KUSERU KAU PULANG ~ YATT AHMAD

STOK TERHAD
KUSERU KAU PULANG
RM25 SEM / RM28 SS
postage RM7 SEM / RM11 SS
“Apa ni? Apa semua ni? Wanita itu semakin gementar. Dia dibawa ke satu lubang yang agak dalam.
“Apa ni?” Tanpa menerima sebarang jawapan wanita itu dipegang oleh beberapa orang lelaki. Dia cuba meronta untuk melepaskan diri. Namun semakin kuat rontaannya, semakin kemas ikatan pada tangannya sehingga seluruh tubuhnya menjadi lemah.
“Kamu semua nak buat apa ni? Lepaskan aku! Lepaskan!!” matanya liar memerhatikan sekeliling. Satu persatu wajah-wajah dihadapannya diperhatikan.
“Lepaskan aku!” Suaranya bertukar garau. Matanya semakin liar.
“Lepa…ssk” tiba-tiba dia ditolak masuk ke dalam lubang tersebut. Dia melolong minta dilepaskan.
“Keluarkan aku!” Dia menderam sambil cuba memanjat keluar. Namun beramai-ramai pula mula menimbus lubang tersebut. Sedikit demi sedikit.

Tidak jauh dari situ, sepasang suami isteri melihat kejadian itu dengan linangan air mata. Hati mereka bagaikan dicarik seribu. Namun kehendak orang kampung mengatasi kasih mereka terhadap satu-satunya zuriat yang mereka miliki itu.
“Bapakkkk ampunkan aku pak. Tolong aku bapak!” Wanita itu merayu. Lelaki itu tidak lagi sanggup. Dia terus menerpa.
“Lepaskan anakku. Lepaskan! Ambillah semua hartaku, lepaskan Telani!” Dia cuba menahan tindakan orang-orang kampung. Lelaki itu menarik kembali anaknya dari lubang itu.
“Kau ke tepi Jala!” Beberapa lelaki menarik lelaki itu agar menjauhi anaknya. Lalu sedikit demi sedikit wanita itu ditanam hidup-hidup. Dia tetap cuba meronta, tapi rontaan itu hanya akan melemahkan lagi dirinya. Sesekali dia akan terbatuk-batuk bila tanah memasuki mulutnya.
Tidak jauh dari situ, sekumpulan lelaki lagi sedang gigih mengumpulkan kayu api. Seorang lelaki kelihatan diikat pada buluh-buluh berwarna kuning. Kurungannya juga dari buluh yang berwarna kuning.
Raungan keras kedengaran memenuhi kawasan tersebut. Lelaki itu dibakar hidup-hidup.
Bau daging terbakar menusuk hidung. Lolongan ngeri memenuhi kawasan perkuburan itu seolah-olah bersahut-sahutan dengan pekikan unggas malam.
“Saya mohon lepaskan dia!” Seorang lelaki dengan selempang putih yang menutupi bahunya tiba-tiba tampil dengan roman wajah yang cukup tenang.Jarinya menuding ke arah wanita yang sedang ditanam hidup-hidup itu.
“Kau siapa?” Salah seorang penduduk kampung itu bertanya dengan wajah penuh ingin tahu.
“Aku hanya perantau yang lalu di sini. Jika tidak keberatan, izinkan aku membantu kalian.” Lelaki itu menjawab soalan itu dengan senyuman.
“Kami ingin merejamnya. Dia penzina! Dia berzina dengan syaitan!”
“Syaitan tidak akan mati tuan-tuan. Yang mati hanya jasadnya. Dia akan wujud kembali dalam bentuk yang lain.”
“Ah, kau orang luar mana tahu. Pergi saja dari sini. Biar kami selesaikan urusan kami.” Lelaki itu dihalau oleh orang-orang kampung tersebut.
email : mybizsantaishop@gmail.com
atau
WhatsApp 018-9666752

No comments:

Post a Comment