Slot Akasia di TV3. Jam 7.00mlm.
Mula ditayangkan pada hari Rabu, 25 Sept 2013
LOVE YOU MR. ARROGANT~ ALIESHA KIRANA
HARGA: Semenanjung : RM18 /Sabah/Sarawak : RM21
PENGHANTARAN POSLAJU : PERCUMA [ 3-7 hari bekerja]
SINOPSIS:
Zaara Amirah punya impian yang sama seperti impian tipikal gadis biasa,
iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya.
Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap
lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel
Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan
ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan
menjadikan sebuah janji sebagai modal.
"Itu harga yang kau
perlu bayar sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap,
kahwin dengan aku. Titik." – Zafriel Irham
Demi sebuah janji,
Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara
Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak
jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya. Namun Zaara Amirah tidak
menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan
karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya.
"Apa? Atas lantai ni?"
"Kat mana-mana saja yang kau suka. Tapi bukan atas katil mahal aku ni. Buat kotor saja."
"Kotor? Awak yang nak kahwin dengan saya kan, lepas tu awak cakap saya
kotor pulak? Kalau awak tahu saya kotor, buat apa awak kahwin dengan
saya? Awak fikir tak perasaan saya bila awak paksa saya kahwin dengan
awak dulu? Awak fikir pasal diri awak saja, kan? Pasal saya ni awak tak
fikir langsung. Awak ni memang tak guna!"
Berhadapan pula
dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya,
hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu
Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan.
Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada
suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar
isteri.
"Aduhh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa rindu
sangat ni? Macam orang gila bayang saja lagaknya ni. Padahal baru
beberapa jam dia pergi. Takkanlah aku dah jatuh hati dengan mamat
berlagak tu? Aduhh… tapi..." – Zaara Amirah
No comments:
Post a Comment