COMBO HANA EFRIENA

PRE ORDER COMBO HANA EFRIENA 

Tajuk keluaran APRIL 2018:
Pakej Single : 
1. Mr. Hunter ~ RM40 sm / RM47 ss 
2. Zuriat Cinta 2 ~ RM38sm/ RM45 ss
3. Tahanan Tuan Dhazrif ~ RM38sm/ RM45 ss 
4. Jadi Isteri Aku ~ RM38sm/ 45 ss

#MrHunter
Dia.. lelaki misteri itu. Hanya sepasang mata memukau miliknya sahaja yang dibiarkan menjadi tatapan mata-mata yang memandang. Anehnya, aura si dia bermata hazel itu cukup kuat. Hingga berjaya membuat Safra jatuh cinta.

Menjadi orang kepercayaan Dato' Shamel, merangkap bapa kepada Safra Inara itu adalah keutamaan Karl Hanif. Dia punya tugas yang harus dilunasi. Tugas untuk membawa kembali keadaan pada letak asalnya. Dan dialah lelaki yang digelar, Mr. Hunter. Pemburu yang dibayar untuk memburu mangsa-mangsanya demi sebuah keadilan. Berbezanya Karl Hanif berbanding lelaki-lelaki di luar sana adalah kerana prinsipnya yang satu. Dia tidak akan sesekali jatuh cinta.

Kerana cinta itu melemahkan.

Kerana cinta juga bisa membinasakan.

Hinggalah Karl lupa bahawa dia takkan mampu menghalang sesiapa sahaja untuk jatuh cinta padanya.

Saya sukakan awak, Karl. - Safra Inara

Malangnya aku tak sukakan kau. Jadi tolong padam perasaan tu dengan segera sebab aku takkan sesekali jatuh cinta pada makhluk bernama perempuan. - Karl Hanif

Kecewa? Itu sudah pasti. Tapi Safra takkan sesekali tunduk mengalah. Apa sekalipun yang terjadi, Karl akan tetap menjadi miliknya.

Kalau hati saya tak mampu? - Safra Inara

Dek sudah terbiasa bermain dengan senjata-senjata merbahaya, Karl anggap kata-katanya itu cukup sekadar gurauan. Disebabkan itu dia letakkan pisau Rambo kesayangannya atas telapak tangan Safra saat dia usai menghambur bicara sinis.

Jadi bunuh hati kau tu dengan tangan kau sendiri, Safra. Sebab jasad dan hati yang mati takkan mampu untuk mencintai lagi. - Karl Hanif

Baik, kalau itu yang awak nak. – Safra Inara

Serta-merta langkah kaki Karl terpasak pada lantai bumi. Saat Karl berpaling, darah terasa kering pada tubuh. Dada sesak. Oksigen bagaikan tidak mampu untuk disedut lagi. Kejadian hitam itu seolah-olah berulang tayang. Tubuh Karl menggeletar. Laju Karl berlari dan menepis pisau itu jatuh ke tanah. 

Pandangan membunuh dihantar tepat ke wajah Safra. Safra hilang diksi. Niatnya sekadar untuk menakut-nakutkan Karl terhenti setakat itu sahaja.

Did you think that was funny, Safra Inara?? Tolong jangan jadi manusia bodoh semata-mata kerana cinta. Sebab aku cukup-cukup benci. - Karl Hanif

Karl tunduk capai pisau Rambo kesayangannya dan berlalu pergi. Namun entah kenapa, perginya Karl seolah-olah turut membawa harapan yang selama ini pernah Safra simpan si dalam hati. Sebenarnya ada apa dengan awak, Karl Hanif? Safra benar-benar ingin memahami.

#ZuriatCinta2
Mengahwini lelaki yang jelas punya pengaruh besar memang menguji hati dan perasaan. Ahli perniagaan yang sering dijadikan idola, wartawan mana yang tak mahu mengejar? Pasti acap kali berita-berita sangsi mengenai Hiraz Muzaffar akan tersebar di merata-rata. Tugas Marlia sebagai seorang isteri adalah harus bersabar. Persoalannya, sampai bila? 

Hari ni Natalia, esok Izara, lusa pula dengan siapa? – Marlia

Marlia itu perempuan. Naluri seorang perempuan pasti sebati dengan sifat cemburu. Meskipun usia Hiraz dah berganjak ke angka 35 tahun, aura lelaki itu masih terasa. Dikelilingi Hail dan Helena, tetap tak mampu buat saham Hiraz jatuh. Malah makin mencanak-canak naik. Kononnya Hiraz itu bapa penyayang.

Abang dah angkut tentera-tentera kecil ni, perempuan mana yang nak pandang lagi, Mar? – Hiraz

Perempuan tu, perempuan tu dan perempuan tu. Sejak tuan masuk, tuan dah curi tumpuan ramai perempuan. Tak nampak ke? – Marlia

Hiraz picit dahi. Orang pandang dia pun, dia yang salah. Lagi dia tak berkenan, tiap kali bergaduh mulalah sibuk nak bahasakan dia dengan gelaran ‘tuan’ macam dulu-dulu.

Tak apa, kejap lagi abang cucuk mata mereka. Biar Mar puas hati. – Hiraz

Hiraz ingat mudah nak menguruskan seorang Marlia Arissa, rupa-rupanya payah. Sebab Marlia itu sejak dulu lagi punya sisi keras kepalanya yang tersendiri.

Mula-mula wartawan cakap tuan sibuk merancang sebab dah bosan dengan saya. Lepas ni mesti keluar gosip yang Hiraz Muzaffar nak madukan saya pula. Tuan ingat mata saya ni tak semak ke? – Marlia

Dengar Marlia membebel, angin Hiraz dah mula sampai ke puncak. Terus dia capai telefon milik Marlia dan hempas ke lantai. 

