SAAT GERIMIS MENGINTAI RASA -PUTERI AQISH

READY STOK ‼️

SAAT GERIMIS MENGINTAI RASA -PUTERI AQISH 
RM36 SM | RM40 SS 
TERMASUK POS

TAKDIR telah menjodohkan Adelia Marissa dan Hanafi Azidan dalam satu ikatan murni. Namun, hanya kerana sebuah kesilapan, kebahagiaan yang dirasai direnggut pergi dan ikatan yang baru terbina terlerai begitu sahaja.

Perpisahan mereka menyatukan Hanafi dan Anissa. Manakala Adelia terus diuji perasaannya dengan gangguan orang sekeliling termasuklah Hanafi dan Anissa.

Dalam mengharungi kehidupan yang semakin menggigit jiwa, hadir Quds Haider dalam hidupnya. Disebabkan terperangkap dalam satu kejadian yang tidak diduga, Adelia dan Quds terpaksa bersatu dalam perkahwinan. Puas ditolak, namun mereka terpaksa akur dengan kata putus daripada kedua belah keluarga.

“Adelia datang sini sebab nak tetapkan tarikh nikah yang keluarga Quds putuskan!” – Quds Haider.

Walaupun dipaksa untuk bersatu, namun mereka tetap berusaha mencipta bahagia. Namun, cinta yang mula mengintai ruang hati masing-masing mula teruji. Akibat fitnah, Quds melukakan hati si isteri dengan tuduhan-tuduhan yang merobek hati. Dan saat kebenaran terbongkar, hati Adelia sudah terluka parah.

“Saya minta maaf. Serendah-rendahnya dari jiwa dan hati saya, saya merayu awak tolong maafkan saya? Maafkan segala tuduhan saya?” Quds menikan anak mata Adelia yang tampak letih dan sedih.

“Senang kan jadi seorang Quds Haider?” sindir Adelia dalam tangis. Sindiran yang menjemput keluhan bersalah dari bibir lelaki itu.

Mampukah Quds Haider mendapatkan kemaafan Adelia? Dapatkah mereka menggembalikan semula kebahagiaan yang pernah mereka kecapi? Atau adakah Adelia akan menempuh kegagalan yang sama sekali lagi?

atau

No comments:

Post a Comment