KOMBO FANTASIA

KOMBO FANTASIA

Pre order 1 julai - 30 julai 2018
Pengeposan Ogos
Harga single: seperti dlm poster 

TAJUK : Ya, Sayang | Azizah Ami

Melihatkan Maryam memilih ikan sardin kecil di dalam tong ikan buat mulut Kak Moon gatal untuk memerli.
"Aku kan Ila, kalau ikan kecil-kecil macam tu aku tak makan. Aku buat bagi makan kucing je!" sinis sekali bicara Kak Moon. 
Tangan Maryam yang sedang memilih ikan tadi terus terhenti. Berubah wajah Maryam.
Huda kerutkan wajah. Ijam memeluk ibunya. Walaupun Ijam seorang anak mild autism tetapi kasih sayangnya cukup mewah buat Maryam. Huda gigit bawah bibir. Tengok cara Kak Moon ketawa pun dia dah menggelegak jiwa.
"Kat rumah aku tu lengkap segala ayam dengan ikan besar-besar. Abang Yusoff tak suka aku bagi makan anak-anak kami ikan kecil-kecil ni. Takut lekat tulang," tambah Kak Moon.
Argh, tak boleh jadi. Huda nak menjawab juga kali ni!
"Kesiannya anak Kak Moon tu ya? Dah sekolah menengah pun tak pandai makan ikan kecil. Dah besar gedabak macam tu pun tak tahu asingkan tulang daripada isi. Tengok Ijam ni, tertib je makan. Tak ada rekod lagi dia tercekik tulang." Huda membidas dengan tawa. Ila turut sama ketawa. Berubah wajah Kak Moon.
Danial masuk ke dalam kedai. Anak bongsu Kak Moon itu memang gemar membuli.
"Danial, kau sarapan apa pagi tadi?" tanya Huda.
"Tak sarapan Kak Huda. Mama tak masak. Malam tadi pun makan telur dengan kicap je!" jujur Danial lalu membuka peti sejuk kedai itu dan mengambil sekotak air soya sebelum berlalu.
"Telur je? Mana pergi segala ayam, kambing, itik, unta dengan burung yang mama kau beli tu? Terbang ke?" jerit Huda. 
Kak Moon merampas seplastik barang daripada tangan Pak Ali dan bergegas keluar. Sakit betul hatinya dengan Huda.

==================
Aidh Dalisha | Intan Arrriya
Sehabis lembut Aidh tolong Dalisha untuk berbaring mengiring. Bantal pelukmilik Dalisha diletak di bahagian belakang, manakala bantal peluk miliknya diletak di hadapan.
Paha kiri Dalisha diangkat perlahan agar menindih bantal peluk. Sedaya upaya dilakukan agar gadis itu selesa.
"Dah okay macam ni?" Aidh tanya teragak-agak. Maklumlah, dah lama cik isteri tak boleh baring mengiring.
Dalisha angguk. Rindu benar nak berbaring macam ni. Mujur ada encik jiran ini sudi manja-manjakan dia.
"15 minit tahan kut." Senyum malu-malu. Renungan Aidh itu selalu saja buat jantung tak berdegup sekata.
"Mula-mula 15 minit. Nanti lama-lama tahanlah tu." Sambil cakap sambil tepuk bantal. Dari duduk bertinggung, badan direbahkan. Kemudian badan dibawa mengiring ke kiri menghadap Dalisha.
Untuk seketika, wajah cik isteri ditatap sepuasnya. Manis dan lembut. Dari kali pertama memandang, sehinggalah saat ini, perasaan itu tetap sama. Rasa damai dan ingin menyayangi.
Keinginan tangan kiri ditunaikan. Tangan dihulur ke wajah Dalisha. Anak rambut yang menyapu wajah di selak ke tepi. Seketika, telapak tangan dirapatkan ke pipi cik isteri. Pipi yang sudah kemerahan itu diusap lembut.
atau
WhatsApp 018-9666752
atau
 KLIK SINI UTK ORDER FORM

No comments:

Post a Comment