TUAN MUDA CIK HANA

RM27 SM / RM30 SS
postage RM8 SM/ RM12 SS
PADA pagi yang hening, ketika Zaiton leka dengan tugasannya, tiba-tiba ribut tsunami melanda.

"Pagi Tuan..." Badri menahan Zaiton daripada terus berkata-kata. Dia meluru masuk ke dalam perpustakaan menggunakan pintu putih.

"Macam nak berperang aje? Aduh! Dah bagus-bagus syarat empat bulan. Ni? Baru dua bulan asyiklah bergaduh! Macam Cat vs Dog la pula. Allahu. Pening aku!" Terus dia masuk ke dalam bilik.

Gedegang! Pintu putih dihempas kuat. Hana yang menolak troli terkejut dengan bunyi dan kehadiran Tuan Muda pagi ini.

"Han! Cuba awak terus terang dengan saya. Siapa Megat Iskandar tu pada awak?" Semalaman dia tidak boleh tidur, bila teringat insiden semalam. Hana dicium lelaki lain. Macam nak pecah otaknya cuba bersabar. Helooo. Tunangannya disentuh lelaki lain tau?

"Gat tu suka awak kan?" Badri menyoal lagi. Nafasnya sudah turun naik. Dia hilang sabar, bila dirasakannya Hana cuba menipu soal hati. Ada hal konon. Padahal, keluar dengan lelaki itu.

Hana tergamam seketika. "Tuan Muda ni, terkejut sayalah. Ingatkan nak tanya... nak tanya apalah tadi. Dia tu, kawan sayalah. Kenapa?" Lalu tersenyum.

Badri bengang. "Tettttt... bohong! Cuba lagi!" Dipejamkannya mata, cuba bersabar sehabis baik.

Hana berhenti senyum. Dia mulai terfikir, Badri benar-benar hilang kawalan pagi ini. Serius.

"Saya dah kata kan, Megat, Ali, kawan universiti saya. Kawan je. Kawan! Macam kita? Kawan!!! Tuan Muda ni dah kenapa? Tiba-tiba tanya saya soalan macam tu? Tuan Muda tak ada hak nak tanya dengan siapa saya berkawan. Along saya relaks aje."

"Awak tipu silap orang Han! Sangat silap! Baik. Kalau awak tak nak beritahu, saya cari sendiri. Semua nama yang awak sebut! Cameron ni saya yang pegang tau! Setakat nak patah-patahkan jari untuk dapatkan maklumat, macam kunyah kacang aje!"

Hana merenung Badri tajam. Didekatkan tubuhnya ke arah Badri. Beraninya kau gertak aku! Aduh! Ditolaknya dada Badri ke belakang seperti menggertak.

"Tuan Muda dengar kata-kata saya ni baik-baik. Mulai daripada saat ini, saya nak syarat kerja saya tu diteruskan semula sampai cukup empat bulan. Sama ada Tuan Muda suka atau tidak, saya tak peduli. Saya rimas! Saya muak! Saya lemas dan saya paling tak suka dikongkong! Tuan Muda siapa, nak arah-arahkan saya? Kalau saya dapat tahu, Tuan Muda sentuh kawan-kawan saya, sikit aje, nahas Tuan Muda saya kerjakan. Dan sekiranya Tuan Muda rasa saya tak layak lagi bekerja di sini! Menyusahkan, banyak buat hal, Tuan Muda buat surat berhenti kerja untuk saya. Sementara itu, benarkan saya sambung kerja saya semula. Saya ada banyak buku nak disusun sebelum saya diberhentikan. Sekian, terima kasih." Tegas Hana dalam kelembutan. Matanya tak berkedip merenung Badri. Begitu juga Badri. Tak berganjak walau sedikit pun.

Rayyan yang kebetulan sedang berdiri di pintu putih tergamam kaku. "Perghhh! Berani betul dia ni? Patutlah, kau angaukan dia. Buku jumpa ruas rupanya. Ini betul-betul tebu first class la. Padankan muka kau Bad," bisiknya sendiri. Ini lucu. "Bad, Bad..."

"Dah habis cakap?" Badri ke depankan wajahnya, cuba merapati wajah Hana. Dikuncinya tubuh Hana dengan mengadang tangannya ke rak.

"Bila saya kata, saya nak, saya akan pastikan saya dapat apa yang saya nak! Sekarang ni, saya nak awak dan saya takkan sesekali lepaskan awak semudah tu! Ini janji saya! Takkan ada lelaki lain boleh memiliki awak, sentuh awak lepas ni, walau secuit sekalipun, kecuali saya! Termasuklah tunang awak. Dan... sekiranya saya dapat tangkap sekali lagi, awak curang belakang saya, seperti malam semalam dan malam sebelumnya, saya bunuh dia depan awak!"

Tubuh Hana kejang. Bunuh?

"Tok! Tok! Tok! Maaf. Kau orang berdua dah habis gaduh? Ke belum? Kalau dah, boleh tak saya pinjam Tuan Muda sekejap? Heeeee... dah tunggu lama ni. Naik kematu dah telinga saya dengar tau." Suara Rayyan berseloroh mengusik, memecah keheningan di perpustakaan.

Badri berpaling dan merenung Rayyan tajam. Eeeee, kacau daun betullah dia ni! Terus dilonggarkan tangannya daripada menghalang Hana.

"Oh satu lagi... sebelum saya terlupa, saya pun nak awak dengar, kata-kata saya ni baik-baik! Mulai daripada sekarang! Awak. Hak. Saya. Seorang! Titik!" Pergh, satu persatu dia bagi tau.

Rayyan ternganga mulut ke arah Hana sambil menggoyangkan jari telunjuknya berulang kali "Aiyokkk tak tau, bapa singa turun minyak..." Dia senyum meleret. "Kan dah kena warning."

Turun naik nafas Hana, seperti tak percaya. Api lawan api.

Badri terus berpaling dan beredar meninggal Hana yang masih tidak berganjak. Ditutupnya pintu tersebut. Masih berpancar kemarahannya, biarpun berjaya dikawal sebahagiannya.

Rayyan tersenyum.

"Yang kau ni, dari tadi tersengih-sengih dah kenapa? Jom!" Badri membuka butang lengan baju. Disingsingnya separuh.

"Itu baru Badri Syah bin Datuk Jaafar! Bergaya betul! Seram aku dengar! Bergetar tulang rusuk aku! Huhuhu..." Rayyan mengusik sepupunya pula.

"Banyaklah kau punya getar. Ini, jadi tak? Kau ambil alih jaga syarikat? Aku peninglah!"

"Kau ni! Syarikat papa kau kan? Aku ni orang luar tau. Anak angkat aje pun." Rayyan sedar akan itu.

"Tolong..."

"Tengoklah. Dah jom, kita ke bilik mesyuarat. James dah lama tunggu. Kita selesaikan cepat. Kau kenal Tania kan? Kawan sama belajar, aku ingat nak tawarkan dia kerusi Mir?"

Badri angguk. "Bagi aku tengok CV dia dulu?" Sebelum beredar, dipandangnya pintu putih sekilas lalu.

"Dah... takkan lari gunung dikejar!" Usik Rayyan, berjalan ke bilik mesyuarat di tingkat atas.

"Gunung memang tak lari, Ray. Malim gunungnya tu yang aku risaukan."

"Kah kah kah, metafora... metafora. Hebat dah kau sekarang ya? Jadi mat jiwang terus!"

"Baru kau tahu?"

Rayyan sambung gelak lagi.
atau
WhatsApp 018-9666752
atau
 KLIK SINI UTK ORDER FORM

No comments:

Post a Comment