ISTERI ENCIK SAYANG

HARGA RM26 SM / RM29 SS
postage RM8 SM / RM12 SS

Sinopsis :
“Aku ceraikan kau, Amna Binti Adam dengan talak satu.” – Hadi
Tak sampai sehari memegang gelaran isteri, dia diceraikan. Bertahun dia merawat hati. Membina kembali kepercayaan kepada lelaki dan juga namanya perkahwinan.
Empat tahun berlalu...
Masa merubah seorang Amna. Tiada lagi Amna yang gemuk dan berjerawat. Yang ada hanyalah Amna yang persis model. Dan statusnya juga berubah. Daripada janda, kini menjadi tunangan Ahmad Isyq Iman. Lelaki yang mulutnya tak pernah ada insurans.
“Jadi perempuan ni, jangan murah sangat air mata tu. Simpan sikit untuk yang layak.” – Iman
Dalam Amna masih berbolak-balik untuk terima Iman menjadi suami, muncul kembali Hadi yang ajak dia menikah semula. Alasannya, Amna dah cantik. Tak hodoh macam dulu.
“Am tak percaya ke abang rindukan Am? Empat tahun abang pendam.” - Hadi
Antara Iman dan Hadi, siapa yang harus Amna pilih? Iman tunang yang tak pernah diiktiraf. Atau bekas suami yang pernah dia cinta sepenuh hati dahulu?
💟💟💟💟
TEASER
Kosong.
Itu yang aku rasa saat ini.
Hidup yang aku rasa indah sebentar tadi terus hancur dalam sekelip mata hanya dengan satu lafaz. Bagaimana aku rasa hidup aku mula bahagia dengan satu lafaz. Macam itu juga hidup aku musnah dengan satu lafaz.
Lafaz yang paling ditakuti oleh kaum isteri.
“Aku ceraikan kau, Amna Binti Adam dengan talak satu.” Bagai pita rakaman suara itu terngiang-ngiang di tepi telinga aku. Padahal tuan punya suara dah lama menghilang dari pandangan mata.
Tanpa sedar, aku tersenyum sendiri. Tersenyum kerana mengenang nasib sendiri.
Tiga bulan aku bergelar tunangan orang.
Tujuh jam aku bergelar isteri.
Dan mungkin selamanya aku akan bergelar janda.
Hanya kerana aku tak cantik. Aku gemuk. Aku diceraikan oleh suami sendiri tak sampai 24 jam aku menjadi isteri.


No comments:

Post a Comment