SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA ~ ZURA ASYFAR

SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA 2 - Zura Asyfar
( Sekuel = SAMBUNGAN SSID )
TEASER
“Nampaknya, anak saya dah sampai.” Tambah Datuk Khazri lagi. Kelihatan seorang lelaki memakai sut lengkap dan kemas berjalan memasuki bilik itu sebelum memberhentikan langkah berhampiran dengan Datuk Khazri yang sudah pun berdiri. Firash dan Syaf juga berdiri tanda hormat. Masing-masing melemparkan senyum.
“Kenalkan.. ni Khairel Hazmy.. orang yang bertanggngjawab yang incharge projek landskap kita nanti.” Perkenal Datuk Khazri pada Firash dan Syaf pada anak tunggalnya itu. Sekelipan Firash terus menghulur tangan untuk berjabat tangan.
“Saya Firash Arshad... ni wife saya Syafa Aqira..” Seketika kelihatan dahi Khairel seakan berkerut apabila memandang ke arah wanita muda yang diperkenalkan oleh anak kenalan papanya itu. Entah kenapa hati terus sahaja dilanda debar halus. Apatah lagi apabila melihat wajah dan senyuman yang dilemparkan kepadanya. Serius memang nampak sama!
“Khairel Hazmy.. Boleh panggil Khai.” Sedikit teragak-agak Khairel memperkenalkan dirinya. Hilang terus rasa yakin dan bersemangat sebelum dia memasuki bilik bapanya itu. Masing-masing kembali duduk sebelum Khairel mengambil tempat bersebelahan dengan bapanya. Sekejap-sekejap matanya melirik pandang ke arah wanita yang bernama Syafa Aqira itu. Walaupun wanita muda itu tidak memandangnya. Namun sungguh hatinya mula terasa gelisah. Resah semacam!
WhatsApp 018-9666752

No comments:

Post a Comment