YANG TERTUNGGU2 ... JOM ORDER NOW .... STOCK AWAL JANUARY ATAU LEBIH AWAL
HARGA KOMBO RM68.90SM/RM77.90SS
termasuk poslaju
harga single :
CINTA TERAGUNG SI BUDAK SETAN 2 RM42.90 SEM / RM49.90 SS
HANTU MILAH RM37.90 SEM / RM44.90 SS
termasuk poslaju
WHATSAPP >>
WHATSAPP >>
018-9666752
018-9666752
018-9666752
SINOPSIS CINTA TERAGUNG SI BUDAK SETAN2
Cinta mereka telah putus. Cinta mereka berakhir dengan airmata. Mereka nekad membawa haluan sendiri. Kini mereka kembali dengan cerita hidup yang berbeza. Tiada lagi guru yang kerek. Tiada lagi gelaran budak setan. Tiada lagi El Haj High School. Semuanya berubah. Yang ada kini adalah seorang CEO muda dan seorang PA yang setia pada majikannya.
Namun takdir telah mempertemukan mereka untuk kali kedua. Bagaimana penerimaan Nia pada Andika yang telah menyakiti hatinya selama lima tahun lalu? Apakah Andika mampu menjelaskan salah faham yang terjadi antara mereka angkara ayahnya sendiri?
“ Bercinta dengan pelajar sekolah bukan cerita dongeng, tapi cerita cinta yang paling agung. Sebuah kisah cinta yang jarang berlaku pada mana-mana orang pun. Kalau betul cakap awak ianya sebuah kisah dongeng, mengapa hari ini cikgu dan pelajar itu dipertemukan sekali lagi? Think”- ANDIKA PUTRA
“ Setiap kali awak muncul pasti awak akan sakitkan hati saya. Sebab itulah, saya berharap awak dan saya tidak dipertemukan lagi. Tapi, doa saya tak dimakbulkan. Awak masih muncul untuk menyakiti” – NIA ISKANDAR
Mampukah si budak setan itu menghabiskan cerita cintanya yang mati di tengah jalan?
JAWAPANNYA ADA DI DALAM CINTA TERAGUNG SI BUDAK SETAN 2
-
-
SINOPSIS HANTU MILAH CARI PAKWE
“ Sini, mai dekat sikit telinga hangpa”. Rosyam ingin bisik sesuatu. “ Sebenaqnya kat kampung ni. Semua anak teruna dah kahwin kecuali aku dengan Udin Kambing”.
Tercengang muka Mat Yeh. Hud menelan air liur laju. Ini berita yang paling tergempar.
“ Maknanya semua teruna kat sini pakat kahwin sebab takut Milah ganggu ke?”. Hud pandang muka Rosyam inginkan jawapan.
“ Betoi, you are absolutely correct!”. Rosyam memetik jari.
Hud Haikal dan Mat Yeh meninggalkan Kampung Kota. Tidak sanggup lagi mereka diganggu oleh hantu Milah di kampung Rosyam.
Namun mereka tidak sedar yang mereka sebenarnya diekori sampai ke Universiti Professor Adi Raja, tempat mereka belajar. Pada mulanya mereka menjalani hidup sebagai mahasiswa seperti biasa tapi segalanya menjadi huru hara selepas beberapa peristiwa pelik terjadi pada mereka.
“ Lif tak boleh tutup”. Mat Yeh tengok kawan-kawan dia. Berderau darah mereka.
“ Cuba kau tekan butang close tu sekali lagi”. Hud dah rasa semacam.
“ Aku dah tekan banyak kali. Tengok aku try tutup tapi tak boleh. Aku dah naik seram nih”. Tangan Mat Yeh masih lagi tekan butang close.
Mereka berempat keluar semula dari lif. Deras tangga apartment dipanjat. “ Tunggu aku!”. Nabil tercungap-tercungap.
“ Lari wei. Dia ikut kita”. Mat Yeh pecut laju. Diikuti oleh Hud, Rosyam dan Nabil.
Selepas detik malam itu, Hud Haikal menjadi sasaran hanya kerana satu kelebihan yang dia ada.
“ Hud, dia memang tak nampak aku. Cuma kau seorang saja yang boleh lihat aku” - MILAH
Disebabkan kelebihan ini, hidup Hud Haikal tak tentu arah. Hanya dia saja boleh nampak hantu Milah??!! Tidak!!! Tambah parah lagi apabila Milah meminta tolongnya untuk jadi manusia normal semula.
“ Aku nak kau tolong aku’. Milah merenung Hud Haikal.
“ Nak tolong apanya. Sorry, aku tak tolong hantu”. Hud cuba tutup mata. Seluruh badan dia menggigil.
“ Tolong aku jadi manusia normal semula”. Rayu Milah.
Hud terkelu. Hantu pun nak jadi manusia? Dah giler agaknya hantu Milah ni. “ Aku tak nak tolong kau. Aku mohon kau pergi, jangan ganggu aku Milah”.
Hud nekad menolak permintaan gila itu. Sebab baginya permintaan hantu nak jadi manusia memang tak masuk akal. Hud tetap berkeras tidak mahu menolong sehingga Milah mengganggu kehidupan sehariannya yang menyebabkan dia terpaksa surrender.
" Betul Milah. Aku akan tolong kau. I keep my promise. Sekarang boleh tak kau serahkan semula barang-barang aku”- HUD
“ Betul ni Hud yang kau akan tolong aku? Kau tak tipu aku kan. Tapi kalau kau tipu aku, kau akan terima nasib yang lagi buruk dari yang kau terima hari ni”.- MILAH
Dengan termatri perjanjian itu, akhirnya Hud membahayakan dirinya untuk menolong Milah kembali ke dunia nyata dan merungkai rahsia keghaiban Milah selama ini.
Mampukah Hud menolong Milah?? Dan adakah akan timbul bibit-bibit cinta di antara mereka berdua setelah Hud mengetahui Milah sebenarnya bukan hantu seperti yang diperkatakan orang.
Kalau betullah kau ni manusia, aku lah orang yang paling bahagia di saat ini. Kau nak tahu tak kenapa aku rasa macam tu wahai Milah. Sebab aku dah jatuh hati kat kau. Kau merajuk tadi comel ler.
No comments:
Post a Comment