DI MIHRAB TAKDIR

TIADA CETAKAN ULANGAN
RM33 SM / RM36 SS
termasuk postage
“Samada Cempaka yang tak waras atau abang yang dah nak gila!”
Tiada lagi perkataan sayang meluncur dari bibir Luqman. Wajahnya merah. Menahan rasa marah yang mula menyerang di hati. 
Cempaka kaku di sofa. Dia tak pernah melihat Luqman semarah ini sepanjang tempoh perkahwinan mereka. 
Cempaka cuba mengatur ayat mengatur bicara agar marah Luqman reda. Dia takut. Takut kalau marah Luqman menjadi merapi yang akan meletus.

“Tapi tak ada salahnya kan?” Cempaka angkat wajah bertentangan dengan Luqman yang masih berdiri memandang dirinya. Bagai pesalah yang sedang menanti hukuman di kandang tertuduh. 
“What? Tak ada salah? Cempaka nak apa yang terjadi dulu berulang kembali. Cempaka nak Dyja yang kedua muncul dan kali ini kononnya dengan keizinan Cempaka? Apa cempaka nak jadi semulia Siti Aisyah yang sanggup berkongsi suami? Siti Aisyah tu lain. Cempaka tak akan mampu jadi seperti nya. Itulah banyak sangat baca page KRT dalam acebook tu sampai konon-konon boleh jadi isteri terbaiklah kalau berkongsi suami. Cempaka tahu ke apa sebenarnya yang ada dalam hati perempuan tu semua? Cakap dengan abang!”

Suara Luqman langsung tak berubah. Tetap tinggi seperti tadi.
“Abang kenapa nak kena ungkit arwah Dyja. Situasi sekarang tak sama macam dulu. Dyja dah tak ada tak perlu abang sebut lagi.”

Luqman masih menahan marah dengan sikap keanakan Cempaka. 
“Apa bezanya? Bagitahu abang..”
Luqman duduk di sofa. Matanya tetap sahaja memandang Cempaka.
“Bezanya banyak. Bezanya kali ini Cempaka yang minta. Bezanya kali ini dulu abang tak cintakan arwah Dyja tapi Dian lain. Abang pernah cintakan Dian.”
Luqman ketawa. Sinis. 
“Itu kisah lama. Kisah 15 tahun dulu. Perasaan abang pada Dian kosong. Kenapa cempaka nak sangat ada orang lain antara kita? Abang tak faham!”
Cempaka lepaskan pandangannya di dinding biru yang kosong.

“Dian akan mati.”
“Apa Cempaka yang tentukan hidup dan mati seseorang? Cempaka Tuhan? Yang boleh tahu Dian akan mati bila.”
Cempaka ketap bibirnya.
“Tapi Dian sakit. Dia perlukan abang. Dia tak minta pun abang cintakan dia.”
Ketawa Luqman semakin kuat. Ternyata di buat-buat.
“Habis tu kenapa Cempaka tak suruh je abang kahwin lagi dua. Pergi je dekat IKN tu dan Cempaka boleh pilih lagi dua orang bakal madu Cempaka. Dia orang pun sakit jugakan.”
Cempaka geram. Bantal soa di tepi di ambil dan di campaknya pada Luqman. Cepat-cepat Luqman tangkap.
“Cempaka…Cempaka…” Ayatnya terhenti di situ. Luqman sudah tahu apa yang ada dalam fikiran Cempaka. Dia mahu Cempaka habiskan ayatnya supaya dia boleh terus berhujah. Namun Cuma pandangan mata cempaka yang berair sahaja yang memandangnya.

“Stop talking about this, dear. You're the one and only my wife!” Luqman bangun. Dia juga tak mahu Cempaka teruskan ayatnya. Hatinya sebak. Dia berpaling melangkah keluar dari ruang tamu. Ya air mata lelakinya tumpah juga.

No comments:

Post a Comment