TINGGAL 1 NASKAH SAHAJA!
HARGA RM45.90 SEM / RM52.90
termasuk poslaju
SINOPSIS
" Aku nak ingatkan kau supaya jangan sesekali kau cari pasal dengan geng budak setan tu. Sekali kau cari pasal, susah untuk kau lepaskan diri kau dari setan-setan tu. Kau anggap je hidup kau dah berakhir. Sampai ke lubang cacing dorang cari kau beb!"
Mereka adalah GENG BUDAK SETAN. Satu kumpulan yang dianggotai oleh lima pelajar lelaki, pewaris harta kekayaan billionaire. Mereka terkenal dengan sikap nakal di El Haj High School. Mereka pembuli yang ada kelas. Tiada seorang manusia pun di El Haj High School yang berani cari pasal dengan mereka.
Namun, tradisi itu berubah dengan kehadiran seorang guru baru, bernama NIA ISKANDAR. Seorang guru yang belum tahu dengan siapa dia berurusan.
" Saya nampak dengan mata kepala saya sendiri, budak ni yang cari pasal dulu"- NIA ISKANDAR.
Hanya kerana memberitahu kebenaran, dirinya berada dalam senarai mangsa GENG BUDAK SETAN. Ketenangan hidupnya telah diragut selepas itu!
" Lain kali jaga tepi kain sendiri. Kalau cikgu baru, buat macam cikgu baru. Jangan nak kerek sangat"-ANDIKA PUTRA.
Kemunculan ANDIKA aka Ketua Geng Budak Setan telah membuatkan hidup Nia bertambah huru hara di sekolah itu. Dirinya sering diburu. Sering dijadikan mangsa dalam segala hal!
" Awak nak buat apa lagi Andika? Tak puas lagi ke kenakan saya? Awak ni tak ada hati dan perasaan ke hah!"- NIA ISKANDAR
" Saya ada hati tapi belum ada perasaan. Dan saya tak tahu bila perasaan itu akan hadir"- ANDIKA PUTRA
Masing-masing tidak mahu mengalah. Masing-masing menyakiti sesama sendiri. Masing-masing keras kepala sehingga pelbagai rancangan 'dilancarkan!'
Namun, ada cinta yang terbit tanpa mereka sedar. Mereka mengambil keputusan untuk bercinta secara senyap. Percintaan itu harus disembunyikan dari semua pihak kerana cinta mereka adalah CINTA TERLARANG! Mereka berpura-pura di sekolah bagaikan tiada apa-apa.
Tapi, sejauhmana hubungan rahsia mereka dapat disimpan rapi? Apa yang bakal terjadi andai ayah Andika, si billionaire yang bengis itu dapat tahu tentang kisah cinta anak lelaki tunggalnya?
Apakah yang akan berlaku pada percintaan pelajar dan guru itu??
email : mybizsantaishop@gmail.com
atau
WhatsApp 018-9666752
No comments:
Post a Comment