RINDU YANG TERLARANG ~ UMIE NADZIMAH


RM25 SEM / RM28 SS

Cinta sembunyi-sembunyi mereka tersimpul sejak di bangku sekolah.
Tidak mahu terus hanyut dengan rasa cinta, Faith dan Ainnura mahu menghalalkan hubungan walaupun usia mereka masih muda.
“Jangan panggil kami mama dan ayah, kalau ada niat nak kahwin dengan keturunan lahanat tu!” – PUAN ROHANA
Benci dan dendam dua keluarga menghalang penyatuan cinta Faith dan Ainnura. Jangankan hendak berbesan, selisih jalan pun mereka tidak sudi. Masing-masing isytiharkan permusuhan tujuh keturunan.
“Kita tetap akan nikah, Ain!” – FAITH
“Tapi… Macam mana?” – AINNURA
Atas dasar simpati, percaya dan inginkan cucunya bahagia, tok wan Ainnura akhirnya menikahkan mereka secara rahsia. Yeah… Nikmat berumah tangga bagaikan syurga dunia. Sayang sekali hanya seketika cuma. Bila rahsia terbongkar, Faith diberi kata dua, cerai atau nyawa.

Dua-duanya nanar… Perpisahan tanpa rela membuatkan mereka hidup tanpa jiwa. Setiap hari Ainnura menunggu Faith kembali seperti
yang telah dijanji, namun harapan hanya tinggal harapan.

Beberapa tahun berlalu, walaupun sangat berjaya dalam kerjaya, perasaan Faith tetap kosong dan beku. Tiba-tiba dia rasa bernyawa
semula apabila bertemu kembali Ainnura. Sedangkan hati Ainnura telah menjadi keras dan trauma dengan tragedi lalu. Maka bermulalah misi si duda memikat sijandanya…

“Orang rindu Ain sangat…” – FAITH
“Rindu kita… Rindu terlarang!” – AINNURA
Bersatu semula, sedangkan keluarga mereka masih bermusuhan, bukanlah satu rancangan yang bijak untuk mencari bahagia. Ainnura
menolak, tidak mahu mengulang kisah lama. Sementelah, Reza Dato Rashid sanggup menerima Ainnura seadanya dia. Faith tak berputus asa, malah menggunakan Fawwaz untuk meraih semula cinta Ainnura.

Bagaimanakah akhirnya nasib cinta suci mereka? Siapakah Fawwaz?
Apakah yang dilalui Ainnura semasa kehilangan Faith? Mampukah cinta agung mereka meleraikan ego dan dendam kesumat keluarga masing-masing? Bagaimana keluarga bahagia Dato Rashid boleh terjerumus ke dalam kancah pergelutan
Bagaimanakah akhirnya nasib cinta suci mereka? Siapakah Fawwaz?
Apakah yang dilalui Ainnura semasa kehilangan Faith? Mampukah cinta agung mereka meleraikan ego dan dendam kesumat keluarga masing-masing? Bagaimana keluarga bahagia Dato Rashid boleh terjerumus ke dalam kancah pergelutan dua keluarga Faith dan Ainnura?
WhatsApp 018-9666752atau
 KLIK SINI UTK ORDER FORM

No comments:

Post a Comment