PRE ORDER dibuka sehingga 15 MAC.
RM104 SM / RM115.SS
termasuk postage
Sinopsis
🌶🌶🌶
Geza Amsyar : Seego Hatimu
Perasaan sayang buat Mellisa tak pernah pudar, tak luntur di mamah waktu. Namun, bila mama menetapkan tarikh perkahwinannya dengan Mellisa, perasan benci meluap-luap datang tanpa dipinta.
"Saya sayang awak. Sayang sehingga takut kehilangan. Tapi, saya tak pernah cintakan awak. Sayang dan cinta dua perkara berbeza. So, please Mellisa. Tolak lamaran mama." - Geza Amsyar
Mustahil dia ingin menikahi Mellisa sedangkan dia punya seseorang dalam hati. Menyemai cinta bertahun lamanya.
"Sayang tapi tak cinta? How funny, Geza. Macam mana awak belah hati awak macam tu?" - Mellisa.
Asalnya, dia ingin menolak. Malangnya, bicara angkuh si kawan baik, buat dia tercabar.
"Terima lamaran mama, awak akan menderita seumur hidup. Saya tak mungkin akan mencintai awak selain daripada buah hati saya. Tak mungkin." - Geza Amsyar
"Then, saya akan terima lamaran mama. Kita akan berkahwin." - Mellisa
Dek kerana tercabar, Mellisa berdegil.
Setelah akad terlafaz, bermulalah episod duka dalam hidupnya. Didera emosi serta fizikal oleh sang suami. Walaupun berstatus suami isteri, tapi mereka bagaikan orang asing. Tiada bisikan romantis. Tiada kemesraan. Hanya kedukaan semata-mata.
"Semalam tu, jangan salah faham. Bila perempuan dan lelaki berdua-duaan, mesti ada yang ketiga. Apa yang berlaku semalam, adalah godaan syaitan. Aku tak ada niat nak buat benda tu." -Geza Amsyar
Dan hati, terluka sedalam-dalamnya. Terhenyak dalam kepedihan. Tiada lagi warna kegembiraan setelah menjadi isteri Geza Amsyar. Sekeping hati itu, terlalu ego untuk menerima takdir. Sehingga dia menjadi mangsa kekejaman Geza.
Hati tertutup. Jiwa terluka. Tiada lagi cinta buat Geza Amsyar. Lalu, Mellisa nekad untuk melepaskan segala-galanya. Melangkah jauh daripada hidup Geza.
Dan bila saat kehilangan, barulah Geza mengerti akan cinta yang wujud buat Mellisa. Namun, segala galanya dah berubah. Mellisa telah pergi jauh daripada hidupnya.Walaupun merayu, tak akan mungkin kembali
🌶🌶🌶
Aurellia : Masihkah ada Rindu?
Dek kerana cemburukan si kakak, Aurellia sanggup perangkap bakal abang ipar. Sekaligus mencalarkan maruah keluarga.
Kerja paling gila dia buat. Tidur dengan abang ipar a.k.a boyfriend si kakak. Tarikh perkahwinan makin hampir, pengantin perempuan bertukar.
Gila bukan? Bercinta dengan kakak, berkahwin dengan adik. Tak terfikir dek akal.
"Sumpah demi Allah S.W.T, saya tak pernah cintakan Aurellia. Apatah lagi menidurinya." - Shaq Hakim
"Bersumpah sambil junjung Quran pun, apa kau boleh buktikan? Mama, papa, dan girlfriend kau sendiri nampak yang kau tidur dengan aku. Lepas sedap, kau nak tinggal aku macam tu je?" - Melur Aurellia
Dek maruah serta nama baik keluarga, mereka dikahwinkan atas dasar "tanggungjawab." Tanpa sedar, ada hati yang terluka.
"Kenapa kau perangkap Shaq? Dah tak ada jantan lain yang kau nak jadikan kambing hitam?" - Mawar Delana
"Sebab dia lelaki yang paling kau cinta. Sebab dia adalah kebahagiaan kau. Aku tak nak tengok kau bahagia, Delana." - Melur Aurellia
Hari berganti hari. Dendam mula terkumpul. Delana yang sopan, berubah tingkah laku menjadi seorang pendendam. Manakala Aurellia, bukan setakat mencipta permusuhan dengan si kakak, malah dengan suami sendiri.
