PENCURI HATI TUAN DIKTATOR
‼️‼️LIMITED PRINT‼️‼️
🏷️RM38.00/RM42.00 termasuk pos
✳️Ready stock
🛃Pengeposan setiap hari kecuali cuti umum
Aku menghirup udara pagi yang nyaman. Terasa lapang sungguh dada. Haiqal dah tentu sedang duduk berjemur di pantai kepulauan Carribean. Cemburu pula bila difikirkan. Kalau aku ikut dia hari tu, bila pula aku nak balik kampung?
Rambut aku yang panjang separas pinggang aku ikat satu saja. Baju yang aku pakai pula ialah kurung kedah dengan kain batik. Cukup simple macam Ayu yang dulu-dulu.
Gaya aku berpakaian pagi tuh dah macam anak dara sunti tak habis sekolah. Comot dan kolot saja. Itulah ejekan selalu yang tuan diktator...eh...duda aku lempar pada aku dulu. Katanya aku perempuan comot dan kolot macam orang utan. Langsung tak tau nak bergaya atau berdandan. Rambut panjang banyak kutu. Ada ke patut kata aku ternak kutu. Mulut tuan diktator tu sepatutnya dah lama aku cili bohkan.
Hisy...sejak pulang ke kampung ni, selalu aje ingatan aku kena flashback. Banyak sangat memori yang dah aku lupakan selama ni, muncul kembali.
“Kak....” Tiba-tiba suara Ijam kuat menjerit. Terkejut aku. Ijam sedang berlari-lari sambil pegang ais krim Magnum. Wei...Magnum tu. Sejak bila pula Kak Saerah manjakan Ijam? Selalunya Kak Saerah sangat berjimat cermat.
“Mana beli ais krim ni? Mahal tau.” Aku mula bertanya.
“Jap la...Ijam baru nak bagitau akak ni.” Ijam masih tersengih-sengih.
“Abang Ean yang belanja. Dia dah balik la kak.”
Dub. Jantung aku berdegup kuat sebelum terhenti sesaat. Muka aku dah pucat membiru. Zayyan ada kat kampung? Oh no! Aku baru aje nak tenang-tenangkan perasaan.
“Adik bagitau yang akak pun balik jugak ke?” Suara aku rasa perlahan sangat.
Anggukan kepala Ijam buat aku lemah lutut, longlai rasanya.
“Kejap lagi Abang Ean datang nak jumpa akak!”
Oh no! Aku menjerit dalam hati. Aku tak mahu jumpa lelaki durjana tu lagi dah. Memang silap besarlah aku balik kampung masa ni. Aku patut ikut Haiqal pergi bercuti di Carribean!
“Ha...tu pun dia....”
Belum sempat Ijam habis berkata-kata, aku dah buka langkah seribu lari meredah ladang limau bali milik Tok Ayah kat belakang rumah.
“Ayu!”
Aku terjerit apabila terdengar suara Zayyan. Dia sempat kejar aku ke? Macam tak percaya aje. Bukan ke aku dah lari dulu? Dah lari lagi laju daripada dia. Maknanya aku kena lari lagi laju. Kalaulah aku pakai seluar, tentu langkah aku lebih pantas.
email : mybizsantaishop@gmail.com
atau
atau
atau
No comments:
Post a Comment