Kalau Mar rasa semak mata, lepas ni Mar tak payah sibuk nak ambil tahu perkembangan suami Mar ni lagi. Abang dah hempas telefon tu. Lepas ni nak abang hempas TV tu pula ke? – Hiraz

Dan benarlah, sebuah perkahwinan itu takkan terlepas daripada diuji. Mungkin ada yang tertewas, mungkin juga ada yang berjaya menemui titik bahagia. Di antara keduanya, yang mana satu pengakhiran untuk ikatan suci di antara Hiraz dan Marlia?

#TahananTuanDhazrif
Selalu orang akan labelkan dia sebagai manusia yang ‘pelik’. Manusia yang tak normal sahaja akan bina rumah jauh di dalam hutan. Semua kerja mencabar Dhazrif dah biasa lakukan, termasuklah saat diberikan ‘tugasan’ oleh teman baiknya sendiri. 

Anak aku tu muda lagi, Zrif. Aku tak tahu apa yang buat dia berubah. Yang aku tahu, dia sebenarnya sengaja nak memberontak dengan aku. – Datuk Izzat

Kau nak aku buat apa dengan budak tu? – Dhazrif Emran

Apa saja asalkan kau tak cuit tubuh dia. Yang tu tak sempat tangan kau buat kerja, bersepai gigi kau makan penumbuk aku nanti. – Datuk Izzat

Dhazrif jungkit bahu. Mula-mula sangsi. Bila tengok wajah tua Datuk Izzat, dia jadi kasihan pula. 
Pandang wajah anak dara Datuk Izzat, ada sesuatu yang buat Dhazrif benar-benar ingin tahu.

You are only 19 years old, kid. Aku tak tahu pula anak Datuk macam kau ni pun jenis tak cukup makan sampai perlu jadi ‘pickpocket’? – Dhazrif Emran

Aku tak kacau poket kau kan? Jadi jangan masuk campur urusan aku. – Izya Ammara

Dhazrif lepaskan Izya untuk kali pertama bersama satu syarat. Syarat supaya Izya meninggalkan kegiatan buruknya. Sadisya gadis hati kering ini memang sengaja mahu menduga dirinya. Untuk itu, Dhazrif dah jatuhkan hukuman terhadap Izya. Selagi Izya masih kekal begitu, selagi itulah Izya akan jadi ‘Tahanan Tuan Dhazrif.’

Dalam rumah ni aku yang akan tetapkan peraturan. Mulai hari ini juga aku nak kau panggil aku, Tuan Dhazrif. Tolong belajar tentang adab dari sekarang. – Dhazrif Emran

Dah tak ada tempat lain ke kau nak bawa aku? – Izya Ammara

Untuk manusia tak beretika macam kau, hutan ni aje yang paling tepat.– Dhazrif Emran

Izya atur strategi untuk menyelinap keluar daripada hutan. Gagal tatkala muncul satu susuk tubuh menghalang dirinya. Dan susuk tubuh itu buat Izya pengsan dan demam selama dua hari berturut-turut.

Kau bela hantu ke dalam rumah ni?? – Izya Ammara

Jadi kau dah jumpa ke ‘dia’? – Dhazrif Emran

Terlopong. Terhenyak pabila Dhazrif langsung tidak menyangkal. Jangan cakap tu pun salah satu hobi ‘pelik’ lelaki ini. Memang gila namanya! Namun sampai ke sudah Izya masih belum tahu siapa nenek bongkok tiga yang muncul di hadapannya dua hari yang lalu. 

Ingin ketahui kisah selanjutnya, sila dapatkan dan layari naskhah ini.

#JadiIsteriAku
Gara-gara syarat tiga hari untuk jatuh cinta yang dikenakan sang jejaka, ada putik-putik cinta yang tumbuh di hati Jasmin. Izz menghilang sehingga tiga tahun pun masih tak mampu buat Jasmin lupa akan sebaris nama itu.

‘Bukan encik, tapi Izz. Izz Rayqal. Min tentu tak lupa dengan nama I kan?’ – Izz Rayqal

Izz yang penuh dengan kejutan dan Jasmin yang kadang-kala polos dalam percintaan. Jasmin cemburu, tapi Jasmin menafikan. Hanya perlakuan manjanya saja yang sering menzahirkan perasaan sebenar.

‘Nak abang peluk?’ – Izz Rayqal

‘Untuk apa?’- Jasmin Musfirah

‘Untuk pujuk isteri abang yang sedang merajuk. Lain kali kalau cemburu, cakap. Supaya abang tahu untuk jaga hati Min.’ – Izz Rayqal

Bagi Izz, andai cemburu itu tidak mendatangkan keburukan memang dia tak kisah. Cuma kalau sering kali kesetiaan dia diragui hanya kerana seorang ‘Iris Nadira’ memang dia pun jadi tak betah. Rimas.

Izz kata ungkapan ‘Jadi Isteri Aku’ pada Jasmin itu memang yang terakhir. Takkan dia ulang pada wanita lain lagi. Yang menjadi masalah bila Jasmin yang selama ini telus dan akur dengan arahan seorang suami sanggup menggegarkan tiang arasy dengan perkataan cerai. Izz rasa nak tumbang. Remuk hatinya . Hancur lumat. Moga-moga Allah masih titipkan kesabaran buat dia.

SUAMI KLON (EXTRA CERPEN)
Orang lain yang pikat dia, orang lain rupanya yang dia kahwini. Penangan encik suami tu punya pasangan kembar seiras dan tak reti nak pikat perempuan. Bila dah kantoi, ingat senang ke si isteri nak maafkan?

Get yours now. 😘
atau
WhatsApp 018-9666752

No comments:

Post a Comment