KOMBO LYNN DAYANA dan DHIYA ZAFIRA

PRE ORDER SEHINGGA 28 FEB
KOMBO
Cemburu Seorang Aku & Tall Dark & Dangerous
💘💘💘💘💘💘💘💘💘💘💘💘💘💘
Cemburu Seorang Aku (preorder dibuka)
“Bohonglah kalau ada hubungan yang tak ada bergaduh. Tapi Hana tu... imaginasi terlebih.” Tri memberitahu.
“Korang gaduh pasal apa ni? Warna pelamin? Jumlah hantaran?” Sufi ketawa kecil.

Tri terus menghirup kopi. Kami gaduh pasal kau. Laju sahaja dia mahu berkata begitu tapi teringat pesanan mama. Jaga hati Sufi.
“Tak ada apalah. Kau tutup kafe malam ni? Ke giliran Suraya?” tanya Tri.

“Suraya tapi aku tunggu dia kot. Malas nak redah hujan macam ni. Sesak. Sakit kepala aku nanti.”

Tri mengangguk tanda setuju. Suasana sunyi seketika. Lagu berkumandang. Dia melihat Sufi ikut menyanyi kecil.
“Lagu siapa ni?”
“Entah. Yang aku ulang ingat, when it all falls down, I’ll be fine...”
Serta merta Tri senyum. Sufi dengan lagu memang ada ikatan yang pelik. Sufi bukan jenis kenal penyanyi tapi jenis kenal rentak.

“Bagus tu,” selar Tri.
“Mhmm?”
“You’ll be fine... Mama aku risau sangat kau tak kahwin lagi.”

“Hey, apa kena mengena lagu tu dengan aku?”
Tri pun ketawa. “Mama tu anggap kau macam anak perempuan dia. Mama kata kalau kita sama-sama nikah, kongsi sama pelamin, mesti seronok.”

Dan Sufi pun menelan air liur. Dia pun ketawa lalu menggeleng. “Jangan mimpi!” Tangannya mencapai muk dan menghirup kopi sehingga habis. Biar pahitnya mengingatkan diri dan hati... bertabahlah.

“Sempat lagi ni cari calon untuk kau.” Tri memujuk.
Sufi memaksa diri untuk senyum. “Jangan mengarut. Dah, aku nak balik. Malas aku nak layan kau. Kau kalau kurang kerja, baik kau pujuk Hana. Nanti berpanjangan, kau jugak yang sakit.”

Langkah diatur dengan keadaan kaki seperti mahu rebah. Sendi terasa longgar. Tidak perlu carikan aku jodoh, Tri. Tidak perlu. Hati berazam penuh syahdu.

💘💘💘💘💘💘💘💘💘💘💘💘💘💘
BBL - #talldarkanddangerous
“Awak nak ke mana sebenarnya ni?” Adha melabuhkan tubuh di sisi Azalea.
“Kalau nak balik, saya boleh hantarkan. Offer saya masih sama, cik Azalea.” tambahnya lagi apabila gadis itu hanya tunduk menekur.
“Are you afraid to go home? Sebab tu awak tak bergerak dari tadi? Awak takut nak balik rumah sendiri?” Tekaannya ternyata tepat apabila wajah itu kelihatan tersentak sedikit. Adha menghela nafas. Kesal dengan kebodohan diri sendiri. Jika dia berada di tempat gadis ini, sudah tentu dia rasa benda yang sama. Memikirkan apa yang telah berlaku, tidak mustahil Azalea berasa fobia dan gentar.
“Saya dah pergi ke rumah awak petang semalam. Tak ada apa kat sana. Semuanya clear. Kalau awak takutkan ‘mayat’ tu, awak tak perlu risau dah sebab memang tak ada apa-apa mayat kat situ.”
“Tak ada tak bermakna semua tu tak pernah berlaku.” Adha terpempan apabila Azalea bersuara tiba-tiba.
“Saya tahu awak fikir saya sengaja reka cerita. Yang berlaku semua tu hanya imaginasi liar saya saja. Yang saya sengaja buat semua ni sebab nak tarik perhatian orang. Itu yang awak fikir kan? Itu yang semua polis kat balai fikir bila saya datang buat aduan.”
Adha diam tidak bersuara. Dia tahu masih ada sesuatu yang ingin diluahkan oleh gadis itu.
Pandangan tajam kembali Azalea menikam wajahnya.
“Awak tak kenal saya… awak tak berhak nak ‘judge’ saya.”
Adha mengangguk perlahan. Ya.. dia akui perkara itu. Dia tidak kenal siapa Azalea sebenarnya. Sehingga pagi semalam, dia tidak pernah berjumpa atau mendengar nama itu seumur hidupnya. Haluan mereka tidak pernah bertemu selama ini. Jadi… dia mengerti. Sungguh dia mengerti.
“Ya… memang betul saya tak kenal awak. Dan saya tak berhak nak ‘judge’ apa-apa tentang awak. Tapi… awak lupa something, cik Azalea. Awak tak kenal saya. Kita tak pernah berjumpa sebelum ni tapi awak juga dah ‘judge’ saya macam-macam. Hanya sebab saya polis dan saya cuba siasat kebenaran kata-kata awak? Siapa yang ‘judge’ siapa agaknya?” Adha menyoal tenang. Namun ketenangannya itu ternyata membuatkan Azalea semakin gelisah.

**RM32 termasuk pos untuk SM, RM36 termasuk pos untuk SS

** Boleh dapatkan kombo dengan Tall Dark & Dangerous by Dhiya Zafira

No comments:

Post a Comment