COMBO SPICY

PRE ORDER
PEMBAYARAN AKHIR SEHINGGA 15 FEB 2019 sahaja.
Keluaran 2019 kali ni lebih kurang LE juga walaupun tak ada tag LE. 
Tiada order untuk Batch Kedua bakal dibuka. Cetakan mengikut pembayaran sehingga 15 FEB. Sekiranya HE lanjutkan tempoh pembayaran, tetap akan berakhir pada bulan FEB.
#QudsColdHeartedGuy

Retaknya sebuah perkahwinan, menyebabkan diri Quds menjadi yatim piatu. Tan Sri Qaider masih hidup, malah Puan Sri Rossa juga masih bernyawa. Malangnya akibat kegagalan kedua-dua orang tuanya dalam melayari bahtera rumahtangga, sudahnya Quds pula yang terpaksa menjadi mangsa. Keluarga berpecah-belah? Itulah yang Quds hadapi sejak berusia lima tahun. Ditinggal menumpang kasih sayang Nek Sari. 

Cita-cita Quds besar. Bagi Quds, dia tak perlukan harta kekayaan kedua-dua orang tuanya untuk hidup senang. Gigih jiwa anak muda, maka wujudnya sebuah butik terkenal 'QH' Exclusive. Malangnya, jiwa Quds seakan tidak puas. Dia perlukan hiburan. Dia perlukan sesuatu yang bisa membuatkan dia tenang. Hinggalah satu tawaran dibuka kepadanya.

Uruskan jual beli kelab malam tu dengan Tiger. I will pay no matter how much it costs. - Quds

Berubah menjadi lelaki beku, itulah diri Quds yang baru. Bagi Quds, dia tak perlu menjaga hati manusia kalau hati dia sendiri sejak kecil sudah biasa dilapah-lapah.

Perempuan tua macam tu pun kau masih simpan dekat kelab ni, Tiger? - Quds

So you wanna me to help you find a new girl? - Tiger

Cari perempuan yang lebih 'segar' untuk kerja dekat kelab aku. - Quds

Orked Hania, nama yang cukup indah. Tapi perjalanan hidup Orked tak seindah wanita seusia dirinya. Dia dan Quds punya satu persamaan iaitu bergelar yatim piatu. Bezanya Quds menjadi yatim piatu atas pilihan kedua-dua orang tuanya, sedangkan Orked kerana nyawa ibu dan walid adalah hak milik DIA. 

Desakan hidup membuatkan Orked terpaksa. Demi menyara seorang adik lelaki yang memegang kad OKU mencampakkan diri Orked ke situ. Golden Bar & Club, siapa sangka akhirnya di situ tempat Orked mencari 'rezeki'? 

Jadi berapa nilai kau yang aku patut bayar? - Quds

Rasa terhina dengan soalan sinis lelaki itu. Namun pilihan apa lagi yang Orked ada? Ini takdir yang harus dia terima.

Tuan lebih tahu berapa nilai saya yang patut tuan bayar. - Orked

Kau masih dara? - Quds

Soalan tu biar suami saya sahaja yang tahu jawapannya. - Orked

Quds senyum sarkastik. Orked ingat selepas Orked masuk ke sini Orked masih boleh kekalkan dirinya sebagai seorang gadis suci? 

Aku tak paksa kau layan pelanggan-pelanggan aku hingga naik ke katil. Tugas kau cuma layan mereka dekat kelab ni. Selebihnya tu pilihan kau sendiri. - Quds

Memang itu prinsip seorang Quds Hayden. Namun entah kenapa prinsip itu juga hampir memakan dirinya tatkala pesona Orked seakan tidak mampu untuk ditepis oleh Quds sendiri.

Tuan berikan saya pilihan untuk tentukan tugas saya. Tapi kenapa tuan paksa saya buat 'sesuatu' yang bukan pilihan saya? - Orked

Saat hati mula terusik dengan nama si dia, pengkhianatan itu adalah sesuatu yang cukup membebankan jiwa Orked. Di antara dia dan Quds, akan wujudkah satu perasaan halus yang bernama 'cinta'?
Manusia hanya akan berubah kerana kisah silamnya. Kenangan yang cukup pahit mengubah diri seorang Adya Carissa. Sopan, pemalu dan lemah-lembut? Itu diri Adya yang dahulu. Takdir memaksa Adya memilih laluan gelap untuk meneruskan kehidupannya. 

Hari ni hari terakhir awak bekerja dekat sini. - Hezal

Arahan yang cukup membuatkan jantung Adya terhempas ke lantai. Dia dipecat? Tapi atas dasar apa? Jika benar sebaris ayat itu meniti dari bibir Hezal, di mana lagi dia mampu untuk mencari rezeki demi sesuap nasi? Paling menakutkan Adya, bagaimana dia hendak berdepan dengan kekejaman seorang lelaki bernama Arman?

