KEKASIHKU SUAMIKU ~ Pitteriah Abdullah

KEKASIHKU, SUAMIKU
LIMITED EDITION 
tggal 1 naskah shj lagi. buku baru
Fast payment n serious buyer only
HARGA RM48 SM / RM55 SS
postage RM8 SM / RM12 SS
Aku buang cincin yang aku pakai dan simpan dalam tas tangan. Aku tak nak timbul isu nanti bila staf di sini tengok keadaan aku.
“Kenapa perlu sembunyi cincin kahwin kita?” dia sudah masuk ke dalam bilik aku rupanya. Dia tutup pintu agak kuat. Itu menunjukkan dia marah dekat aku.
“Marah ke apa ni?” aku sengaja bergurau dengan dia, sebenarnya hendak tenangkan diri aku sendiri.
“Abang nak Rin pakai cincin kahwin Rin,” tegas dia.
“Pakai nanti jadi isu pulak!” rungut aku. Sengaja nak uji suami merangkap bos aku. Kalau bos aku lawan cakap dengan dia tetapi kalau suami, aku lawan aku berdosa. Aku buka tas tangan dan dia sudah berdiri di hadapan ku. Dia lagi cepat mengambil cincin kahwin aku dan sarung dekat jari manis ku.
“Tu tanda awak tu dah kahwin. Kenapa? Ada ke pegawai di sini yang awak nak pikat atau yang awak berkenan?” tanya dia, Hish, kalau ada pun kenapa? Aku kena banyak bersabar sekarang. Kalau aku angin, dia pun angin, jadi api kami pagi ini.
“Saya yang ramai peminat pun dah mengaku saya dah kahwin, yang awak asyik nak sembunyi saja. Memang awak bermasalah rasanya!” dia sambung berleter. Aku rasa dia marah sangat dekat aku, sebab selama ini dia jarang nak panggil awak dekat aku.

Sue masuk dalam bilik. 
“Sue, nie.., “ dia sudah bercadang nak perkenalkan aku kepada Sue, setiausahanya itu.
“Encik Emir!” aku panggil dia lagi cepat. Aku tak nak siapa pun tahu hubungan kami berdua. Belum masanya lagi.
“Bos, cepat lah cakap, saya tak sabar nie,” gesa Sue. Aku sempat menjeling Sue yang berada hujung meja aku.
“Sue, kita orang dah kahwin, kalau Nurin Safiya mengandung, itu anak saya!. Saya kalau boleh nak umum perkahwinan ini tetapi Nurin nie dia suka orang kutuk dia,” jelas Emir Iqbal. Aku tarik muka kelat aku dekat dia.
“Alhamdulillah. Selamat pengantin baru bos, Rin!” ucap Sue sambil senyum lebar. Aku tak senyum pun. Dia keluar dengan senyum bahagia.
“Kau nie gamak tak cakap…,” 
“Tolong rahsiakan. Aku belum bersedia lagi..,” 
“Akhirnya kau kahwin juga dengan bos, bos tu separuh mati cintakan kau,” beritahu Sue.
“Bos ada Dalila, bukan aku pun!”

Aku nampak Dalila dengan ibunya masuk ke dalam bilik Emir Iqbal sebab itu aku terus cakap macam itu.
“Hmmm,” ucap Sue sambil mengeluh. 
“Kenapa Sue?” tanyaku sebab muka Sue berubah sebaik saja aku sebut nama Dalila. Rasanya dia pun nampak juga Dalila dengan Datin Kalsom sebentar tadi.
“Tak ada apa lah. Aku nak sambung kerja!” kata Sue.
“Sue, jangan beritahu sesiapa yer, nanti bila keadaan sudah okey, baru kita orang cakap,"

Setiap kali aku melihat Dalila mesti aku rasa bersalah dekat dia. Bukan cemburu atau sakit hati pun tetapi aku rasa bersalah sangat. Kerana aku, Dalila tidak dapat berkahwin dengan Emir Iqbal. Aku potong rancangan Dalila untuk berkahwin dengan orang yang dia cintai. Aku rasa kasihan sangat dekat Dalila. Semua ini kerana aku
atau

No comments:

Post a Comment