KOMBO TWIN HASH AULIA

PRE - ORDER #REPRINTKOMBOTWIN - Hash Aulia
#ONLINESAHAJA
#100COPIES
*Penghantaran AKHIR DECEMBER.
Harga : 
SINGLE DHM : RM 40SM / RM46SS (INCLUDE POSTAGE) 
SINGLE HKD : RM45SM / RM50SS (INCLUDE POSTAGE)
#TWINCOMBO : RM 73SM / RM83SS (INCLUDE POSTAGE)
HANYA KERANA DIA
SINOPSIS
******
Benar kata orang, tiada yang merumitkan selain HATI. Dan kerana hati jugalah Delara Damia sanggup memperjudikan seluruh hidupnya. Lantas, lamaran Hariskacho diterima bulat-bulat walhal tiada cinta antara mereka. Demi menjaga hati nenda tersayang, Hariskacho melafazkan akad.

"Teruskan mencintai I kerana itulah tanggungjawab seorang isteri terhadap suami. Tapi, jangan sesekali berharap untuk dicintai sebab hak itu di tangan I. Dan bukan you yang tentukan." Hariskacho

Ternyata, keputusan yang dia ambil menjerat diri sendiri. Sungguh, berada disamping lelaki kasanova bertaraf LIMITED EDITION, buat hatinya berdegup lintang pukang lebih daripada kadar biasa. Fikir Delara, untuk menundukkan seorang kasanova, dia perlu menjadi penggoda dengan caranya tersendiri.

"I don't flirt. I will seduce you with my awkwardness. And i will never give up." Delara Damia.

"Go ahead and try me." Hariskacho

Dan mampukah Delara mencapai misinya untuk menundukkan ego Hariskacho? Bijakkah dia menyusun strategi demi meraih setitis cinta suami??
-
-
DIKALA HATI MERINDUI
SINOPSIS
*****

Kerana taat kepada ibu bapa, dia setuju untuk berkahwin. Tanpa sayang. Tanpa cinta. Hanya bersandarkan pilihan keluarga adalah yang terbaik. Namun, perkahwinannya perlu bersyarat.

"Luth setuju kahwin dengan gadis pilihan mama kalau dia boleh penuhi semua syarat-syarat Luth." Luth Ibrahim.

Walaupun bakal isterinya memenuhi kriteria, namun dalam hati tetap ada rasa tak senang. Serba-serbi tidak kena pada matanya. Dan bagi Chempaka Delina, encik suami adalah raja ego. Tuan diktaktor bermulut lepas.

"Awak masih dara ke? Bukan apa, sekarang ni ramai anak dara bukan anak dara dah. Well, you know what I mean."

"Tuan Luth Ibrahim masih teruna ke?" Chempaka Delina.

Dan bagi Luth Ibrahim, cik isteri pula adalah gadis sopan yang berlindung di sebalik mulutnya yang makan dalam. Setiap bicara pasti menyentak tangkai hati.

Tanpa sedar, tingkah itulah yang menarik hati masing-masing. Menjemput cinta dalam diam. Menyayangi secara bisu. Namun, belum sempat hendak meluahkan cinta, segalanya musnah kerana satu malam. Di mana, malam yang meragut maruah serta kebahagiaan yang baru ingin dibaja. Malam yang meninggalkan titik gelap sekali gus merentap hidup seorang Chempaka Delina.

"Aku tak mampu terima kekurangan dia. Tak mampu tipu diri sendiri." Luth Ibrahim

Di saat dia perlukan seorang suami, Chempaka Delina ditinggalkan tanpa belas kasihan. Digantung tidak bertali. Dihukum tanpa alasan sehingga dia mengalah untuk hidup.

Benarlah..hati manusia sering berubah-ubah. Bagi Delina.. tatkala Luth Ibrahim berlalu meninggalkan dia terhukum atas khilaf insan lain, cinta itu sudah mulai mati dalam hatinya.
atau
WhatsApp 018-9666752
atau
 KLIK SINI UTK ORDER FORM

No comments:

Post a Comment