Assalamualaikum / Salam Sejahtera semua..
Hari yang ditunggu-tunggu sudah tiba!!!
PRE ODER untuk KOMBO 5 BUAH sudah dibuka sekarang sehingga 26 Disember 2017. Apa tunggu lagi,jom order sekarang.. free postage untuk semua kombo dan sebuah buku,lebih menarik dgn diskaun yg kami tawarkan sangat berbaloi untuk digrab..
Insya Allah jika buku siap awl,kami akan pos secepat yg mungkin..
BAKAL SUAMI TAK JADI
Minah ingat lagi. Tengku Adnan jumpa dengan Minah lepas hal Azli tersebar. Kad jemputan dah diedar. Tetamu pun dah dijemput. Tiba-tiba majlis tak jadi. Seminggu saja pula lagi tu.
Minah memang dah tak tahu nak letak mana muka. Datuknya, Tengku Adnan lagilah. Terpaksa tebalkan muka beritahu majlis dibatalkan.“Macam nilah, Minah. Anggap saja jodoh kamu dengan Azli tak ada. Azli kalau serius nakkan kamu, dia tak akan buat hal macam ni. Soal jodoh tak boleh nak paksa. Faham tu?”
Minah angguk. Tapi dalam hati Minah tak boleh maafkan Azli.
Nak malukan Minah sekali pun, janganlah sampai macam ni. Lari dengan bakal isteri orang. Dalam majlis nikah. Seolah-olah Minah tak penting dalam hidup Azli. Minah sendiri pun tak tahu. Dulu Azli yang pikat dia. Sungguh-sungguh. Hampir setahun baru Minah terima.
Kadang-kadang Minah terfikir. Azli mungkin tak serius mana pun. Setahun bukannya singkat. Mungkin masa Minah terima cinta Azli, lelaki tu dah bosan. Tapi alang-alang Minah dah setuju Azli ikutkan saja. Sudahnya, maruah Minah jadi taruhan.
HUD - LIMITED EDITION
“You masuklah dulu. Rehat sekejap.”
Segera Hud menggeleng kepala. Ajakan itu tak masuk dek akal. Tak sedar ke Iris yang dia baru mengenali gadis itu?“Don’t worry, my parents tak tinggal kat rumah ni.”
“We barely know each other, Iris. Awak tak sepatutnya ajak orang yang baru awak kenal masuk ke dalam rumah. Awak tak fikir ke kalau sekiranya saya ni berniat yang tak baik pada awak?”
“Sebab I yakin… you lelaki yang baik.”
Hud raup wajah yang penat itu. “You should stop doing this. Tak kira dengan saya atau dengan orang lain sekalipun. Do not trust anyone. Yang awak nampak baik tu mungkin lebih teruk berbanding kawan awak yang tadi tu.”
Bibir Iris yang sentiasa tersenyum itu semakin lebar. “Okay. I’ll take your advice.”
“Keep that in mind.”
“Roger that.” Sebelum Iris keluar dari kereta, dia dekatkan dirinya ke arah Hud dan sebuah ciuman mendarat ke pipi lelaki itu.
“Thanks for the ride, handsome boy.”
Hud jeda. Tindakan gadis itu sebentar tadi tak terduga dek akalnya. Segera jari mengelap kesan ciuman itu. Sepanjang mengenali Hana, mereka tak pernah bersentuhan. Dia sangat menjaga pergaulannya selama ini. Tetapi Iris… gadis itu mencemarkan segala-galanya.
"Some people cross your path and change your whole direction." - Unknown
ICH LIEBE DICH
Merah muka Faza kerana terlepas latah. Mahu tak mahu, dia angkat muka juga. Sungguh Faza rasa macam nak pengsan sebaik bertembung pandang dengan jejaka tersebut.
Mika! Kenapalah Tuhan temukan dia dengan lelaki itu dalam keadaan yang memalukan? Tapi kalau dia pengsan lagilah malu. Baik buat bodoh macam takde apa berlaku.
Mika tahu Faza tengah tahan malu. Dia juga tiada niat lain kecuali membantu rakan sekelas. Jejaka ini nekad untuk lupakan apa yang terjadi antara mereka semalam. Tanpa sepatah kata, Mika tolong Faza kutip kertas yang berterabur di atas jalan. “Nah,” dia hulurkan kertas kepada Faza.
Gadis itu terdiam. Namun tetap menyambut huluran Mika tanpa sepatah kata. Dek kerana malu, Faza berlalu pergi tanpa mengucapkan terima kasih.
