Dia lelaki berhantu ~ ADNIL ZAFF


Dia lelaki berhantu ~ ADNIL ZAFF
READY STOK 1 NASKAH SHJ LAGI
HARGA RM30/ RM33ss
poslaju RM8/ RM12ss
“ABAH harap Hana sedar apa yang Hana buat ni.”
Bicara abah ketika kami dalam perjalanan menuju ke hospital.
Aku berdiam. Menanti kata-kata abah yang
seterusnya. Abah yang sedang memandu menoleh kepadaku seketika.
“Abah sependapat dengan mak. Abah tak mahu Hana letak diri Hana di dalam
situasi yang menyulitkan hidup Hana nanti.” Sekali lagi abah mencelah
kebisuanku.
“Apa maksud abah? Hana cuma nak temankan Abang Zack sekejap aje, abah. Hana
tak ada niat apa-apa
pun.” Balasku perlahan.
“Abah dan mak tahu apa yang Hana simpan selama ini. Tentang kedudukan
Zackery dalam diri Hana. Abah nak Hana fikir baik-baik tentang itu. Fikir
dalam-dalam.
Fikir masak-masak. Inilah waktu yang sesuai untuk Hana buat keputusan yang
terbaik buat diri Hana sendiri.” Abah terus berkata lembut kepadaku.
“Tak ada apa yang nak difikirkan, abah. Hana cuma nak tolong Auntie Nora
aje. Tak lebih dari itu. Hana tak mahu abah dan mak risaukan Hana. Hana tahu
apa yang
abah maksudkan tadi. Tapi bukan itu yang Hana pentingkan sekarang.” Ujarku
dalam nada agak lemah.
Ya! aku sebenarnya sudah lama berfikir tentang perasaanku kepada Zackery. Aku
tahu aku tidak mampu berada di tempat yang aku harapkan itu. Aku selalu sedar
Zackery tidak pernah memandang aku setinggi itu.
Perasaan ini hanya ada padaku seorang. Dan aku tidak melakukannya kerana mahu
cintaku dibalas. Sama sekali tidak!
“Baguslah kalau Hana kata macam tu.

No comments:

Post a Comment