AWEK PISANG GORENG
Harga : RM23(sem)/RM26 (Sabah/Sarawak)
Muka Surat : 504
Sinopsis :
Subhanallah… indahnya ciptaanMU! Itu kata hati Daus saat si awek yang duduk di gerai pisang goreng berpaling ke arahnya.
‘Mak….rasanya Achik dah jumpa calon menantu mak.’
Pertemuan seterusnya selepas itu meyakinkan Daus tentang rasa hatinya.
Sebuah Diari yang tertulis ‘Senah punya’ menjadi cagaran untuk Daus
mengugut si awek membayar ‘hutang’.
“Awak tau tak awak tu gila? Tak hingin saya kahwin dengan orang gila macam awak.” – Senah aka Husna.
Kalau hati dah jatuh suka, apa lagi nak dikata. Dia sanggup buat apa
saja walau tuan empunya diri kata dia gila. Sebab, seberapa banyak dia
istikharah sekalipun, jawapannya tetap orang yang sama, hanya Senah si
awek pisang goreng.
“Husna sayang...”- Daus aka Firdaus
“Awak ni laa kan...” - Husna
“Nak kena panggil sayang baru ada respond rupanya. Ok, noted. Saya skru dalam kepala supaya tak lupa.” - Firdaus
Saat hati Husna sudah lembut, ada pula yang datang ‘mencelah’. Antara
percaya dan curiga, hati Daus memilih curiga. Walau tanpa sengketa,
jiwanya merusuh tiba-tiba.
“Firdaus...Don’t walk away now. - Husna
Apa akan jadi jika Daus memilih untuk menyepikan diri saat ijab dan
kabul sudah semakin hampir? Apa sebenarnya yang terjadi sehingga Daus
terfikir untuk menarik diri?
Cinta itu anugerah dari DIA. Memilih untuk menghargai bermakna kita menghargai ‘pemberian’ DIA
No comments:
Post a Comment