MASIH SEPERTI DULU PENULIS: AZLEYA SHADZALIN

HARGA: RM28.00 SM / RM31 SS
postage RM7 SM / RM11 SS

SINOPSIS
Ayu Rania yang baru pulang dari Abu Dhabi bersama tekad ingin membalas dendam terhadap suaminya, Ryan Hazeq yang telah meninggalkannya tanpa khabar berita sehingga mereka terpisah selama lebih lima tahun. Ayu Rania dituduh curang dengan lelaki lain sehingga suaminya sendiri meninggalkannya. Disebabkan fitnah itu, bapanya telah mengusirnya dari rumah tanpa menyelidik terlebih dahulu.
Ayu Rania mengambil keputusan untuk ke Abu Dhabi tanpa berfikir panjang. Di sana dia ditimpa kemalangan dan mengalami kecederaan yang teruk di wajah. Ayu Rania dirawat dan dijaga oleh sebuah keluarga angkat Malaysia yang menetap di sana. 
Setelah pulang ke tanah air dan berjumpa semula dengan Ryan Hazeq, keadaan berubah sama sekali. Ryan Hazeq kembali merayu kasih Ayu Rania dan ingin bersama semula dengannya. Ayu Rania yang menyimpan dendam terhadap suaminya berkeras tidak mahu bersama semula. 
“Lima tahun terpisah, dia ingat dengan pertemuan semula selama lima minit boleh pulihkan keadaan? Dia tak tahu segala jenis sakit yang aku tanggung. Boleh mati kering kalau tak kuat iman.” ~ Ayu Rania 
ALLAH temukan kita semula pasti ada sebabnya. You tahu sebab apa? Sebab DIA mahu kita bina semula apa yang pernah hampir runtuh antara kita.” ~ Ryan Hazeq
Apakah kesudahan di antara Ayu Rania dan Ryan Hazeq? Masih mampukah mereka kembali seperti dahulu andai yang tersisa hanyalah waktu? Bagaimanakah penerimaan bapa Ayu Rania yang telah mengusirnya dari rumah sebelum ini?
atau
WhatsApp 018-9666752
atau
 KLIK SINI UTK ORDER FORM

No comments:

Post a Comment