Tapi kenapa tuan nak pecat saya? - Adya

Suara Adya bergetar mengajukan pertanyaan. Jawapan yang Adya nantikan, hampa tatkala Hezal ajukan pula dia dengan soalan yang langsung tak tercapai dek akal. 

Saya pernah cakap ke yang awak ni penting dalam hidup saya, Adya? - Hezal

Apa maksud tuan tanya saya macam tu? - Adya

Did I ever say that? - Hezal 

Yang benar, kenyataan sebegitu tidak pernah terbit dari bibir Hezal. Hezal senyum sinis melihat gelengan Adya. Melangkah setapak, bengis sepasang mata menatap pandangan Adya. 

Jadi tolong sedar diri, taraf awak dan saya tak sama. Pack your things and get out from here, Adya Carissa. - Hezal

Puas Adya merayu, Hezal langsung tak hiraukan. Malah semakin koyak-rabak sekeping hatinya dilapah-lapah. Ugutan Arman pula membuatkan Adya tersepit. Lalu Adya pasrah, inilah takdirnya.

Long, malam ni aku balik lambat sikit. Ada hal. - Hadif Aryan

Kali ni perempuan mana pula yang kau angkut? - Hezal

Belum sempat Hadif hendak menjawab, susuk tubuh yang muncul di antara mereka membuatkan Hezal nyaris kehilangan oksigen. 

You kenal dia ke, Hezal? - Haura

Perempuan macam tu, takkanlah I kenal? Kalau Hadif logiklah. Dia kan memang suka angkut perempuan lorong. - Hezal

Demi menjaga air muka sendiri, Hezal punahkan maruah Adya berulang-kali. Hinggalah kekesalan itu mula datang mengetuk ruang hati. 

Perlu ke awak jadi macam ni semata-mata kerana saya, Adya Carissa? - Hezal

Menoleh, pandangan beku Adya lemparkan. 

Sebab kau yang buat aku pilih jalan yang begini. Kenapa, kau dah mula rasa menyesal?- Adya.

Terkedu. Menjerut rasa. Kelak beban perasaan ini sampai bila-bila akan tergalas pada bahu dia. Salah dia kah?

Pabila cinta mengungguli carta hati, kematian itu satu penyeksaan separuh mati. Kehilangan isteri dan zuriat pertama yang masih belum sempat menjengah dunia memberikan satu tamparan yang maha hebat buat Hedraqil. Dia hidup dalam halusinasi yang diciptanya sendiri.

“Hedra berbual dengan siapa tu?”- Hessa

“Berbual dengan isteri Hedra, kak long.”- Hedraqil

Hessa terpempan. Acap kali dia ingatkan yang Yasmin Jannah sudah lama meninggal dunia, Hedraqil masih tetap begitu. Hessa lelah. Kelak sampai bila Hedraqil hendak hidup dalam bayang-bayangnya sendiri? Takdir Allah itu rupa-rupanya cukup indah. Ada yang kata, dalam dunia ni pasti ada tujuh wajah yang hampir serupa. Dan Adelia Khadeeja salah seorang daripadanya. Kalau Hessa sendiri tersentak melihat serabut wajah milik Adelia, apatah lagi seorang Hedraqil. Malangnya, hati Hedraqil seakan-akan keras hendak menerima insan lain di dalam hidupnya lagi. 

“Boleh Adel tolong saya?” - Hessa 

“Tolong apa, Dr?” - Adelia

“Tolong rawat hati adik saya. He needs you.” - Hessa

Adelia tak pernah menyangka permintaan berat sebegitu akan terbit daripada bibir pensyarahnya sendiri. Mulut ingin menolak, saat hati mula terpaut rasa cinta, jiwa lemah untuk memberontak. Sudahnya Adelia akur, Hedraqil perlu dibantu. 

“Aku tak perlukan perempuan macam kau untuk gantikan tempat isteri aku. Kau pun sama macam kak long. Isteri dan anak aku belum mati lagi!” - Hedraqil

“Nak saya tunjukkan pusara mereka?” - Adelia

Diamnya Hedraqil buat Adelia mengerti. Hakikatnya, jiwa lelaki itu sebenarnya sedang dibunuh perlahan-lahan. Lantaran itu Adelia nekad, apa sekalipun yang terjadi dia akan kembalikan seorang Hedraqil yang dulu. 

“Jangan sesekali cuba untuk masuk ke dalam hidup aku, Adel.” - Hedraqil

“Kalau Adel nak masuk juga?” - Adelia

“Then, I will make your life a living hell. Jangan cakap aku tak pernah ingatkan kau, Adel. - Hedraqil

Masuk ke dalam hidup Hedraqil, tak ubah seperti Adelia serahkan diri untuk dipenjarakan lelaki itu. Maki-hamun? Itu sudah biasa. Sepak-terajang? Sesekali ada juga tersasar menyentuh batang tubuhnya. Namun cekal itu perlu. Saat pengorbanan mula menjadi pilihan.
mybizsantaishop@gmail.com

No comments:

Post a Comment