BIARKAN PERGI ~ EMY ROBERTO

MINI NOVEL
LIMITED PRINT
HABIS TIADA REPRINT LAGI baki stok terhad!
RM28(SM)/RM35(SS) TERMASUK POS
Ready Stock ‼️‼️

BIARKAN PERGI - Emy Roberto

YEAY, hubby is back!”

Chup! 

Pipi Jai dicium Insyirah sekilas.

Mukanya tampak berseri-seri menyambut kepulangan suami namun senyuman di
bibir berubah pudar bila Jai hanya membalas
dengan senyuman nipis. Lebih kepada senyuman terpaksa sebenarnya.

“Awak okey?” Insyirah mencari anak mata Jai.
Dari mula masuk sampailah Jai duduk di atas sofa, nampak sangat Jai mahu melarikan pandangan dari bertembung dengannya.
Biasanya kalau setiap kali balik rumah Jai yang akan cium pipi kiri kanan dan sibuk bertanya aktiviti-aktiviti yang dia buat sepanjang hari. Paling common pun kalau Jai penat Jai akan minta dia urut satu badan. Tapi kali ini adalah sangat berbeza.

“Dah lama sampai?” Jai jawab dengan soalan
lain.

“Sejam yang lalu. Awak kan suruh balik awal.”
Insyirah berdiri berpeluk tubuh, cuba mengawal riak wajahnya yang mungkin tampak cemberut ketika ini.

Rancangan untuk singgah di rumah papa
dibatalkan semata-mata sebab nak balik awal.
Sepanjang perjalanan, timbul rasa tak sedap hati.

Apa yang penting sangat nak dibawa berbincang malam ini, itu yang buat dia tak senang duduk.

“Dah makan?”

“Huh?” Insyirah pandang Jai pelik.

Duh! Jai menepuk dahi sendiri. Soalan apalah
yang dia tanya pada isteri yang menunggunya untuk makan malam bersama.

“Sorry. I mean dah mandi?” Jai membetulkan
soalan seraya mengucup dahi Insyirah.

“Takkan saya terus pakai La Perla ni the minute I reached home an hour ago,” jawab Insyirah
pedas.

Dia berlalu dan melabuhkan duduk di sofa.
Remote TV dicapai. Mood dah merudum jatuh. Tapi nak tunjuk protes, dia tak sampai hati pula. Mungkin Jai serabut di restoran dan terbawa-bawa sampai ke rumah.

“Awak kata ada hal nak bagitau. Apa dia?”
Insyirah mengerling pada Jai yang mengambil
tempat di sebelahnya. Memandangkan mood
masing-masing tak berapa nak ‘hidup’, dia malas nak mulakan dengan ayat berbunga-bunga. Sejak mendapat pesanan WhatsApp dari Jai siang tadi segala kemungkinan berlegar-legar di ruang fikiran
Insyirah.

**Order masih dibuka. Online sahaja.

No comments:

Post a Comment