WALIMATULURUS AKU DAN DIA

 WALIMATULURUS AKU & DIA oleh ANA EIMAYA
HARGA: RM28 / RM31
postage RM8 / RM12 

TEASER

“Saya ni peminat dunia fesyen sejak dulu lagi. Mungkin sebab saya juga ada kreativiti dan imaginasi yang tinggi. Bukan saya cakap ya, tapi orang yang selalu cakap macam tu pada saya. Percaya atau tak, semenjak sekolah menengah lagi saya dah pandai menjahit tau. Dan itu dah jadi passion untuk saya sekarang ni.”
“Passion...” sebut Zarr, perlahan. Kemudian bibir itu menarik senyum senget ke atas seperti ada sesuatu dalam kepalanya saat ini.
“I get it now. Patutlah passion awak terhadap saya terus hilang lepas tu.”
“Pordon me?” Keningku terjongket sebelah.
“Yep... C.R.U.S.H,” ejanya.
“Crush on me. You have lost that passion.”
Nah, terus muka aku terasa seperti ditekap dengan bara api. Panas! Terbakar kulit tahap satu. Sejurus itu juga, kejadian yang sangat memalukan sewaktu sarapan pagi tadi kembali mengetuk kotak ingatan.
Ya Allah... duk elok bersembang pasal kerjaya, tiba-tiba yang dia boleh masuk topik perasaan ni dah kenapa? Menyesal pula ajak bersembang.
“Kenapa awak suka saya dulu?”
Gulp! Apa aku nak jawab ni?
“Errr, mungkin sebab saya suka peguam kut.” Hesy, apa mulut aku dah mengarut ni?
Sungguh aku tak pasti sebabnya. Yang pasti, selepas kejadian dia tolong aku dari jatuh skuter dulu, tup-tup perasaan tu memang dah ada. Datang macam tu aje.
“Tak sangka kan, ada juga orang yang pernah syok kat saya. Ingatkan muka hensem macam ni tak ada sesiapa yang nak pandang dulu.”
Aku cebir bibir. Ingatkan aku aje suka masuk bakul angkat sendiri. Tak sangka dia pun sama.
“Awak nak tahu tak kehebatan orang yang ada crush ni?” soalku kemudian dan Zarr menganggukkan kepala tanda mahu.
“Sebenarnya kan, 99.9 peratus dia yakin yang crush tu tak suka dia. Sebab tulah dia pendam aje perasaan. Takut kena reject. Tapi, kerana baki 00.1 peratus yang masih ada buat dia gigih juga menyimpan harapan dan kuatkan semangat untuk teruskan.”
“Ya ke?”
“Yalah. Kalau tak percaya tanya saya.” Aku kulum senyum.
Zarr diam. Tak lama telingaku menangkap sesuatu.
“I love you.”
“Hah?” Mataku membulat besar memandang dia. Aku salah dengar ke?
“I.Love.You.” Zarr ulang. Jelas satu per satu.
Weh, dia dah pasai apa??? Merinding pula bulu roma aku ni. Dahlah berdua aje dalam kereta. Jangan sampai aku terajang keluar dia ni nanti.
“Itu ke 00.1 peratus yang awak harapkan daripada saya dulu?”
“Ma... mana ada,” jawabku tanpa memandangnya. Aku buat-buat fokus memandu.
“I’ll might love you back, kalau tiga perkataan simple tu awak mula cakap pada saya dulu. Siapa tahu sekarang lain keadaan kita. Tak menyesal ke awak tak luahkan semua tu?”
Okey, tadi cuak. Sekarang aku rasa nak gelak walau tak pasti di mana lawaknya.
“Awal-awal tu kut macam menyesal sikit. Masa awak dah tak lagi datang ke kampung saya. Tapi, lama-lama entah... hilang macam tu aje rasa ralat tu. Sebab tulah crush ni dikatakan berbeza dengan cinta.”
“Berbeza?” soalnya.


No comments:

Post a Comment