PRINT ON DEMAND
HARGA RM30 / RM33(SM/SS).
POSLAJU LAJU RM8.00 SEM / RM12.00SS
stok terhad
Pasal tajuk. Kenapa tajuk macam ni ya?
Beauty and The Beast maksud dia Si Cantik dan Si Hodoh. Tapi BEAST di sini saya maksudkan lain. Sebab tu jadi Beast and The Beauty. Terbalik. Ini kisah fairytales barat yg ada makna tersendiri dalam cerita saya ni. Yang dah pernah baca, tahulah apa yg saya maksudkan Beast di sini.
Pada yg sentiasa sudi nak simpan naskah bercetak, boleh dapatkan. Cetakan kali ini hanya ikut pre-order. Kalau lebih pun untuk ganti buku rosak dan order tercicir aje. Kalau habis, habislah.
Manusia akan rasa rimas bila dikongkong. Tapi, tidak pada Sufi. Dia rela. Rasa selasa dan selamat setelah apa yang terjadi sedekad yang lalu. Memori pahit yang cuba ditelan. Biarpun kini, ayah, mama dan Abang Johan mahu dia beranikan diri hadapi dunia, dia tetap menolak. Hingga satu hari, lelaki itu muncul di depannya. Kacak, segak, tenang dan misteri.
“Nak jawapan jujur ke tipu?” - Juliana Sufia
“Jawapan yang awak rasa senang nak bagitahu.” - Benjamin
“Jujurnya, dia orang tak suka saya…” – Juliana Sufia
“Tak apalah. Janji saya suka awak, rasanya itu dah cukup kot…” – Benjamin
Benjamin buat dia berani berlari mengikut kemahuan hati demi cinta lelaki itu padanya. Sufi tersenyum bahagia sedangkan Benjamin sedang sarat mengusung duka angkara dosa yang tak pernah lelah menjejaki.
Kerana ujian itu muncul pada saat dia berjanji untuk buat Sufi bahagia, Benjamin benar-benar perlu memilih dan yang menjadi pilihan adalah sesuatu yang buatkan hati sendiri lebur.
“Perasaan saya pada awak, adalah satu kesilapan…” – Benjamin
Di mana silapnya? Itu yang menjadi persoalan. Sakit sekarang, lebih perit daripada sakit yang dulu biarpun tiada darah yang mengalir. Sufi nekad untuk tinggalkan segalanya di belakang tapi mana mampu dia pergi bila dia tahu sebabnya Benjamin menjauh.
Yang lalu, biar saja berlalu. Itu yang mereka paterikan bersama. Namun sayang… yang diharapkan sukar menjadi kenyataan. Benjamin sekali lagi menyelamatkan nyawanya.
Kini, nafas Benjamin di hujung helaan.
“Maaf, Sufi… terpaksa tinggalkan awak lagi sekali. Maafkan saya sebab pernah muncul sebagai seekor binatang ganas dalam hidup awak…” - Benjamin
Sufi sekali lagi perlu menelan hakikat yang tak ubah seperti bara api.
“Awak okey?” - Juliana Sufia
“Ada Sufi di sisi, tak okey pun jadi okey…” – Benjamin
Benjamin kembali? Tak. Itu hanya mimpinya. Bila dia buka mata, tiada Benjamin di sisi. Lelaki itu pergi bersama janji yang masih gagah dia usung untuk selamanya.
----------
WhatsApp 018-9666752
atau
email : mybizsantaishop@gmail.com
email : mybizsantaishop@gmail.com
No comments:
Post a Comment