KOMBO PROLOG

Akhirnya yang dinanti-nanti munculkan diri.
-
Harga gila istimewa untuk mereka yang tak dapat datang ke PBAKL2019. 
-
Suka tak?
-
➡️Pre-Order HARGA PROMOSI PM dibuka sekarang‼️
-
➡️HARGA KOMBO cuma RM65 FREE POSTAGE ke seluruh Malaysia!!
-
➡️HARGA PROMOSI ini berakhir pada 20/3/2019‼️
-
CARA PESANAN :-
-
-
-
-
-
➡️ Pembelian SINGLE (sebuah buku) :- 
Harga Buku + Postage 
Sus.suk ➡️RM25 + RM5 (SM) /RM8 (S/S)
Terang Bulan ➡️ RM25 + RM5 (SM) /RM8 (S/S)
Butterfly ➡️ RM28 + RM5 (SM) /RM8 (S/S)
-
▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️▪️
Selepas TAMAT tarikh HARGA PROMOSI ni, harga kembali pada harga buku dan kos postage akan dicaj.
 



SINOPSIS
💝💝💝💝💝💝💝💝💝
-
Tajuk : Sus.Suk.
Penulis : NNajwa Azmee
Genre : Misteri-Kekeluargaan
-
Blurb :- 
Jika kemaafan dapat menenangkan jiwa, maka maafkanlah...

Kehidupan Nasuha tak sebaik orang lain. Tanggungjawab yang perlu digalas terlalu besar untuk gadis seusianya. Namun, demi sayangnya pada keluarga, dia nekad untuk bertahan. 

Siantang menjadi tempatnya meluah rasa. Segala rahsia, kesedihan dan keperitan yang dialami akan dikongsi dengan Siantang; yang sentiasa berdiri utuh di hadapannya, yang tidak pernah menilai atau menghakiminya walaupun seburuk-buruk perkara berlaku dalam hidup Nasuha.

Tetapi, semuanya berubah apabila ibu kesayangan Nasuha meninggal dunia. Rahsia hitam yang selama ini kebal tersembunyi, satu persatu mula terbongkar. Hidup Nasuha bertambah perit. Kenyataan perit yang terbongkar buat Nasuha rasa dikhianti hingga dia mula hilang pedoman.

Apakah rahsia hitam yang menjadi punca Nasuha menjadi separuh gila? Dan mampukan Nasuha menerima dan memaafkan si pembuat angkara?

Pesan Admin : Sus.Suk, adalah perkataan yang digunakan oleh orang pantai timur (Terengganu/Kelantan) yang membawa maksud ; Sembunyi/Sorok. Agak-agak apa yang disussuk dalam cerita ni?? Jadi, silalah cari dengan membelinya dan baca!

-
💝💝💝💝💝💝💝💝💝
Tajuk : Terang Bulan
Penulis : Fakhrull Halim
Genre : Misteri-Psikologi

Setiap manusia ialah bulan: ada sebelah sisi yang tidak pernah ditunjukkan kepada sesiapa.

Kehidupan Badar yang normal mula terganggu dengan beberapa siri kejadian aneh. Makin menggusarkan bila seorang demi seorang temannya mula menemui ajal. Hanya satu cara untuk Badar menghentikan semuanya; dia perlu mencari Zamir! Hanya lelaki itu yang mampu membantunya. Namun bila hanya berbekalkan sebaris nama, tugas mencari itu bukanlah tugas yang mudah...
-
....
-
Sin mempunyai segalanya; kemasyhuran, kekayaan, dan perempuan. Satu-satunya benda yang tak pernah dia miliki, ialah diri sendiri. Jiwanya jadi kacau hingga dia nekad ingin menamatkan riwayat hidupnya. Muncul Zarul mahu membantu. Sin boleh dipulihkan dengan satu syarat; Sin harus bersedia untuk melalui satu perjalanan yang begitu asing. Mampukah Sin menghadapinya?

Antara Badar dan Sin, ada garis halus yang memisahkan kedua-duanya. Dan apabila garis halus itu lenyap... akan ada rahsia besar yang bakal terbongkar!

Nota admin : Walaupun novel ini mengunakan label 'Bacaan Matang' kami tetap nak suruh semua orang baca!😆 Ini bukan kisah biasa-biasa.

💝💝💝💝💝💝💝💝💝
Tajuk : Butterfly
Penulis : Anna Lee
Genre : Domestic-Psikologi-Thriller

Mengapa sebuah rahsia itu disembunyikan, adakah kerana kebenarannya menakutkan?

Hidup Laikha sangat bahagia. Punya ibu bapa yang sangat penyayang membuatkan dia tak pernah kurang kasih sayang. Namun semua itu hilang sekelip mata hanya kerana sebuah kejadian dan sebaris kata.

Tragedi kebakaran rumah keluarganya membuatkan Laikha mula mempersoalkan kasih sayang ibu dan bapanya selama ini. Mengapa setenang itu bapanya menerima 'kematiannya'? Mengapa tiada air mata yang mengiringi 'pemergiannya'?Dan yang paling mengecewakan Laikha, mengapa begitu mudah keluarganya menerima 'kematian' Laikha sedangkan dia yang sebenarnya masih bernafas?

Kepercayaan Laikha pada ibu dan bapanya makin terhakis apabila satu persatu persoalan mula muncul dan jawapan kepada setiap persoalan itu buat Laikha mula keliru dengan realiti sebenar.

Untuk mencari jawapannya, Laikha perlu menelusuri kisah silam ibu dan bapanya yang berselirat dengan rahsia hitam.
Tetapi, mampukah Laikha menerima semuanya? Atau dia perlu terus hidup dalam kepura-puraan yang tercipta?

Pesan Admin :-
-
Bacalah dengan tenang.

-

No comments:

Post a Comment