HATI YANG TERCALAR ~ Hot Mum Linz

PRE ORDER
HATI YANG TERCALAR ~ karya penulis Hot Mum Linz
-
50 TERAWAH YG PRE ORDER dengan kami Inshaa allah akan dapat tandatangan penulis
-
#PRINTONDEMAND
HARGA RM40 SEM / RM43 SS

termasuk poslaju
-
PENGHANTARAN DIJANGKA FEBRUARI 2017

TEASER 6
“Meen ada apa-apa nak beli lagi tak?” Soal Tengku Akhbar. Mata memandang sekilas pada perempuan bertudung biru lembut yang berjalan beriringan dengannya.
Nur Ameenah menggeleng. Tidak biasa keluar bersama dengan Tengku Akhbar membuatkan dia mati kutu. Tetapi hari ini, dia terpaksa keluar juga untuk menemani Tengku Akhbar membeli barang keperluan untuk Tengku Armel yang bakal dibawa ke Malaysia nanti.
Yang dia geramkan, bila Kak Mar laju saja menarik Armel mengikutnya. Ditinggalkan dia berdua-duaan dengan Tengku Akhbar.
“Meen tak selesa ke? Ke tak sihat?” Soal Tengku Akhbar, masih cuba memancing Nur Ameenah untuk berbual.
Nur Ameenah membalas dengan senyum nipis.
“Err.. bukan. Bukan macam tu.” Seakan tersangkut suaranya di kerongkong. Duhai hati, sabarlah. Tenanglah..
“Habis tu?” Tengku Akhbar hentikan langkah. Dipandang wajah bujur sireh Nur Ameenah.
Makin gelabah Nur Ameenah. Kenapa sebelum ni dia tak pernah pula sebegini. Hujung tudungnya dipintal-pintal, cuba mengelakkan dari membalas renungan mata Tengku Akhbar.
“Meen.. Meen..” Ligat akalnya memikirkan ayat yang sesuai.
“Meen?” Tengku Akhbar jungkit kening menunggu bicara seterusnya dari bibir mulut Nur Ameenah.
“Meen sakit perut.” Laju Nur Ameenah menjawab. Hanya itu yang terlintas di fikirannya sekarang.
Terus Tengku Akhbar tersenyum-senyum. Kepala digeleng. Bukan dia tidak faham yang Nur Ameenah segan dengannya.
“Tu, toilet kat sana.” Ditunjuk juga arah tandas kepada Nur Ameenah.
Nur Ameenah mengangguk. Laju saja kaki diayun ke arah yang ditunjukkan Tengku Akhbar. Dalam hati sudah berbakul-bakul sumpah seranah pada mulutnya sendiri yang laju menuturkan apa yang tak seiring dengan akalnya.
Menjauh sahaja kelibat Nur Ameenah, Tengku Akhbar ketawa.
“Meen.. Meen.. comel sungguh.”
atau
WhatsApp 018-9666752

No comments:

Post a Comment