“Wei, alter. Lain macam aje aku tengok kau ni?” Laung Ariz sebaik sahaja Faza meninggalkan tempat kejadian.
Berkat ajaran Mika, dia pun dah pandai cakap Jerman sekarang. Daripada cerita kawan baiknya itu, Mika diajar bertutur dalam bahasa Jerman oleh arwah mamanya sejak kecil. Itu pun masih banyak yang anak muda itu perlu belajar. Macam bahasa Melayu juga, mesti ada juga perkataan yang tak pernah dengar dan sebut walaupun fasih.
“Takde apalah, alter. Orang jatuh depan mata takkan nak biar aje.” Mika memaut tembok.
NADIM
“Takdirnya dengan aku Asiah. Izin kan aku.” Wangsa membaca sesuatu, Asiah merasa sangat mengantuk, dia tidur di dalam tidurnya, di dalam tidur itu dia bermimpi lagi, kali ini dia bermimpi di bidankan wanita iras dirinya dan memang ketika itu dia merasa sakit teramat sangat seolah-olah mahu melahirkan bayinya. Sehingga dia merasa kan sesuatu meluncur dari celah kelakangnya.Wanita itu mengangkat sesuatu berbentuk seperti buah nangka di dalam sarung. Bayi itu lahir dengan sarungnya seperti kepompong ,lalu bayi itu di tayangkan dihadapan matanya. Lelaki bernama Wangsa itu mengambil sesuatu yang tajam lalu dia membelah sarung tersebut. Bergema tangisan halus bayi yang sudah di keluarkan daripada sarung itu.
“Ini anak mu, aku namakan dia Nadim.” Lelaki itu hulurkan bayi yang masih berdarah itu kepadanya.
“Susu kan.” Arah lelaki dan wanita itu hampir serentak. Asiah hanya menurut, dia membuka dadanya lalu bayi itu disusukan tanpa banyak bicara. Hatinya menjadi sayu, mengapa anak itu mahu di ambil, dia ibu kepada anak itu. Kenapa bangsa ini begitu kejam terhadap mereka berdua? Apa sebenarnya yang berlaku, kenapa mimpi ini yang menghantui lenanya mala mini?
“Aku akan datang kepadamu setiap kali dia mahu menyusu. Ingat Asiah Nadim ini tetap anak mu, tetap milik mu dan akan tetap bersama kembarnya yang satu lagi.” Terkumpal-kumpal Asiah menahan rasa, dia mahu menghalang tetapi suara tidak mampu keluar daripada bibirnya. Jangan bawa anak ku pergi! Asiah menjerit di dalam hati, walaupun hanya di alam mimpi tapi dia terasa itu seperti benar.
YASMEEN
****
Bila nampak gadis berkurung kain kapas itu, mata Eshan bagai payah nak dikawal. Hatinya lagilah. Berdebar lain macam. Bila suara lembut itu menyoal orang lain, dia yang perasan lebih.“Abang dah makan ke?”
“Dah.”
Tiba-tiba gadis itu ketawa kecil.
Eshan memandang hairan sebelum Mikail menepuk bahunya.
“Meen tanya aku, bro.”
Alamak! Tebalnya muka. “Oh…”
Bila balik rumah asyik terbayangkan wajah itu, terus si
sahabat dicari.
“I wanna marry your baby sister.”
Mata Mikail membulat. Terkejut.
“Aku tak nak buang masa. Kalau kau setuju dan Uncle Borhan setuju, aku nak suruh mama masuk meminang Meen.”
“Woohoo! Takkan kut, Han? Tak cepat sangat ke?”
Tapi apa dia peduli cepat tak cepat? Janji ‘bunganya’ tidak
disambar ‘kumbang’ lain.
Bila dah setuju dan selesai semuanya di mana Abeer Yasmeen sudah ‘diikat’, lain pula jadinya. Sebab hal ‘itu’, bunganya lari darinya. Tapi kalau sudah namanya Eshan Idraki, ingat dia nak biar begitu sahaja? Ini dialah... si peminat dan pencipta wanita. Sekali sudah di dalam genggaman, jangan harap dia nak lepaskan.
“What are you doing here?”
“You rasa?”
“I don’t know…”
“Serius, Meen? Serius you tak tahu?”
“12 hari…”
Kata-kata itu langsung tidak dia biar Yasmeen habiskan, terus sahaja dia mencelah. “I want my Yasmeen back.” Tegas.
email : mybizsantaishop@gmail.com
atau
No comments:
Post a Comment