali.
“L pernah jumpa Rafiz tu?” tanya Aali bersahaja.
Lena kerut dahi. Rafiz? Hairan juga kenapa tiba-tiba Aali bertanyakan tentang lelaki itu. Tadi kemain beri amaran dekat dia supaya jangan sebut nama Rafiz lagi. Ini Aali pula yang menyebut? Ini sahih ada apa-apa ni.
Tiba-tiba Lena bangun duduk bersila di sebelah Aali. Mata mencerun pandang wajah suaminya. Nampak relaks dan tenang. Ah, jangan cakap saka nak menurun pulak!
“Dah kenapa pandang abang macam tu?”
“Dah kenapa tiba-tiba tanya soalan macam tu?”
Aali angkat kedua belah bahu. “Just asking.”
“But why?”
“Tanya saja pun tak boleh ke?”
Giliran Lena pula angkat bahu.
“Bukanlah tak boleh but it’s weird. Maghrib tadi baru aje abang warning L jangan sebut nama dia. Now suddenly you asked me about him. Kalau duduk dekat Pluto pun, orang Pluto rasa weird kot.”
Aali angkat kening sebelah.
“L, please. Pluto is not suitable for human habitation, sayang. Find a new anology please. Tak perlu nak hiperbola sangat.”
Lena mencebik. Oh suami! Muluttttt! Tak reti sungguh nak jaga hati. Nasib baik daah biasa. Kalau tak, mahunya sentap tujuh purnama. Okey, sekali lagi... hiperbola sangat Lena. Macamlah kau mampu sangat tak bercakap selama tujuh purnama dengan suami sendiri.
“So, pernah jumpa tak?”
Lena diam. Nak jawab yang benar atau nak tipu? Risau juga kalau ini sekadar trick question Aali. Suami dia ni bukan boleh duga saangat.
“Sayang, abang bukan tanya soalan tahap KBAT pun yang lama sangat fikir tu...”
“Huh, soalan KBAT lagi senang nak jawab kot!” gumam Lena perlahan.
“Apa dia?” Aali dah angkat dua belah kening pandang dia.
“Err... pernah. Pe..pe..pernah jumpa.” Oh, jujur sangat kau Lena!
“Bila masa pula L jumpa dia ni?” Nada suara Aali dah bertukar lain.
“Tak pernah cakap dengan abang pun?” Aali pandang Lena tak puas hati.
Lena juling mata ke atas. Kan dah cakap! Trick question. Benci tau! Wan, you owe me a lot!
atau
No comments:
Post a Comment