KOMBOI JULAI INTENS

PRE ORDER

PENGHANTARAN DIJANGKA PERTENGAHAN OGOS -
-
Tuan Muda Cik Hana.

RM32 SEM / RM35SS
termasuk postage
TEASER!
Hana ke pantri. Tekaknya terasa haus. “Buat air coklatlah.” Dibuka sebungkus Cadbury, dituangkan ke dalam cawan, curah air panas dan kacau.

“Laaaaa, mengular ya?” Muncul Zaiton dengan wajah yang muram.

“Hauslah, kak.” Hana berasa pelik. Zaiton tidak pernah sesedih begini.

Zaiton menarik kerusi. Duduk dan terus mengelamun panjang. Mengeluh diri, mengenangkan nasib akan datang apabila Tuan Rayyan mengambil alih Jaaf Plantations Sdn Bhd daripada Tuan Muda.

“Kak Zai ni, cuba cerita apa masalah?” Soal Hana ingin tahu.

“Tuan Muda makin hari, makin baik. Kak Zai lega sangat. Hurmmm... mungkin disebabkan Cik Tunang dah kerja dekat-dekat si…” Tiba-tiba Zaiton berhenti cakap. Dipandangnya ke arah Tuan Muda yang baru sahaja berdiri di hadapan pintu pantri. Spontan dia berpaling ke arah Hana yang begitu tenang sekali. Tertib sambil mata menghadap dinding. Meneguk dan menikmati air coklat tanpa memandangnya atau menegur Tuan Muda sekalipun.

“Tuan Muda nak air? Saya buatkan.”

“Hana minum apa?”

“Air coklat Cadbury. Nak?” Jawab Zaiton tanpa menunggu Hana menjawab. Tahu sangat dia. Sah tengah bergaduh. Lagi dan lagi!

“Saya nak yang ni!” Badri tidak senyum. Terus diambilnya cawan daripada tangan Hana dan beredar keluar.

Terperanjat Zaiton.
“Cik Hana gaduh lagi dengan Tuan muda?”

“Belum lagi. Kenapa Kak Zai tanya?” Hana relaks sahaja walaupun sebenarnya dia pun tergamam tadi.

“Dah berbaiklah kiranya? Kan?”

“Hmmmm… pun tak juga.”

“Cik Hana dengan Tuan Muda dah tak payah berahsia kan?” Zaiton tongkat dagu ke meja.

“Rahsia syarat tu ya? Dah tak payah. Huhuhu! Bagus kan?”

“Rahsia syarat? Bukan rahsia bertunang?” Pening balik Zaiton. 

“Huh? Saya tak kenallah tunang Tuan Muda. Lantak dialah kalau tunang dia dah kerja dekat-dekat sini. Bagus juga. Kalau Cik Tunang dia terjah maki hamun saya pun bagus. Saya ada alasan. Tuan Muda dah tak bolehlah paksa saya buat itu ini, kan? Tuan Muda mesti pilih tunang terchentaa dia tu! Hehehe…” Seketul-seketul Hana senyum dan gelak.

“Dan tak payahlah juga saya kena mengekor temankan dia sana-sini. Tension tau. Saya ni pustakawan peribadi dia aje.”

Ternganga mulut Zaiton dengar bebelan Hana. Apa punya ngok ngek lah budak ni! Allah!

Kelihatannya ada kelibat bayangan seseorang di luar pantri yang mencuri dengar perbualan mereka berdua.

“Bukan. Maksud Kak Zai, Cik Hana dah tahu tak siapa tunang Tuan Muda tu?”

“Oh yang tu. Belum Kak Zai.”

Pap! Zaiton tepuk dahi. “Dia tak tahu lagi rupanya. Aduh! Pening kepala aku!”

“Dah Tuan Muda tak kenalkan, manalah saya nak tahu.” Hana bangun dan membancuh air coklat Cadbury yang baru. “Kak Zai bayangkan ya, tiba-tiba Cik Tunang Tuan Muda datang masa Tuan Muda ambil cawan air yang saya dah minum, tak ke jadi hal? Eeee tak leh blah la! Seram saya!”

Badri terus balik ke biliknya. Curi dengar pun tak begitu membantu tenteramkan hatinya yang rawan. Tarik nafas panjang dibuatnya.

“Aduh!” Zaiton picit kepala. “Apa sampai ke situ kau fikir? Ish kau ni Hana. Macam-macam hallah.”

Hana tercengang. Lain benar, Kak Zai pagi ini. “Malaslah nak borak dengan Kak Zai. Saya nak balik perpustakaanlah!”

Zaiton lambai tangan. “Pergilah berhambus cepat. Sebelum meletup kotak kepala aku ni kau orang berdua kerjakan! Jalan!”
-
-
MELASTIK KE HATIMU
RM31SM/34SS
Termasuk Pos
BLURB
Haura Annisa, si gadis ‘gengster kilang’. Namun, siapa menduga kehidupannya terkongkong dan dikawal emaknya. Si emak nekad mahu menantu kaya!

“Yang awak bertenggek macam hantu atas jendela tu dah kenapa?” 
“Saya ambil anginlah,” bohong Haura. 
“Atas jendela? Dengan pakai tudung ekstra selipar berbulu ni sekali? Unik cara awak bersantai,” sindir Ziyyad.

ADUH! Tak dapat Haura bayangkan saat dia bergelar isteri kepada mamat ‘kayu cengal’ itu. Membosankan! Lagi dia rasa tercekik ada kawan macam Ain!

“Ikat? Maksud kau?” Berkerut dahi Haura. Tiba-tiba pula otaknya jadi tepu. 
“Kalau kau betul-betul sayangkan Encik Ziyyad, kau kena ikat dia dengan anak. Maksud aku kau kena serahkan apa yang sepatutnya Encik Ziyyad dapat. Sekarang ni kau tak boleh bertindak slow macam siput sedut dah, kau kena laju macam arnab. Kalau tak kau akan menyesal,” sambung Ain lagi. 
Si Haura ni kalau tak dihasut, memang macam itulah sampai ke sudah. Tak habis-habis nak malu. “Itu laki kau woi! Tak kan nak biarkan orang lain rampas. Aku tengok si Liya tu dah lain macam gayanya.”
“Kena ke?” Tertelan air liur Haura dengan apa yang baru Ain katakan. Seram sejuk pula dia dengan semangat Ain yang tiba-tiba tu. Suami aku, tapi dia yang beria.

NAMUN, saat cinta disulam, saat bahagia menjengah…
“Aku nak kau ceraikan anak aku!” - Mak Limah
“Awak dah pun mainkan saya. Maaf tu dah tak ada makna.” –Ziyyad

APAKAH pilihan Haura ketika bahagia mereka diuji?
atau
WhatsApp 018-9666752

No comments:

Post a Comment