DI MIHRAB TAKDIR ~ HAYATI AHMAD

Masih dibuka utk pre order
BLURB DMT:
Takdir seolah mempermainkan cinta Adam terhadap Hana. Dia tidak pernah menunjukkan cintanya kerana ada rahsia yang sedang dipertahankannya. Dan Hana, atas nama maruah telah menidakkan semua perasaannya terhadap Adam. Dendam dan benci membuatka jiwa mereka lebih tersiksa.
Adam tekad untuk tidak lagi mempertahankan cintanya kerana bahagia Hana lebih penting berbanding kehendak dirinya. Lalu jiwa yang sekeras kerikil itu sanggup membiarkan Hana mencari cintanya sendiri.
Tapi mengapa mesti Hanif sahabatnya sendiri?
“Sekarang ajari aku tentang cinta kau, sebab aku sudah bersedia untuk memberi kau nikmat cinta aku.”
Hana menggigil, adrenalinnya mendesak rentak jantungnya berdegup laju. Deria seolah-olah sedang berperang dengan perasaan yang aneh.
“Kau takut?”
“Aku hanya takut dengan tuhan.”
“Kau takut tuhan, tapi kau tak pernah mentaati aku.”
“Aku tak akan memberikan ketaatan palsu.”
Hana menolak dada Adam, namun tangan Adam lebih pantas penarik tangan itu agar terus melekap di dadanya. Halkumnya bergerak turun naik melihat merahnya wajah Hana.
“Lepas!”
“Tak boleh!”
“Adam, lepaskan aku.”

“Bila aku nak, kau kena ada.”
“Adam…”
“Hmm…”
“Lepaskan aku.”

Aku mungkin bukan yang pertama, tapi aku akan pastikan aku adalah yang terakhir dalam hidup kau

atau

No comments:

Post a Comment