"Kau jangan nak tegur atau nasihatkan aku. Kau cuma lelaki asing yang aku jadikan suami untuk membalas dendam. So, jangan pernah berharap aku akan jadi isteri mithali." - Aurellia.
Dia tak tahu apa dendam yang terbuku dalam hati cik isteri. Namun, yang dia tahu. Setelah seorang wanita bergelar isteri, akan dia jaga seumur hidupnya walaupun pada dasarnya tak pernah wujud tentang perasaan cinta.
"Awak isteri saya yang sah. Suka atau tidak, saya akan terus membimbing awak dan cuba mencintai awak. Walau apa pun terjadi. Awak tetap akan jadi ibu kepada anak-anak saya." Shaq Hakim
Bermacam-macam cara dia gunakan untuk menggoda sang isteri. Tanpa sedar, saat berganti minit, cinta di hati isteri mula berputik. Malangnya, satu peristiwa yang berlaku, mengheret mereka ke dasar kekecewaan sehingga melenyapkan segala cinta dalam hati.
Masihkan ada rindu dalam hati mereka tatkala hati sedang dikhianati? Atau hati saling membenci?
🌶🌶🌶
Luf Rizqi : Sekeras Jiwamu
Motif utama dia mendekati keluarga Dato Ilham adalah dendam. Menuntut bela atas kematian keluarganya. Tentang cinta, perihal perempuan, tak pernah ada dalam kamus hidupnya. Malangnya, pertemuan dia dengan anak Dato Ilham, buat dia hilang diksi seketika.
Qaseh yang nakal meraih perhatian. Qaseh yang manja merenungnya. Dan Qaseh yang gila melamarnya depan Dato Ilham.
"Qaseh dah jumpa calon suami yang sesuai. Qaseh nak kahwin dengan bodyguard papa, Luf Rizqi." - Qaseh Alayn.
Luf Rizqi terpana.
Dato Ilham diam membisu.
Keputusan Qaseh buat keluarga Dato Ilham kecoh seketika.
"Papa tak izinkan. Cari calon yang lebih sesuai. Bukan pekerja papa sendiri." Dato Ilham.
"Qaseh tetap nak kahwin dengan Luf Rizqi. Papa halang, Qaseh akan bunuh diri."
Ugutan Qaseh buat Dato Ilham tunduk mengalah. Dan Luf Rizqi tak punya pilihan. Setuju tanpa membantah. Namun, hati tak pernah berniat nak mencintai kerana dia ada agendanya tersendiri.
"I kahwin dengan you, sebab papa you. Dan I tak ada niat nak jadi suami you." Luf Rizqi.
"I pun kahwin dengan you, sebab papa I. Atleast, bila you dah jadi menantu, motif you untuk bunuh ayah I, boleh diubah. Mana ada menantu nak bunuh ayah mertua sendiri. Kan?" - Mawar Qaseh
Luf Rizqi terngadah. Rahsia yang dia simpan kemas, dah lama diketahui oleh Qaseh. Semakin dia ingin membalas dendam, semakin Qaseh semaikan cinta dalam hatinya. Tanpa sedar, dendam mula bertukar menjadi cinta. Hati mula mengecapi rasa indah.
Malangnya, disaat bahagia ingin muncul, dikala Luf ingin melupakan segala-galanya demi Qaseh, Dato Ilham menjadi penghalang.
"Tinggalkan Luf. Kalau tak, papa bunuh dia. Atau... Qaseh akan tengok mayat papa. Pilihan di tangan Qaseh."- Dato Ilham.
Dua pilihan, yang tak mampu dia pilih. Satu cinta hati, dan satu lagi cinta hakiki. Qaseh bungkam.
"Demi keluarga.. Pergilah. Tinggalkan I."- Luf Rizqi
Dan perpisahan terjadi tanpa kerelaan. Mampukah Qaseh jalani hari-hari tanpa 'nyawa' di sisi? Sekeping hati yang keras dan ego mampu dia lunturkan. Namun, tak mampu dia miliki. Dugaan sentiasa datang menyebabkan mereka terpisah oleh keadaan.
No comments:
Post a Comment