KOMBO BAEK PUNYA

PRE ORDER SEHINGGA 31/3/2020

KOMBO BAEK PUNYA

😍😍😍😍😍

BAYU AWEERA by Cik Tet

Blurb

Bayu Aweera. Lelaki yang terlalu setia dengan cintanya, penyayang serta bertanggungjawab. Namun, cintanya dinodai hingga menyebabkan dia berubah menjadi seorang yang kasar, ego serta pendendam.

"Kau pergi di saat aku sedang meletakkan dirimu di tangga yang teratas dalam hatiku. Kini kau kembali untuk menjadi yang teratas dalam tembok kebencianku." - Bayu Aweera

Cempaka Sari. Demi kasihnya kepada kakak kandung sendiri, dia terpaksa menyakiti hati insan yang paling dicintainya. Bertahun dia membawa diri bersama dengan cinta yang tak pernah terhakis dari hatinya.

"Memang saya yang pergi tinggalkan awak, tapi saya tak pernah menduakan cinta kita.” - Cempaka Sari

Tiga tahun berlalu, mereka ditemukan kembali. Namun tiada lagi yang indah di antara mereka. Bagi Bayu, Cempaka tidak layak untuk dikasihani dan dicintai.

“Kau jangan nak perasan lebihlah. Gelaran isteri itu tak bermakna apa-apa pun untuk aku nanti.” - Bayu Aweera

“Awak memang kejam.” – Cempaka Sari

Hanya kerana hasutan dan fitnah, kesetiaan dan kepercayaan Cempaka diuji lagi. Kali ini hatinya benar-benar terluka dan kecewa. Namun, saat kebenaran terbongkar, masihkah ada kemaafan buat Bayu walaupun lelaki itu melutut dan merayu? Masihkah ada sisa cinta buat lelaki itu? Dan apakah sebenarnya hubungan antara Sonia dengan Bayu?

Andai benar tiada cinta, kenapa hati mesti menangis bila terpaksa menyakiti?

🏍🏍🏍🏍🏍

AMINAH TEMPO by Sara Hezra

BLURB

HARRAZ AHMAD , seorang jurukamera yang menerima bos baharu di jabatannya. AMINAH TEMPO, bos yang bossy tapi sporting. Kerja luar bersama rasa macam dating, err… dia seorang saja yang rasa macam itu. Maklumlah, dia lelaki 30-an yang kesunyian ditinggal awek.

Apapun, hal bos tinggal di pejabatlah. Pening-pening layan kerenah bos, balik rumah boleh relaks. Tapi macam mana nak relaks? Jiran baharu di sebelah rumah suka test enjin superbike dia pagi-pagi buta.

Superbike yang nyaris melanggar dirinya. Sakit hati membuatkan dia nekad memburu lelaki itu. Masalahnya… kenapa ketika dia menerjah di muka pintu rumah jiran baharu itu, perempuan cantik yang muncul?

“Tak ada arahan untuk awak datang ke sini, cari saya dan cakap bukan-bukan.” ~AMINAH

“Tak perlu arahan sebab lepas saya jabat tangan dengan Haji Tempo tu, tempo hidup awak akan berubah. Saya akan jadi suami awak, jadi bos awak!” ~HARRAZ

Manisnya menyulam cinta bersama Aminah namun cerita cinta mereka sukar untuk berada pada tempo yang sama. Saat teruji, bertahankah mereka berpaut pada rentak yang indah semata sekali pun Aminah telah mengungkap segala rahsia?

“Saya dah lepaskan semua perasaan.” ~HARRAZ

“Termasuk cinta kepada Meen?” ~AMINAH

Aminah nanar, Harraz menghindar. Saat mereka dipertemukan kembali, ada rasa yang tidak terungkap. Hanya cinta dan rindu tanpa ada lagi prasangka kerana bagi Harraz, siapa pun Aminah itu, seluruh rasa yang ada padanya telah teruntuk buat Aminah Tempo @ My Lovely Lady Boss!

💄💄💄💄💄

CIK ANDAM GOJES by Azizah Ami
Blurb

Rinie bukanlah sembarangan cik andam. Dia adalah Cik Andam Gojes merangkap pereka busana pengantin yang popular. Kehadiran seorang gadis bersama seorang pengawal peribadi yang hebat di butiknya telah merubah 360⁰ hidup Rinie. Apatah lagi lelaki itu mempunyai ego yang tinggi melangit dan juga dingin terhadap Rinie.
“Maaf, cik... Cik Suraya tak berminat.” - HISHAM
“Kaya sangat ke dia tu sampai ambil awak jadi bodyguard?” - RINIE
Siapa tahu berlaku kekecohan yang tak terduga di antara mereka hingga mula membuka pintu hati Hisham untuk menerima kehadiran seorang wanita di dalam hidupnya. Sifat ceria yang ada pada Rinie buat Hisham bahagia tatkala melihat telatah gadis itu.
“Lain kali kalau Syafiq nak jumpa, jangan layan.” - HISHAM
“Tapi kenapa awak ambil berat sangat pasal saya?” - RINIE
“Sebab cinta.” - HISHAM
Cinta terjalin indah dengan cara mereka sendiri. Ruang dan peluang yang terhad digunakan sebaik mungkin. Rinie tahu kerjaya Hisham menuntut pengorbanan yang tinggi. Hisham juga sedar bahawa sudah tiba waktu untuk dia mengutamakan kemahuan hati sendiri.
Namun mampukah mereka menempuhi semua dugaan itu untuk bahagia bila ia menuntut nyawa sebagai galang gantinya? Apa hubungan Suraya dengan Hisham hingga lelaki itu sanggup bergadai nyawa kerananya? Atau haruskah Rinie berundur dan mengalah sahaja?

🦋🦋🦋🦋🦋

TENTANG MARTIN by @Ann Hann
Blurb
Martin dan Lila berjumpa di dalam sebuah game show yang dianjurkan E-Rose Tv. Di situlah Martin melahirkan rasa kagum dengan Lila yang dianggapnya berbakat luar biasa.
“Okey. Saya harap kita dapat jumpa lagi, Lila.” - MARTIN
Selepas game show itu, mereka dipertemukan sekali lagi. Kali ini sebagai ketua dengan pekerja. Lebih memalukan Lila bila dia terikat dengan Martin disebabkan hutang yang bukan berpunca darinya. Tetapi Martin tidak peduli semua itu. Baginya Lila adalah gadis yang telah lama dia nantikan walaupun gadis itu kerap menolak rasa hatinya. Namun saat mereka berdua semakin rapat, masalah baru tercetus lagi.
“Awak jual idea saya?” - LILA
“Itu saja jalan supaya kau tak lari.” - MARTIN
Semakin Lila cuba mengelak, semakin Martin mendesak. Semakin Lila melarikan diri, semakin Martin laju mengejar.
“Kalau dengan menerima tawaran dari Kota Media boleh membuatkan kita takkan berjumpa lagi, saya akan terima tawaran tu.” - LILA
“Aku mahu berbicara lebih dekat dengan kau. Bukan sebagai ketua dengan pekerja. Masalah hati ini hanya antara kita berdua.” - MARTIN
Adakah Lila akan menerima tawaran dari stesen TV Kota Media dan memilih untuk menolak Martin? Sudah terlambatkah buat Lila menyedari keinginan hatinya di saat Martin membawa diri ke luar negara?

No comments:

Post a Comment