CIK MEKANIK HATI KERING

RM30 SM / RM34 SS
postage RM8 SM / SS
NAZIFF memerhati sekeliling bengkel. Terlihat Wolkswagen yang berwarna biru terletak elok di hadapan bengkel, hatinya tertanya-tanya pula. Tanpa bicara, Naziff melangkah masuk ke bengkel bersama si abang towing.

“Besar juga bengkel ini,” ujarnya sambil berbual-bual dengan si abang towing yang dipanggil Akob oleh teman-temannya.

“Besar, pekerja pun ramai. Mekanik sahaja sudah hampir sepuluh orang. Bengkel ini banyak ambil tender kerajaan, macam baik pulih kenderaan hospital, kenderaan PDRM, dan banyak lagi lah. Encik Naziff jangan tak tahu, bengkel ini...” Belum habis cerita, abang Akob sudah disapa.
“Bang, apa masalah itu?” Tanya Ijal.
“Overheat.” Jawab abang Akob ringkas.
“Bos ada dalam?” Tanya abang Akob lagi.
“Ada. Dalam office.” Jawab Ijal.
Abang Akob tersenyum, sambil berjalan beriringan dengan Naziff mereka menuju ke pejabat.
Pintu pejabat diketuk. Mendengar perkataan ‘masuk’ yang disebut oleh seseorang, tombol pintu, abang Akob pulas. Tiba-tiba pula terasa laju jantung Naziff.
“Bos,” Panggil abang Akob. Atul angkat kepala.
“Kenapa abang Akob?” Soal Atul. Pen di jari diletakkan semula atas meja.
“Encik ini, kereta dia overheat, yang menjadi masalahnya dia nak cepat. Kalau boleh hari ini juga kereta itu siap.” Jawab abang Akob.
Ha..pucuk di cita ulam mendatang, apa lagi Atul kau henyak dia habis-habisan. Ujar Atul dalam hati.
Naziff malu sendiri. Melihat si gadis yang ditertawakannya tadi, Naziff hilang punca. Hendak lari, sudah terlewat baginya. Mahu atau tidak, hadaplah ia..
Atul bangun dari duduknya. Pakaian overall yang tersarung di badan, ditarik bahagian lengan hingga ke siku.
“Errmmm, boleh tapi triple charge. Kita masih banyak kereta yang pending, tapi kalau dia sanggup nak bayar triple apa salahnya,” ujar Atul bersahaja. Sesekali dia menjeling nakal, melihat riak wajah Naziff yang berpeluh sakan, Atul hanya mengukir senyum di dalam hati.
“Berapa sahaja, saya sanggup asalkan City saya kembali pulih seperti sedia kala.” Jawab Naziff perlahan. Antara dengar dengan tidak sahaja suaranya. Mungkin malu kerana memperkotak-katikkan kebolehan si gadis yang mahu membantu sebentar tadi.
“Abang Akob, panggil Ijal.” Arah Atul.
Akur akan arahan majikan, abang Akob segera mendapatkan Ijal.
“Ijal, kereta brother ini overheat. Kipas dia tak berfungsi dengan baik, that’s why lah bila dia pandu dengan kelajuan tinggi termperature dia normal, tetapi bila dia pandu perlahan, suhu dia naik tinggi. Tengok dekat bahagian kipas, sama ada berfungsi atau tidak.” Arah Atul lagi.
“Tapi bos, saya tak pandai nak betulkan bahagian kipas itu.” Ijal rendah diri. Takut pula lain yang ingin dibetulkan, lain pula yang jadi.
“Abang Akob boleh tolong ajarkan. Tak payah nak pening-pening kepala. Dah pergi.” Arah Atul. Pantas dia meninggalkan tiga lelaki yang masih lagi berdiri di situ.
Naziff membuang pandangan keluar. Tersekat nafas seketika tatkala melihat gadis yang cuba membantunya tadi turut berada di situ, menyarung overall biru. Sudahlah tadi, dia bantai gelak bila si gadis ingin membantu. Kalau tidak, sah-sah dapat percuma. Itulah, ibu selalu pesan jangan pandang rendah pada orang, tengok apa dah jadi sekarang? Nak sorok muka pun dah tak tahu dekat mana.
“Dia bos ke?” Naziff bisik di telinga abang Akob. Dari tadi dia ingin bertanya.
Abang Akob angguk kepala.
“Haah, bos. Bengkel ini dia yang punya. Walaupun dia perempuan, tapi dia bagus. Tak kedekut ilmu. Kalau Encik Naziff nak tahu, budak-budak yang kerja sini semuanya bukan belajar tinggi pun, tapi dia orang tahu baiki kereta sebab Cik Atul yang ajar. Masa mula-mula abang Akob minta kerja, abang Akob pun tak sangka yang dia itu perempuan rupanya. Dulu-dulu rambut dia macam lelaki, sekarang ini aja dia bela rambut panjang.” Cerita abang Akob panjang lebar. Sambil berjalan menuju ke arah kereta Naziff, mereka berborak bertiga.
“Encik Naziff rehat dulu dalam bilik menunggu itu. Kami cuba selesaikan secepat yang boleh. Tapi yang macam bos cakaplah kan. Nak cepat, bayar pun lebih lah.” Ijal senyum simpul. Main ikut aja apa orang cakap.
“Er, saya tak kisah. Yang penting kereta saya siap cepat. Tolong eh bro.” Naziff tepuk bahu Ijal. Berharap benar keretanya dapat disiapkan hari ini juga.
Telefon bimbit berbunyi. Melihat pada skrin telefonnya, Naziff menjauhkan diri. Mungkin panggilan penting agaknya.
“Awak dekat mana?” Soal si pemanggil.
“Bengkel. Kereta saya rosak. Awak balik naik cab jelah. Saya tak sempat nak pick up awak. Tak tahu siap pukul berapa kereta ini.” Ujar Naziff. Jari telunjuknya menggaru kepala.
“Itulah, kan dah banyak kali saya cakap, awak itu sepatutnya tukar kereta baru. Sayang benar dengan City awak itu kenapa? Bila dah rosak, bukan ke itu menyusahkan namanya.” Bebel si pemanggil pula.
Naziff mendengus kasar. Pantang betul baginya bila saat genting begini dirinya dimarahi.
“Awak ini kalau tak membebel satu hari tak boleh ke? Saya tengah kusut ini, jangan tambah kusut kepala saya boleh? Saya bosan tau kalau hari-hari macam ini.” Naziff melenting. Hilang sabar yang ditahan. Kalaulah si pemanggil di depan mata, mahu ditempeleng agaknya.
“Saya tak kira, saya nak awak datang ambil saya juga. Saya tunggu!” Keras sungguh kepala. Cakap orang langsung tak ambil kira. Bebel Naziff dalam hati.
“Suka hati awak lah. Kalau saya lewat sampai awak jangan nak pung..pang.. dekat telinga saya.” Marah Naziff. Awal-awal sudah dipesannya.
“Saya tak kira, nak jadi apa pun jadilah.”
“Baguslah itu, amalkan selalu keras kepala yang tak bertempat itu. Esok-esok jangan melalak kalau kena tinggal. Fikir kepala dia sahaja!” Getus Naziff marah. Butang merah ditekan. Geram. Malas mahu mendengar apa lagi yang mahu si dia katakan.


No comments:

Post a Comment